Skip to main content

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

 

Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧!

Contoh Soalan:

Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019

Jenis Kesalahan

Jumlah (kes)

Memotong di garisan berkembar

55

Melanggar lampu isyarat

100

Memandu melebihi had laju

150

Memandu tanpa lesen

88

Memandu di lorong kecemasan

40

 

之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!

 

Rumusan Lengkap
          Jadual menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya pada tahun 2019.

          Kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya pada tahun 2019 yang tertinggi ialah kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 150 kes. Selain itu, kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu yang terendah ialah kesalahan memandu di lorong kecemasan iaitu sebanyak 40 kes. Di samping itu, kesalahan memotong di garisan berkembar mencatatkan jumlah sebanyak 55 kes. Selanjutnya, kesalahan melanggar lampu isyarat mencatatkan jumlah sebanyak 100 kes. Akhir sekali, kesalahan memandu tanpa lesen mencatatkan jumlah sebanyak 88 kes.

          Antara punca para pemandu melakukan kesalahan di jalan raya ialah para pemandu hanya mementingkan diri sendiri. Selain itu, punca kedua adalah kerana tiadanya hukuman atau denda yang setimpal dikenakan ke atas para pemandu. Di samping itu, para pemandu suka bermain telefon bimbit semasa memandu.

          Kesimpulannya, para pemandu haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab semasa memandu supaya dapat mengurangkan jumlah kes kesalahan.

                                                                                                  (119 patah perkataan)

 

好的,写完了。其实,写 rumusan berbentuk jadual 并不难。只要,大家掌握好作答技巧。因为 jadual 的题目跟 carta pai 的题目不一样。所以,在这里有几样事情要提醒大家。

 

1. carta pai 时,要用 peratusan/peratus 这个字。不过,jadual carta pai 不一样。你们不能用 peratus/peratusan 这个字。为什么呢?因为 jadual 没有百分率,所以不能用。你们写 jadual 的时候,能用的字只有 jumlah/bilangan. 这个 jumlah/bilangan 要看看你们的题目是写什么,你们就写什么。这个题目是写 jumlah, 所以就要用 jumlah.
 
2. 这个题目的 isi tersurat 只有五个。所以,isi tersirat 就要写三个。因为第二段和第三段加起来的 isi 一定要有八个。
 
3. Jadual 的也是要有 tertinggi dan terendah 这两个字。Penanda wacana 呢?能用 carta pai 的。

4. 这个 jadual 的 unit 是 kes. 这个 unit 已经有在 jadual 里面了。


Jadi, sampai di sini sahaja untuk rumusan jadual ini. Saya akan menunjukkan cara menulis rumusan graf palang ataupun graf garis pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya ini.

Comments

  1. 谢谢老师的分享,期待老师更多的分享哦👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. 希望能帮到你。有时间一定会再分享。

      Delete
  2. 您好,请问有其他种类的解说吗? 期待分享。

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa