Contoh Soalan
1) “Kaum
wanita tidak diberi peluang yang sama untuk menjadi pemimpin di kalangan
penganut Buddhisme.” Kritikan kenyataan tersebut dalam konteks pengalaman
penganut Buddhisme berdasarkan pemahaman dan interpretasi mereka terhadap
kitab-kitab suci Buddhisme.
2) Debatkan
sama ada agama Buddhis memperlihatkan perhubungan gender yang setara atau
tidak.
3) Apakah
terdapat kesaksamaan gender dalam agama Buddhis? Debatkan dalam konteks ajaran
agama Buddhis, institusi keagamaannya dan amalan penganutnya.
PENDAHULUAN
Agama Buddha telah diasaskan oleh Gautama
Buddha. Gautama Buddha ini merupakan seorang putera di India. Beliau telah
dilahirkan lebih kurang 2500 tahun yang lalu. Kelahirannya adalah di Lumbini,
Nepal. Putera Siddharta ini hidup mewah. Semasa remaja, beliau telah berkahwin
dengan puteri Yasodhara dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Rahula.
Semasa berumur 29 tahun, Puteri Siddharta ini telah sedar berkaitan dengan
hakikat penderitaan di dunia. Semasa berumur 35 tahun, beliau telah mencapai
kesedaran atau “englightenment” di bawah pokok Bodhi.
ISI
Pada pendapat saya, terdapat dua jawapan
iaitu agama Buddhis ini boleh dikira sebagai agama yang saksama dari segi
gender dan pada masa yang sama ia juga dilihat sebagai ketaksamaan dari segi gender.
Ajaran
Agama Buddhis
Pada zaman Buddha masih hidup di dunia,
ajaran yang disampaikan oleh Buddha adalah untuk semua kehidupan tidak kira
sama ada lelaki atau perempuan. Hal ini kerana tujuan Buddha menyampaikan
ajarannya adalah untuk membebaskan segala kehidupan daripada penderitaan dan
mencapai nirvana. Ajaran utama Buddha tidak titikberatkan identiti jantina. Buddha
mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang boleh mencapai nirvana sama ada leleki
atau perempuan.
Dalam buku teks suci menyatakan bahawa semua
orang boleh mencapai nirvana tanpa mengira jantina, kelas dan kasta. Seseorang
lelaki atau perempuan sama ada boleh atau tidak boleh mencapai nirvana
bergantung kepada usahanya. Hal ini dapat dibuktikan bahawa pada zaman Buddha,
terdapat wanita yang dapat mencapai nirvana dengan usaha mereka sendiri. Buddha
juga membenarkan wanita untuk menyertai sangha iaitu komuniti pengikut Buddha.
Dalam ajaran asasnya iaitu empat kebenaran mulia dan lapan jalan kebenaran atau
lapan laluan yang mulia juga tidak mempunyai sebarang kesan gender.
Maka,
dapat dilihat bahawa ajaran agama Buddhis disifatkan sebagai neutral dari segi
gender dan egalitarian. Hal ini yang menyebabkan ramai wanita tertarik untuk
menjadi pengikut ajarannya. Ajaran yang disampaikan oleh Buddha adalah dapat
didengar oleh sesiapa tanpa mengira jantina, kelas dan kasta.
Namun
melalui teks suci juga, terdapat kepelbagaian pandangan terhadap wanita. Hal
ini boleh dilihat apabila sesetengah kitab mencatat bahawa sami lelaki
mempersoalkan berkaitan dengan keupayaan wanita untuk mencapai nirvana. Hal ini
kerana tanggungjawab dan peranan wanita di rumah menjadi penghalang kepada para
wanita untuk mencapai nirvana kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan kepada
ajaran Buddha. Hal ini muncul kerana konteks sosial di India pada masa itu di
mana wanita perlu mematuhi kepada tiga kepatuhan seperti patuh kepada ibu bapa
sebelum berkahwin, patuh kepada suami dan keluarga suami selepas berkahwin
serta patuh kepada anak lelaki jika suami telah meninggal dunia. Kepatuhan ini
yang menjadikan status wanita rendah.
Selain
itu, bhikku konservatif juga menuntut bahawa kelahiran sebagai seorang wanita
adalah inferior. India pada masa tersebut melihat kelahiran sebagai seorang
wanita merupakan karma yang buruk. Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang
wanita adalah kerana perbuatan jahatnya pada kehidupan yang lepas. Oleh itu,
mereka dilahirkan sebagai seorang wanita. Selain itu, Buddha dilahirkan sebagai
seorang lelaki. Maka, sifat kewanitaan menjadi penghalang utama dalam mencapai
nirvana. Jadi untuk mencapai nirvana, seseorang haruslah dilahirkan sebagai
lelaki terlebih dahulu.
Ilmiawan
feminis mengkritik pandangan konservatif ini. Antara sebab yang diberikan oleh
mereka adalah lelaki haruslah bertanggungjawab terhadap nafsu mereka. Para
lelaki sepatutnya pandai menjaga nafsu mereka daripada menyalahkan para wanita
sebagai penyebab kepada nafsu mereka. Buddha juga menekankan bahawa identiti
jantina tidak menjadi penghalang dalam mencapai nirvana. Contohnya, dalam
Therigatha terdapat wanita yang mencapai nirvana. Dalam mazhab Mahayana pula,
terdapat ikon wanita iaitu Guan Yin sebagai Buddha.
Institusi
Keagamaan
Dari segi institusi keagamaan, dapat dilihat
ia mengekalkan nilai sosial kekuasaan lelaki dan subordinasi wanita.
Ketaksamaan gender dari segi institusi keagamaan ini dapat dilihat melalui
mazhab Theravada di Thailand.
Kira-kira 10,000 orang wanita yang dipanggil
sebagai mae chi yang memakai jubah berwarna putih dan botak. Ketaksamaan dalam
institusi keagamaan dapat dilihat apabila golongan tertinggi pentadbiran agama
Buddha di Thailand tidak mengiktiraf sami perempuan. Hal ini kerana golongan
mae chi tidak dibenarkan untuk menjalankan upacara upasampada (ordinasi penuh).
Upacara ini penting kerana ia menandakan seseorang sebagai bhikkhu atau
bhikkhuni. Namun, upacara ini tidak dapat dijalankan kepada wanita yang ingin
menjadi bhikkhuni. Hal ini kerana asal-usul bhikkhuni mazhab Theravada di
Thailand telah lenyap dan ia menjadi masalah untuk menghidupkan semula sangha
bhikkhuni di mazhab Theravada.
Kedudukan mae chi dari segi status sosial dan
kerohanian adalah sangat rendah. Mereka biasanya dikenali sebagai golongan
tunabiarawan, bukan golongan biarawan. Ramai antara mereka yang berpendidikan
rendah dan dari latar belakang pertanian. Kedudukan mereka adalah tidak jelas
antara keduniaan dan bukan keduniaan. Walaupun mae chi ini menjalankan kehidupan
beragama, namun status mereka adalah jauh lebih rendah daripada sami lelaki.
Apabila mereka tinggal di kuil, kerja mereka adalah untuk memasak, menyapu,
membersihkan untuk sami lelaki ataupun untuk orang ramai pada musim perayaan
ataupun terlibat dalam kerja kebajikan.
Oleh
sebab wanita dianggap mempunyai status spiritual yang rendah, maka laluan
mereka untuk ditahbis sebagai seorang bhikkhuni adalah sangat sukar. Wanita
yang menganut agama Buddha Theravada hanya boleh mendapat merit melalui golongan
lelaki sahaja. Sebagai contohnya, golongan wanita boleh mendapat merit dengan
sedekah makanan kepada sami lelaki.
Keadaan
sangha bhikkhuni di mazhab Mahayana adalah lebih baik berbanding dengan mazhab
Theravada. Mereka lebih dihormati oleh masyarakat tempatan berbanding dengan
bhikkhuni mazhab Theravada. Mereka mempunyai lebih banyak masa untuk belajar
dharma dan juga ritual. Sangha bhikkhuni mazhab Mahayana dianggap sebagai
sumber pahala. Malahan, terdapat juga sami perempuan yang boleh menjadi ketua kuil
dan bukannya hanya sami lelaki sahaja.
Amalan
Penganutnya
Sangha bhikkhu diwujudkan terlebih dahulu
oleh Buddha. Selepas dirayu oleh ibu angkatnya, barulah Buddha bersetuju untuk
menubuhkan sangha bhikkhuni. Namun begitu, Buddha menetapkan beberapa peraturan
yang perlu diikuti oleh para bhikkhuni. Peraturan tersebut dikenali sebagai
“Eight Chieft Rules”.
Peraturan ini memerlukan para bhikkhuni untuk
melayan setiap bhikkhu sebagai senior dan juga lebih superior daripada mereka.
Selain itu, mereka juga dilarang untuk menafikan atau menasihati para bhikkhu.
Sebarang upacara rasmi berkaitan dengan bhikkhuni haruslah dilaksanakan di
bawah bimbingan bhikkhu. Para bhikkhuni juga dilarang untuk mengajar bhikkhu
sebarang hal berkaitan dengan dharma. Walaupun tidak pasti sama ada peraturan
ini benar-benar ditetapkan oleh Buddha ataupun tidak, tetapi ia telah menyebabkan
sami perempuan dilihat lebih inferior daripada sami lelaki. Sami perempuan
dilihat mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada sami lelaki.
Di samping itu, di Thailand, sebarang makanan
yang disedekahkan kepada sami lelaki akan dilihat sebagai sesuatu perkara yang
mulia. Seseorang yang berbuat demikian akan mendapat merit daripada amalannya
tersebut. Namun, jika seseorang sedekahkan makanannya kepada sami perempuan,
perbuatannya tidak akan mendapat sebarang merit. Lagipun di Thailand, orang
awam tidak biasa memberi sedekah kepada bhikkhuni. Hal ini kerana biasanya
mereka hanya memberi sedekah kepada bhikkhu dan memberi sedekah kepada
bhikkhuni sebagai satu menyimpang dari norma.
Institusi
agama Buddha yang tertinggi di Thailand percaya bahawa hanya lelaki sahaja yang
dapat mencapai nirvana tetapi tidak wanita. Wanita hanya dilihat sebagai orang
awam yang patut memberi penghormatan kepada sami lelaki. Dalam kalangan
penganut Buddha, mereka menerima Buddha mendiri “Empat Rukun Agama Buddha” atau
lebih dikenali sebagai “Four Pillars of Buddhism” di mana ia terdiri daripada
bhikkhu, bhikkhuni, lelaki dan perempuan. Namun, di Thailand, bhikkhuni dikeluarkan
dari segi undang-undang sangha kerana perkataan “sangha” yang bermaksud
komuniti monastik ditakrifkan sebagai “sangha bhikkhu”.
Contoh Soalan:
Pada abad ke 21 ini, institusi sami perempuan
mazhab Theravada telah berjaya dihidupkan semula dan semakin bertapak di
negara-negara Asia mahupun Barat. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang
kepada perkembangan tersebut di mana kepimpinan wanita dalam bidang keagamaan
dan kerohanian semakin diiktiraf.
Faktor-Faktor
Yang Menyumbang Kepada Perkembangan Kepimpinan Wanita Dalam Bidang Keagamaan
dan Kerohanian Diiktiraf
1. Simbol Kepimpinan Kerohanian
]
Tahap moral yang lebih tinggi kerana mereka
mengikuti disiplin dan amalan keagamaan yang lebih tegas
]
Mengetuai upacara ritual dan dipercayai lebih
berkesan kerana kealiman mereka
]
Apabila niat yang itu suci, maka pahala akan lebih
tinggi
]
Masyarakat Thai apabila mereka menghadapi sebarang
masalah, mereka akan tinggal di kuil untuk mencari ketenangan
]
Apabila mereka telah tenang, maka mereka akan
dapat fikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik dan efektif
]
Maka, jika terdapat sami perempuan di kuil, ia
juga bererti bahawa perempuan juga boleh ke sana untuk mendapatkan ketenangan
]
Jika masyarakat terutamanya kaum wanita menghadapi
masalah dan ingin mendapatkan bimbingan kaunseling, dengan adanya sami
perempuan di kuil, maka kaum wanita tidak akan berasa segan dan mereka akan
berasa lebih selesa mendapatkan nasihat daripada sami perempuan
]
Sami perempuan dilihat sebagai ibu dari segi
kerohanian kepada semua
]
Iaitu dalam bahasa Thailand ia dipanggil sebagai
Luang Mae manakala lelaki pula dipanggil sebagai Luang Por
2. Simbol Kepimpinan Institusi
Keagamaan
]
Jika institusi agama mempunyai sami perempuan, hal
ini juga bermakna bahawa lelaki juga boleh memberi penghormatan kepada sami
perempuan
]
Sebelum ini, lelaki dan perempuan hanya memberi
penghormatan kepada sami lelaki
]
Melalui ini, status anak perempuan juga dapat
ditingkatkan
]
Sebelum ini, hanya status anak lelaki sahaja yang
dipentingkan kerana hanya mereka sahaja yang dapat menjadi sami
]
Tetapi jika institusi sami perempuan dihidupkan
semula dalam mazhab Theravada di Thailand, maka wanita juga dapat menjadi sami
]
Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan dapat
bergantung kepada anak perempuan mereka yang menjadi sami untuk mendapatkan
pahala
Blog yang bagus... semoga terus berkembang.... Saya ingin berbagi article tentang Gunung Fuji di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/04/gunung-fuji-di-stasiun-ke-5.html
ReplyDeleteLihat juga video di youtube https://youtu.be/qOt2CxlZig8