Skip to main content

Gender dan Agama: Wanita dan Agama Kristian


Contoh Soalan
1)   Menurut June O’Connor, kajian mengenai agama dan gender telah melalui beberapa tahap. Dalam konteks kajian agama Kristian, bincangkan di tahap manakah ia berada dengan merujuk kepada isu-isu utama yang telah dibangkitkan oleh golongan ilmiawan feminis Kristian.
2)  Huraikan konsep hermeneutik feminis dan analisiskan bagaimana ia telah digunakan oleh pengamal agama Kristian untuk membawa mesej kesetaraan gender untuk wanita Kristian dengan contoh-contoh yang bersesuaian.
3)  Bincangkan konsep hermeneutik feminis dan bagaimana ia digunakan oleh Dulcie Abraham untuk membawa mesej kesetaraan gender untuk wanita Kristian.

PENDAHULUAN
Hermeneutik adalah satu proses interpretasi yang mencadangkan bahawa pemahaman timbul dalam interaksi antara teks dengan pembaca. Pembinaan makna dipengaruhi oleh andaian pembaca, kebiasaan dengan bahan lain, pengalaman, kepakaran masyarakat, harapan, keinginan dan sebagainya sama ada secara sedar atau tidak. Hermeneutik feminis adalah interpretasi yang mengambil kira persepketif, pengalaman dan kepentingan wanita. Dulcie Abraham merupakan penganut dan sarjana Kristian Malaysia.

ISI
1.  Teologi Kesetaraan
T Teologi kesetaraan gender ini mengambil cerita Genesis 1:27 di mana kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dalam imej Tuhan
T Lelaki dan wanita dikatakan bertanggungjawab kerana tidak taat dan mendapat hukuman yang sama iaitu kedua-duanya dipisahkan daripada Tuhan
T Kedua-dua wanita dan lelaki memainkan peranan yang penting dalam sejarah kitab Injil awal
T Cth: Suara wanita jelas kedengaran dalam peranan sebagai ibu, isteri, hakim, ketua tentera, tukang tilik dan kaunselor
T Wanita digambarkan sebagai imej yang positif dan sepatutnya dipuji
T Teologi ini tersirat dalam cerita kehidupan dan ajaran Nabi Isa
T Tidak ada teks yang justifikasikan pengetepian wanita dalam Gospel
T Nabi Isa umum peranan mubaligh sebagai pembawa “berita gembira kepada orang miskin”
T Nabi Isa mencabar anggapan elit alim terutamanya sekali golongan farisi yang terpelajar, penulis, paderi dan lelaki Yahudi yang lain, yang mereka nikmati kelebihan dan pertolongan Tuhan
T Nabi Isa diidentifikasikan dengan orang miskin dan masyarakat terbuang pada masa tersebut
T Nabi Isa sengaja mencapai kepada wanita dalam kumpulan yang terpinggir yang terletak pada hierarki yang terbawah pada keagamaan ketika itu
T Nabi Isa membawa wanita ke dalam hubungan baru pengikut, menerima dakwah mereka, mengalakkan dan mengembangkan minat mereka dalam teologi menerusi ajaran dan perbincangan, dan menyemarakkan mereka dengan mesej yang paling penting bagi kebangkitan semula
T Wanita merupakan antara orang bukan Yahudi pertama yang menjadi pengikut Nabi Isa dan mubaligh Kristian
T Nabi Isa menggalakkan kepimpinan wanita dan cabar serte tentang etos patriarki dominan menerusi amalan pengikut yang setara
T Ajaran Nabi Isa tentang hubungan gender dan perkahwinan, kesetiaan yang sama dan komitmen perlu dari kedua-dua pasangan
T Kelahiran gereja awal dilambangkan dengan luahan “hadiah roh” pada kedua-dua wanita dan lelaki
T “Gereja rumah” adalah tempat pemujaan dan ini dianggap sebagai lingkungan yang baik kepada wanita
T Mereka tidak dikeluarkan daripada peranan kepimpinan dalam pemujaan dan dalam makanan berkumpulan
T Dalam teologi Paul, pembaptisan dilihat sebagi menyingkirkan halangan tradisional antara Yahudi dan Gentile, lelaki dan wanita, orang bebas dan hamba
T Etos menekankan kesaksamaan

2.  Interpretasi Semula
R Kristianiti berakar umbi dalam budaya patriarki purba
R Perkembangan agama monoteistik Hebrew purba dengan ketuhanan “lelaki” bujang (gantikan beberapa Tuhan lelaki dan wanita agama Timuran Dekat) sebagai permulaan bagi budaya didominasi oleh lelaki dalam proses Judaisme
R Jerusalem merupakan pusat kepercayaan monoteistik Judaisme yang menolak semua Tuhan terutamanya Asherah, Tuhan dominan wanita
R Pengecualian elemen wanita diteguhkan dengan pengenalan undang-undang keagamaan dan kebudayaan yang pastikan kawalan maskulin dalam kepaderian dan keturunan serta pewarisan
R Lelaki dicipta terlebih dahulu dan kemudian wanita
R Dalam penceritaan kisah Hawa yang makan buah terlarang, wanita menjadi alasan bagi kewujudan dosa asal dalam dunia ini
R Pentafsiran tersebut digunakan sebagai alat untuk mendiamkan wanita dalam gereja dan menindas wanita di gereja dan rumah
R Peraturan rumah dalam surat kepada gereja di Colossae dan Ephesus, dan surat Peter, menghendaki isteri patuh kepada suami, dan hamba pada tuan
R Peraturan digunakan untuk menindas wanita dan meneruskan jual beli hamba
R Dalam gerej awal, “bidaah” difahami berpunca daripada kepercayaan gnostik terutama trend gnostik yang gabung prinsip wanita dalam Tuhan, memberi amaran larangan penglibatan wanita dalam pemujaan dan pembelajaran ritual
R Wanita disuruh supaya diam dan senyap dalam gereja dan tidak boleh mempunyai kuasa ke atas lelaki
R Ajaran digunakan sebagai sumber patriarki yang subordinasi dan mendiamkan wanita dalam konteks agama dan di rumah
R Paderi gereja awal yang merupakan penjaga dan penghurai bagi kepercayaan dedahkan dalam pengisytiharaan berkait kewanitaan sesuatu misoginis
R Paderi gereja dan pentafsir lelaki kitab suci dari dahulu sehingga kini lambat mengenal Wasiat Baharu dalam hubungan antara suami dan isteri, anak dan ibu bapa, hamba dan tuan yang diletakkan dalam konteks teologi cinta maha suci, keamanan dan peraturan yang mempunyai dimensi kosmik
R Kesalingan cinta, pengabdian diri dan penyerahan di rumah dilihat sebagai gambaran sifat pengabdian Maha Suci Nabi Isa
R Tambahan lagi, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh pihak lelaki sebagai seorang suami
R Kepimpinan lelaki di gereja begitu perlahan dalam melihat dan mengaplikasikan mesej pengabdian model Nabi Isa sebagai fokus utama dalam ajaran Wasiat Baharu untuk semua hubungan termasuklah gender
R Institusi Kristianiti dalam ajaran dan amalan telah menunjukkan persepsi patrarki yang tradisional bagi sifat autoriti dan kekuasaan di rumah, gereja, negara dan dunia
R Salah faham terhadap kuasa pada dekad yang lalu telah membawa gereja dan kerajaan di bawahnya berkelakuan dalam cara yang tamak, tidak adil dan kejam
R Cth: Perang Salib, pembakaran berjuta-juta wanita yang dikatakan sebagai ahli sihir pada zaman pertengahan, penjajahan dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah, perdagangan hamba di Amerika Utara
R Ahli teologi yang terdiri daripada wanita dan lelaki dan juga dari negara dunia ketiga telah sedar kepentingan penilaian pentafsiran kitab suci yang menindas dan pengucapan kepada mesej pembebasan dalam agama

Contoh Soalan:
Bincangkan bagaimana pengamal dan ahli teologi feminis Kristian di Asia membawa pembaharuan yang menekankan kesetaraan antara semua termasuk kesetaraan gender dalam tradisi agama mereka.

1.  Warisan Wanita dalam Bible
6  Book of Ruth yang menceritakan berkenaan dengan watak Hannah di mana Hannah didiskriminasikan kerana mandul
6  Miriam pula menceritakan watak Derobah iaitu beliau dipilih oleh Tuhan untuk memimpin Israel
6  Perjanjian Baru pula menceritakan watak Mary di mana keperawaan iaitu kebebasan untuk menyembah Tuhan dan tidak menjadi subjek kepada manusia

2.  Tafsiran Lisan dan Penceritaan Semula Kisah-Kisah Bible
6  Cara tradisional iaitu kitab suci telah diucapkan, dibacakan, diingat dan dipersembahkan
6  Di Barat, pembacaan kitab suci adalah secara senyap atau perlahan
6  Di Asia pula, kitab suci dibaca secara berkumpulan dan berbincang mengenai cerita di dalam Bible yang berkaitan dengan kehidupan mereka seharian
6  Bagi Jack Goody pula, beliau fokus kepada penceritaan semula teks di mana ia menekankan kehidupan kini
6  Tafsiran lisan dilihat lebih mementingkan penyertaan masyarakat dan lebih bersifat demokratik di mana golongan buta huruf dan tidak berpendidikan juga boleh berkongsi pandangan mereka
6  Strategi-strateginya adalah seperti:
µ Memberi peluang kepada wanita untuk bersuara dan berdialog
µ Wanita sebagai “narattor” dalam penceritaan kisah bible pada pandangan wanita
µ Menjadikan teks lebih relevan dan berkaitan dengan isu semasa
µ Mengalakkan wanita terlibat dalam proses penilaian kritikal

3.  Bacaan Sosio-Politik
6  Ahli teologi feminis Asia ingin menggunakan kaedah membaca Bible dalam kerangka perjuangan sosio-politik sekarang
6  Dalam konteks Asia di mana perselisihan antara etnik telah memecahbelahkan masyarakat, jadi tema hubungan manusia dan perbezaan kaum dan etnik dalam Bible diambil dan dijadikan pengajaran
6  Chitra Fernando dari Sri Lanka telah mencerminkan tema wanita dan perkauman dalam Bible. Beliau memberi tumpuan kepada kisah Sarah dan Hagar di mana Hagar didiskriminasikan kerana beliau adalah bangsa lain
6  Kinukawa berhujah bahawa stigma sosial terhadap wanita, golongan minoriti dan sistem kasta adalah hasil daripada perlabelan golongan yang berkuasa
6  Kinukawa cuba menentang gereja-gereja di Jepun untuk membasmi segala bentuk prejudis sosial untuk menyokong hak-hak wanita dan golongan minoriti Korea yang hidup sebagai warga kelas kedua di Jepun

4.  Interpretasi Pasca-Kolonial
6  Teori pasca-kolonial di mana Kwok memperkenalkan teori pasca-kolonial dalam menginterpretasi Bible di Asia
6  Beliau merujuk perkataan pasca kepada tempoh selepas tanah jajahan mendapat kemerdekaan
6  Interpretasi pasca-kolonial membincangkan pelbagai isu termasuk hubungan antara simbol-simbol teologi dan empayar, dialog antara agama, kemusnahan alam sekitar dan impaknya kepada kehidupan wanita terpinggir dan lambang serta kedudukan wanita dalam teks-teks Bible
6  Cth: Kerendahan hati dan kelembutan wanita dalam artikel ini dapat digunakan untuk membuang sikap pasif, sunyi dan taat kepada tuan-tuan dominan yang datang untuk menakluk dan memerintah. Sama seperti wanita syrophoenician, orang-orang yang dijajah menjadi tunduk, setia seperti “anjing yang setia”
6  Memberi peluang kepada wanita daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi pengalaman dan cerita mereka dan membina imej baru mengenai Tuhan, dunia dan manusia

5.  Kitab Sebagai Persembahan
6  Di Asia, kitab suci dipersembahkan dalam bentuk lagu, drama, tarian, persembahan rakyat dan teater
6  Ia bukan sahaja dilakukan di tempat suci bahkan pada hari perayaan dan keraian
6  Yuko Yuasa pula mengatakan bahawa idea tersebut digunakan dengan menginterpretasikan cerita Bible ke dalam bentuk drama dan teater
6  Beliau menggunakan “Noh” sebagai drama di Jepun
6  Tajuk drama tersebut ialah “Magdalene Dancing in Crimson”
6  Temanya adalah untuk memberikan kesedaran tentang keabdian dalam hidup, cinta lebih kuat daripada kematian dan pandangan terhadap sifat manusia
6  Daripada cerita tersebut, Yuko menegaskan kesan psikologi terhadap aspek kerohanian wanita di Jepun
6  Melalui drama tersebut, beliau mahu menyampaikan kemarahan, kelegaan dan kesedaran emosi seseorang











Comments