Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa

Prinsip Kerja Sosial: Pendekatan Kebajikan Sosial

1.   Pendekatan Pembangunan Sosial Kebajikan sosial tidak boleh dipisahkan daripada perspektif pembangunan sosial. Tumpuan utama pendekatan ini ialah terhadap aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan sosial dan penyediaan peluang sosial. Fokus pembangunan sosial adalah memberi barangan, perkhidmatan atau pemulihan serta dengan tujuan untuk membaiki dan meningkatkan kualiti hidup manusia dan dipandang juga sebagai satu pendekatan untuk mempromosikan kebajikan manusia. Berfungsi membentuk kerjasama antara kerajaan dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) tentang etika sosial yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial, politik dan ekonomi untuk mengurangkan atau membasmi kemiskinan. Bersifat komprehensif dan sejagat dalam mengukur kesejahteraan sosial kerana memberi tumpuan kepada proses dan struktur sosialsesebuah komuniti secara lebih menyeluruh. Pembangunan sosial dilihat sebagai proses yang mempunyai tiga tahap iaitu terdapat situasi sosial yang menunjukkan pembangunan sosial memer

Prinsip Kerja Sosial: Kefungsian Sosial dalam Sistem Sosial

Definsi Kefungsian Sosial &   Kefungsian membawa tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain &   Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan kepada sesuatu sistem berlaku &   Kefungsian sosial boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian &   Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu memberi impak kepada persekitarannya. Komponen-komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauhmana keberkesanan kefungsian sosial itu adalah status sosial, rol sosial, kelompok sosial dan institusi sosial. 1.   Kefungsian Sosial Dalam Ekonomi Manusia yang merupakan sebahagian daripada kefungsian sosial akan memenuhi keperluan biologi asasnya seperti makanan, pakaian dan tem

Prinisp Kerja Sosial: Definisi Kerja Sosial

| NASW (National Association of Social Work, 1973) « Kerja sosial merupakan aktiviti profesional untuk menolong individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan keupayaan mereka bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membentuk “societal” yang baik bagi mencapai matlamat masing – masing | IFSW (International Federation of Social Workers, 2000) « Kerja sosial sebagai satu profesion yang menggalakkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam konteks perhubungan serta memperkasa individu dalam mengecapi kesejahteraan hidup |   Kerja sosial adalah satu profesion meliputi perkhidmatan memberi tumpuan kepada menangani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan kapasiti serta menggalakkan pencapaian taraf kehidupan berkualiti untuk individu, keluarga, kumpulan dan komuniti

Organizational Behavior: Communication

DOWNWARD COMMUNICATION v   Komunikasi yang tersalur dari satu tahap kumpulan atau organisasi ke tahap yang rendah v   Komunikasi dari atas ke bawah v   Ia digunakan oleh pemimpin dan pengurus kumpulan untuk menetapkan matlamat, memberikan arahan kerja, memberitahu kakitangan tentang dasar dan prosedur, menunjukkan masalah yang memerlukan perhatian dan menawarkan maklum balas mengenai prestasi v   Cth: Pihak pengurusan menghantar surat ke rumah pekerja untuk memaklumkan tentang dasar cuti sakit yang baru di organisasi UPWARD COMMUNICATION v   Dari tahap yang rendah kepada tahap yang tinggi v   Digunakan untuk memberi maklum balas kepada pihak atasan, memberitahu mereka tentang kemajuan ke arah matlamat serta menyampaikan masalah semasa v   Pengurus dapat mengetahui tentang tahap serta perasaan pekerja-pekerja LATERAL COMMUNICATION v   Ia berlaku dalam kalangan ahli-ahli kumpulan kerja yang sama, tahap kerja yang sama, dalam kalangan pengurus pada tahap yang sama

Organizational Behavior: Conflict and Negotiation

DEFINISI KONFLIK ]   Satu proses bermula apabila satu pihak merasakan bahawa pihak lain telah terjejas atau akan memberi kesan negatif kepada sesuatu yang diambil berat oleh pihak pertama Perundingan adalah satu proses yang berlangsung antara dua atau lebih kumpulan mengenai cara memperuntukkan sumber terhad. Perundingan tawar-menawar dan perundingan integratif adalah dua bentuk perundingan yang boleh dibezakan berdasarkan kepada 6 ciri-ciri. Bezakan dua bentuk pendekatan perundingan ini berdasarkan kepada 6 ciri-ciri tersebut dan bagaimana ia memberi kesan kepada organisasi. Definisi ]   Satu proses di mana 2 atau lebih pihak bertukar-tukar barangan atau perkhidmatan dan cuba untuk bersetuju mengenai kadar pertukaran ]   Satu proses yang berlaku apabila 2 atau lebih pihak membuat keputusan bagaimana untuk memperuntukkan sumber yang terhad ]   Perundingan tawar-menawar merupakan rundingan yang bertujuan untuk membahagikan jumlah tetap sumber; satu situasi “win-lose”