Contoh Soalan 1) Menurut June O’Connor, kajian mengenai agama dan gender telah melalui beberapa tahap. Dalam konteks kajian agama Kristian, bincangkan di tahap manakah ia berada dengan merujuk kepada isu-isu utama yang telah dibangkitkan oleh golongan ilmiawan feminis Kristian. 2) Huraikan konsep hermeneutik feminis dan analisiskan bagaimana ia telah digunakan oleh pengamal agama Kristian untuk membawa mesej kesetaraan gender untuk wanita Kristian dengan contoh-contoh yang bersesuaian. 3) Bincangkan konsep hermeneutik feminis dan bagaimana ia digunakan oleh Dulcie Abraham untuk membawa mesej kesetaraan gender untuk wanita Kristian. PENDAHULUAN Hermeneutik adalah satu proses interpretasi yang mencadangkan bahawa pemahaman timbul dalam interaksi antara teks dengan pembaca. Pembinaan makna dipengaruhi oleh andaian pembaca, kebiasaan dengan bahan lain, pengalaman, kepakaran masyarakat, harapan, keinginan dan sebagainya sama ada secara sedar atau tida...