Hari ini saya dan kawan2 sy pergi beraya di rumah cikgu.... Kay Leng kata bahawa dia akan datang mengambil sy pada pukul 11 am... Namun, sy tunggu tetapi dia tak datang lg... Pada mulanya sy ingin berputus asa... Konon-kononnya macam ditinggalkan oleh kawan2 sy la...uhuk-uhuk... Akhirnya pada pukul 11.15 gitu la...Rasanya la... Sebab sy pun tak tengok jam dengan betul... Kay Leng pun datang jemput sy.... Rupa-rupanya dia keluar lewat... Selepas ambil sy, kita terus pergi ke rumah cikgu.... Pertama kali, kita pergi ke rumah Cikgu Rahilah dahulu.... Cikgu Rahilah mengajar sy Pengajian Am... Tapi yg lucunya, kita bertiga mencari-cari rumah Cikgu Rahilah tapi tak jumpa... Rupa-rupanya, kita telah terlanjur jauh ke dalam.... Rumah Cikgu Rahilah hanya terletak di Lorong Manan... Kay Leng pun berpatah balik....Akhirnya, kita jumpa dengan Lorong Manan....Tapi yg anehnya ialah semasa kita masuk ke dalam lorong Manan tersebut, kita tak berjumpa pun dengan Lorong Manan Sa...