"Ying, ingat apa yg ibu kata...Jangan sesekali masuk ke dalam bilik itu..."
"Kenapa ibu?" Ying sangat hairan.
"Kerana bilik itu ada benda....yg....tidak..."
"Apa ibu kata? Ying tak dengarlah...Boleh kuat sikit tak?"
Rupa-rupanya Ying bermimpi. Sudah lama Ying tidak bermimpi tentang ibunya selepas ibunya meninggal dunia kerana penyakit barah. Ying jadi takut kerana dia bukannya selalu mimpi tentang ibunya.
"Rasanya ada perkara yg hendak ibu kata. Tapi apa bendanya? Saya sudah lupa la..." Ying cuba untuk mengingati apa yg hendak disampaikan oleh ibunya.
"Adik! Cepatlah turun! Nanti ayah tinggal baru tahu." Kedengaran suara kakak Ying bergegaran.
"Hai! Hai! Chottomattekudasai..."Ying balas dalam Bahasa Jepun. Ying memang suka guna perkataan Jepun. Mungkin ini adalah kerana Ying sangat suka tengok cerita Jepun terutamanya cerita animasi Jepun.
Ying berlari lintang-pukang.
Kalau saya menyertai lumba lari, tentu dapat nombor satu ni.
Ying cuma ketawa kecil dalam hatinya.
"Tulah, kan akak sudah kata. Jangan tidur lewat sangat semalam. Tapi adik tak dengar. Ni kita sudah lambat. Semuanya sebab adik akak yg sangat comel ini." Kakak Ying, Yan perlinya.
"Yalah..Yalah..Semuanya salah adik. Hontoni gomen ne...Bukannya adik sengaja pun." Sekali lagi Ying jawab bercampur dengan Bahasa Jepun.
"Perbincangan sampai sini sahaja. Cepatlah naik kereta. Nanti kita lewat pula." Ayah Ying cepat-cepat memotong percakapan mereka. Kalau ayah mereka tidak memotong percakapan mereka, tentu mereka akan berdebat sampai air liur kering baru puas.
Inilah percutian yg dinanti-nantikan oleh Ying dan Yan. Apabila cuti sekolah bermula, mereka akan dapat bercuti ke rumah nenek mereka yg berada di Kuantan.
"Akak, semalam kan adik bermimpi tentang ibu." Ying mula berbisik kepada Yan.
Ying tidak mahu cakap kuat-kuat sangat kerana takut ayahnya dengar.
Semenjak ibunya meninggal dunia, Ying sudah lama tidak melihat senyuman ayahnya. Ying tahu ayahnya sangat sedih dengan pemergian ibunya. Sejak baru-baru ini, ayahnya baru ketawa semula. Ying tidak mahu ayahnya sedih semula apabila mendengar apa-apa tentang ibunya.
"Bermimpi tentang ibu? Oh..Mimpi tentang ibu kan perkara biasa je kan. Tentu adik sangat rindu akan ibu kita kan. Kesian adik akak yg comel ni. Mari akak cium sebentar supaya adik tak sedih lagi."
"Ish! Apalah akak ni! Jangan cium-cium la! Adik tak suka. Adik bukannya rindu akan ibu baru mimpi tentang ibu. Lagipun adik sudah lama tak mimpi tentang ibu. Adik rasa hairan la. Takut ibu ada apa-apa mesej hendak disampaikan kepada adik." Ying cuba tolak mulut akaknya sambil berkata.
"Eh, apalah adik akak ni. Nak bagi cium free pun tak mahu. Biarlah akak simpan first kiss ni untuk boyfriend akak saja."
Ying menggeleng-geleng kepala. Boyfriend bukannya ada. Tapi akak sudah fikir untuk menghadiahkan first kissnya. Apalah yg sudah jadi kepada akak Ying ni.
Ying tak faham kenapa Yan mahu menciumnya? Lagipun Ying memang bukannya rindu akan ibunya baru mimpi. Ying rasa macam ada sesuatu perkara sahaja yg hendak ibunya sampaikan. Namun Ying tidak dapat mengingatinya. Ying sangat benci kelemahan yg ada pada dirinya. Ying memang cepat sangat lupa akan sesuatu perkara.
"Kalu memang ibu nak sampaikan sesuatu kepada adik, apa bendanya? Cuba adik ceritakan kepada akak. Mungkin akak dapat menolong adik." Yan berkata apabila dia tengok Ying macam susah hati saja.
"Wah! Ni la yg adik suka tentang akak. Akak ni memang boleh diharap apabila adik dalam kesusahan. Oneechan ga daisuki. Tetapi adik tak dapat ingat la. Walaupun adik sudah cuba beberapa kali, namun adik masih tidak ingat." Ying balas kepada Yan.
"Biarlah...Nanti sampai masa, tentu adik akan ingat."
Walaupun Yan sudah berkata demikian, namun Ying masih rasa tak sedap hati.
Comments
Post a Comment