Kedengaran
ayam berkokok memanggil penghuninya bangun dari mimpi.
Ying
berasa sangat malas untuk bangun. Mungkin kerana semalam dia tidur lewat sangat
kerana memikirkan tentang bilik aneh tersebut.
Telefon
bimbit Ying berbunyi. Jam telefon bimbitnya telah bergegar.
Ying
mencapai telefonnya lalu menutup loceng tersebut.
Ying
meneruskan tidurnya.
Tiba-tiba,
Ying terasa seperti ada sesuatu bergerak. Seterusnya, dia berasa kakinya sangat
sejuk. Ying membuka mata secara lambat-lambat.
Rupa-rupanya,
selimutnya telah dilipat. Ying tercari-cari kelibat kakaknya.
Yan
biasanya bangun awal. Dia akan menyediakan sarapan pagi.
“Akak,
mana ayah dan nenek? Pagi-pagi tak nampak batang hidung ni?” Ying tercari-cari
ayah dan neneknya.
“Ayah
dan nenek ada hal. Mereka keluar awal pagi lagi. Ayah berpesan bahawa dia dan
nenek esok baru pulang. Ayah juga suruh kita berdua jangan nakal-nakal.” Yan
menjawab dengan selamba sahaja.
“Oh...”
“Tercegat
kat situ buat apa? Pergi basuh muka. Selepas itu, makan sarapan.” Yan
meletakkan sarapan di atas meja makan.
“Sedapnya
bau. Pandai akak buat. Tentu bihun goreng ni.” Ying teka.
“Oh.
Terima kasih ya kerana menolong adik melipat selimut.” Ying berkata pula.
“Welcome.
How do you know that I help you. I didn’t say anything yet.” Yan bertanya dalam
Bahasa Inggeris.
“Mudah
saja. Pertama, sejak dulu lagi akak selalu bantu adik melipat selimut.”
“Alasan
tidak boleh diterima. Cuba adik bagi alasan yg lebih kukuh lagi.”
“Kedua,
selimut itu dilipat secara kemas dan segi empat serta diletakkan di tepi. Akak
mempunyai amalan ini sejak dulu lagi.”
“Ok,
tapi adik tahu mana selimut yg dilipat secara kemas dan segi empat tu akak yg
lipat? Mungkin ayah atau nenek yg lipat?” Yan cuba mencungkil skill detective
Ying.
“Tidak
mungkin ayah atau nenek yg lipat kerana tadi akak kata ayah dan nenek awal-awal
pagi lagi sudah keluar. Semasa adik rasa selimut adik ditarik tu, sudah pukul
lapan. Lagipun, cara lipatan selimut ayah dan nenek tidak seperti akak.”
“Oh...Begitu.
Pandai la adik ni. Nanti besar bolehlah jadi detective.”
“Akhir
sekali, adik jumpa bukti yg paling kukuh.”
“Bukti
apa? Cuba adik beritahu.” Yan berasa
hairan. Bukti apa yg paling kukuh lagi?
Ying
menunjukkan gambar seorang lelaki kepada Yan.
Yan
berasa sangat terkejut apabila melihat gambar tersebut.
“Gambar
itu bukan kepunyaan akak la. Mana boleh jadi bukti kukuh ni?” Yan berdalih.
“Adik
sudah jumpa buktinya. Buktinya adalah kata-kata akak.”
“Ha?!
Itu mana boleh dijadikan bukti?”
“Kenapa
tak boleh? Adik tak kata pun gambar ni milik akak. Adik cuma tunjukkan kepada
akak. Akak sendiri mengaku bahawa gambar ni milik akak. Buktinya “gambar itu
bukan kepunyaan akak la”. Masa tu, adik tak sempat cakap apa-apa lagi. Kalulah
gambar ni memang bukan milik akak, akak tergesa-gesa menafikannya buat apa?”
“Yalah,
yalah. Adik akak paling cerdik. Sekarang bagi akak balik gambar itu.” Yan cuba
merampas kembali gambar itu dari Ying tetapi tidak berjaya.
“Adik
tak nak bagi balik. Adik nak tunjuk gambar ni kepada ayah.” Ying cuba mengugut
Yan.
“YING!
BAGI BALIK GAMBAR TU KEPADA AKAK!” Yan menjerit sambil mengejar Ying.
Comments
Post a Comment