Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Ketaksamaan Sosial: Rasisme dan Etniksisme

Contoh Soalan: 1.    Kenal pasti dua aspek dalam kehidupan anda yang mana wujudnya ketaksamaan etnik dan kekayaan. Berikan dua bukti bagi setiap aspek ini yang menyokong idea ketaksamaan adalah signifikan. Konsep Ras ù Sekumpulan manusia di satu-satu kawasan ataupun manusia dalam kelas tertentu seperti sekumpulan ras pahlawanan atau hero ù Sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat oleh orang lain yang mempunyai sifat keturunan yang membezakan mereka daripada yang lain ù Sekelompok manusia yang mempunyai persamaan ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan bentuk tubuh badan ù Ciri-ciri ras diturunkan secara biologi melalui baka keturunan ù Ras manusia T Caucasoid (putih) T Negroid (hitam) T American (merah) T Mongoloid (kuning) ù Ras didefinisikan oleh manusia yang berinteraksi ù Manusia belajar melalui proses sosialisasi dan interaksi untuk merujuk satu-satu karakteristik manusia yang diklasifikasikan dalam kategori ras terten

Ketaksamaan Sosial: Kelas Sosial dan Devian

Contoh Soalan: 1.    Dalam usaha mendapat peluang hidup yang lebih dalam masyarakat, seseorang mungkin sanggup melakukan perkara yang menyimpang dari norma masyarakat. Apakah faktor-faktor sosial yang menyumbang kepada berlakunya perlakuan devian dalam masyarakat demi mendapat peluang hidup yang lebih baik. 2.   Dalam usaha seseorang untuk mendapat kedudukan yang lebih baik dalam masyarakat, pelbagai usaha perlu diambil. Adakalanya individu menggunakan cara yang dipersetujui oleh masyarakat dan adakala berlaku sebaliknya. Kemukakan dua contoh usaha yang dipersetujui dan dua contoh yang tidak dipersetujui dalam usaha mendapat kedudukan yang lebih baik. Kepelbagaian Isu Sosial dalam Devian 1. Ras dan Devian Y Golongan African American (kulit hitam) adalah lebih cenderung untuk melakukan kesalahan jenayah dan kecurian serta ditangkap berbanding dengan golongan Asian American (kulit putih) yang mempunyai kadar jenayah dan tangkapan yang lebih rendah Y Asian American dika

Ketaksamaan Sosial: Gender

Contoh Soalan: 1.    Status seorang wanita adalah berbeza dalam satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Bincangkan apakah indikator-indikator yang digunakan untuk melihat status wanita dalam masyarakat. 2.   Apakah aspek-aspek yang wujud dalam isu ketaksamaan gender. Nilai dan bincangkan dua daripada aspek ini secara kritikal. Aspek gender dan ketaksamaan dapat dilihat dalam hubungan 1. Gender dan Keluarga « Peranan suami dan isteri yang berbeza « Suami sebagai ketua keluarga dan membuat segala keputusan « Suami bekerja di luar dan mencari pendapatan « Isteri pula sebagai penyokong kepada suami dan menyetujui keputusan yang dibuat oleh suami « Isteri menjaga keperluan suami dan anak-anak di rumah « Isteri juga bertindak sebagai memberi motivasi dan sokongan kepada suami dengan melayan suami « Perbezaan antara layanan kepada anak lelaki dan anak perempuan « Anak lelaki diajar dengan cara untuk bersifat kuat, gagah dan tidak boleh menangis « D