"Hei, adik. Bangunlah. Kita dah sampai ni..." Yan mengejutkan Ying yg sedang tidur nyenyak.
Ying membuka matanya lambat-lambat.
Punggung Ying terasa sangat kebas kerana sudah lama duduk dalam kereta.
"Ish, apalah akak ni. Boyfriend pun tak ada lagi, nak fikir pasal boyfriend macam mana? Adik sedang menikmati keindahan alam sekitar la."
"Angkat beg ni masuk dulu. Lepas tu nak nikmati keindahan alam sekitar ke, nak lompat-lompat ke pun boleh."
"Yalah, yalah. Adik angkat la ni." Ying menjawab dengan selamba.
Ying angkat beg dan berjalan ke dalam rumah neneknya.
"Akhirnya, sudah sampai cucu-cucu nenek. Rindunya nenek pada cucu-cucu yg comel ni." Nenek Ying melepaskan rindu pada kedua-dua cucunya.
"Nenek!" Ying dan Yan sama-sama memeluk neneknya.
"Lama tidak berjumpa. Kedua-dua cucu nenek ni sudah besar panjang. Sudah jadi cantik." Nenek Ying memuji kedua-dua cucunya.
Ying dan Yan sangat rindu pada neneknya. Mereka sudah lama tidak berjumpa dengan neneknya.
"Nanti Ying nak makan masakan nenek secukup-cukupnya. Biar Ying rasa puas."
"Boleh je. Nanti nenek masak makanan yg banyak untuk Ying dan Yan supaya kenyang sampai nak berdiri pun tidak boleh. Haha.."
"Nanti adik gemuk baru tahu. Makan banyak-banyak. Lagipun bukan ke adik nak diet. Hari tu kan buat keputusan untuk berdiet kerana berat badan sudah naik."
"Biar sajalah akak. Nanti selepas kita pulang ke KL baru adik diet pula. Sudah lama adik tak makan masakan nenek." Ying membalas.
"Apalah adik ni. Hangat-hangat tahi ayam saja. Nanti jangan menyesal ya."Yan berkata pula.
Ying malas nak berdebat dengan Yan lalu dia meminta izin neneknya untuk berjalan-jalan di sekitar rumah.
"Nenek, Ying nak pergi berjalan di sekitar rumah nenek boleh tak?" Ying bertanya.
"Apa salahnya? Tentulah boleh. Tapi jangan sampai lewat."
Ying mengganguk-angguk kepala tanda dia faham.
Ying berjalan-jalan sambil melihat keindahan pokok dan bunga yg berada di belakang rumah neneknya.
Tiba-tiba, Ying ternampak satu bilik yg aneh.
Bilik itu sudah usang dan tua.
"Bila masa ada bilik aneh tu? Rasanya sebelum ni tak nampak pun." Ying berkata dalam hatinya.
Perasaan hairan menguasai Ying. Bilik kecil itu seperti memanggilnya untuk menerokainya.
"Ying, apa yg awak buat tu. Cepat masuk ke dalam. Hari sudah malam dah ni. Nenek sudah sediakan makanan dah ni." Ayahnya memanggilnya.
"Ya. Ying nak masuk dah ni." Ying menjawab panggilan ayahnya.
"Hai sudah nasib. Lain kali baru boleh saya terokai awak ya." Ying berkata dalam hatinya.
Ying berjalan menuju ke rumah neneknya.
Namun, Ying tidak perasan yg ada bayangan orang melihatnya.
Comments
Post a Comment