Makanan
telah tersusun di atas meja.
“Wah!
Banyaknya makanan. Semuanya sedap-sedap pula tu. Yeah! Ada makanan kegemaran
Ying. Terima kasih, nenek. Sayang nenek.”
“Yalah…Yalah...
Nak manja la tu.” Yan mencelah.
“Eh,
bukannya memuji akak pun. Kenapa akak jawab? Adik mengucapkan terima kasih
kepada nenek bukannya akak. Akak bila pula jadi nenek?” Ying tidak puas hati.
“Hai..Hai..Berdiri
di sini buat apa lagi? Cepatlah pergi basuh tangan. Sekarang cuma tunggu adik
seorang saja ni.” Yan meniru Ying jawab dalam Bahasa Jepun.
“Ish,
akak ni. Kenapa jawab dalam Bahasa Jepun? Tak tahu nak cakap Bahasa Mandarin
ke?”
“Biarlah.
Akak suka. Adik cakap dalam Bahasa Jepun tak apa la? Akak tak boleh nak cakap
la?”
“Adik
lain. Akak lain. Kita ni kan orang yg tak sama. Sebab tulah, akak tak boleh nak
meniru adik. Hahaha.” Ying menjawab Yan sambil ketawa.
“Please
stop. Ying, go wash your hand. Right now.”
“Ya
la, ayah. Ying nak pergi dah ni. Akak yg start dahulu.”
“Eh.
Apa kaitan pula dengan akak? Akak kan suruh adik pergi basuh tangan. Adik yang
tak pergi.”
“Siapa
kata?”
“Adik
la kata. Tak dengar ke?”
“Enough
already, the both of you! Kalu sehari tak bertengkar tak boleh ke? Asyik nak
bertengkar saja.” Akhirnya, ayah Ying dan Yan bersuara.
“Ying,
cepat pergi basuh tangan. Yan, duduk sini.” Ayah mengarahkan Yan dan Ying.
Selepas
Ying basuh tangan, mereka sekeluarga pun mula makan.
Ying
dan Yan makan banyak sekali. Kenyang sampai nak jalan pun tak boleh.
Tapi,
mereka takut untuk mengeluarkan sebarang suara.
Selepas
makan, Ying dan Yan terus masuk ke dalam bilik. Mereka hendak mengemas dahulu
sebelum tidur.
Ying
dan Yan tidur dalam bilik yg sama.
Suasana
sangat sunyi sepi. Ying dan Yan tidak berbunyi langsung. Mungkin kerana tadi
kena marah oleh ayah mereka.
“Akak?”
Akhirnya, Ying bersuara.
“Ya?”
Yan menjawab.
“Maafkan
Ying ya?”
“Maaf?
Maaf apa?” Yan sengaja bertanya. Yan selalu begitu. Dia sudah tahu bahawa
adiknya minta maaf tentang perkara tadi namun dia mahu juga adiknya cakap.
“Ish,
akak ni. Bukannya dia tidak tahu. Sengaja. Biarlah saya mengalah kali ini.”
Ying berkata dalam hati.
“Adik
minta maaf kerana bertengkar dengan akak di meja makan tadi.”
“Akak
pun ada salah. Akak pun minta maaf.” Inilah dipanggil keluarga. Bak kata
pepatah “carik-carik bulu ayam, akhirnya akan cantum balik juga”.
Mereka
berdua pun ketawa.
Tiba-tiba,
Ying teringat tentang bilik aneh yg dia jumpa tadi. Ying pun segera bertanya
kepada Yan.
“Akak,
tadi kan semasa adik berjalan-jalan di luar. Adik ternampak sebuah bilik yg
aneh.”
“Bilik
aneh? Dekat mana?” Yan berasa sangat ghairah lalu tanya Ying.
Ying
pun menceritakan bagaimana dia terjumpa bilik aneh tersebut.
“Rasanya
sebelum ni bilik tu tak ada pun kat belakang rumah nenek.” Yan pula berkata.
“Sebab
tulah adik tanya akak ni. Nak kepastian.”
“Akak
pun tak tahu. Lebih baik adik tanya nenek. Nenek tentu tahu. Ini kan rumah
nenek.”
Ying
segera mengetuk kepalanya. Mengapa dia tidak terfikir perkara tersebut.
Ying
membuat keputusan untuk tanya neneknya esok.
Comments
Post a Comment