1. Enabler
Menyatakan
keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi
penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi
klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan.
Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien
bertindak melakukan perubahan
2. Orang Tengah (Broker)
Menhubungkan klien
yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan
sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu
mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh
digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga
haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan,
keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien
untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka
mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawarkan, kualiti perkhidmatan
tersebut, syarat-syarat kelayakan dan kos perkhidmatan. Di sini, pekerja sosial
juga akan berperanan sebagai rujukan di mana mesti melibatkan aktiviti susulan
iaitu pekerja sosial memeriksa untuk memastikan perkaitan pelanggan dengan sumber
yang memenuhi keperluan klien. Pekerja sosial juga akan bertindak sebagai
sistem perkhidmatan rangkaian iaitu memerlukan interaksi bahawa pekerja sosial
memudahkan urusan berterusan antara pelbagai segmen sistem penyampaian
perkhidmatan. Pekerja sosial juga akan bertindak sebagai pemberi maklumat di
mana menyampaikan maklumat kepada klien, kumpulan, komuniti atau lain-lain
berkaitan dengan polisi yang wujud
3. Peguam Bela (Advocate)
Bertindak sebagai
advokasi pelanggan atau kes dengan memastikan perkhidmatan atau sumber-sumber
yang ingin disampaikan kepada klien diterima oleh klien. Pekerja sosial juga
akan mengumpul maklumat dan menetukan sama ada klien berhak untuk mendapatkan
perkhidmatan atau sumber yang diingininya. Pekerja sosial juga akan bertindak sebagai
advokasi kelas iaitu berperanan sebagai peguam bela bagi klien atau sesetengah
populasi yang mempunyai masalah yang bertujuan untuk menghapuskan segaal
halangan atau halangan yang menyekat sekumpulan orang daripada merealisasikan
hak-hak sivil mereka atau mereka menerima manfaat atau perkhidmatan. Pekerja
sosial juga akan menjadi penyokong kepada klien dan membantu klien yang tidak
dapat layanan yang sewajarnya daripada pihak yang menyediakan perkhidmatan
4. Aktivis
Mengambil berat
perkara-perkara yang berkaitan dengan ketidaksamaan dan ketidakadilan sosial.
Strategi adalah melalui konfrontasi, perundingan dan membentuk konflik yang
boleh menjana matlamat yang dikehendaki. Matlamatnya adalah untuk mengubah
persekitaran sosial agar menjadi lebih baik dan bersesuaian dengan keperluan
manusia. Pekerja sosial akan melibatkan diri dalam usaha untuk mencari fakta,
menganalisis keperluan komuniti, penyelidikan serta penyebaran maklumat,
mobilisasi dan usaha lain dengan mempromosi kesedaran awam serta sokongan terhadap
program sosial yang sedang dan telah dijalankan
5. Perantara (Mediator)
Pekerja sosial
akan bertindak sebagai perantara jika klien menghadapi konflik dengan orang
lain agar dapat mencari kata sepakat dan mewujudkan persefahaman. Pekerja
sosial menggunakan orientasi nilai dan kemahiran dalam proses memberi bantuan
sebagai perantara. Sebagai perantara, pekerja sosial perlu bersikap adil dan
tidak menyebelahi mana-mana pihak serta pekerja sosial juga perlu memahami
kedudukan dan situasi pihak yang terlibat. Pekerja sosial akan menjadi pihak
tengah dalam sesuatu urusan, perbalahan, perselisihan dengan matlamat untuk
menghapuskan segala halangan atau rintangan yang membantutkan proses-proses ke
arah proses bantuan. Cth: menjadi perantara antara suami dan isteri yang
bergaduh
6. Perunding (Consultant)
Pekerja sosial
akan berusaha untuk mencapai kata sepakat atau persetujuan. Pekerja sosial akan
memastikan semua pihak yang terlibat akan mendapat faedah masing-masing.
Pekerja sosial yang berperanan sebagai perunding akan berpihak kepada salah
satu pihak. Perunding antara klien dengan organisasi. Cth: kes kemalangan
seperti insurans dan juga kesihatan
7. Pendidik (Educator/Teacher)
Pekerja sosial
akan bertindak sebagai pendidik yang mengajar kemahiran hidup harian dan sosial
iaitu bagaimana untuk menyelesaikan konflik, menguruskan kewangan, penggunaan
pengangkutan awam, bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru,
penjagaan peribadi serta kebersihan, cara berkomunikasi secara berkesan. Selain
itu, pekerja sosial juga akan memudahkan perubahan tingkah laku melalui
pendekatan pengajaran seperti role model, penerangan tentang nilai,
pengubahsuaian tingkah laku dalam mengajar klien tentang tingkah laku
interpersonal yang efektif. Pekerja sosial juga akan bertindak sebagai
pencegahan primer iaitu menyediakan kaunseling sebelum perkahwinan, mengajar
kemahiran keibubapaan, menawarkan maklumat mengenai perancangan keluarga dan
memaklumkan orang ramai tentang cara-cara menangani masalah sosial
8. Inisiator
Pekerja sosial
perlu berusaha mengenal pasti masalah dan isu yang boleh diketengahkan. Pekerja
sosial juga harus menyelidik masalah yang mungkin akan timbul.
Walaubagaimanapun, mereka selalunya tidak bertanggungjawab menyelesaikannya.
Pekerja sosial juga memerlukan kemahiran yang pelbagai. Pekerja sosial akan
mencetuskan idea-idea baru
9. Empowerer
Pekerja sosial
akan bertindak sebagai empowerer yang akan membantu klien meningkatkan
kefungsian personal, interpersonal, sosioekonomi dan politikal. Pekerja sosial
akan bertindak mempengaruhi klien untuk memperbaiki keadaan melalui organisasi
dan pembelaan, mengagihkan sumber secara sama rata dalam kalangan kumpulan yanb
berbeza gender, kaum, agama dan lain-lain. Pekerja sosial juga akan
mempengaruhi klien untuk mengubah diri sendiri, meningkatkan keupayaan klien
untuk menyelesaikan masalah sendiri
10.Penyelidik
Pekerja sosial
akan berperanan sebagai penggunaan penyelidikan. Sebelum seseorang pekerja
sosial melibatkan diri dalam amalan pengetahuan perpandu atau menambah maklumat
baru kepada asas pengetahuan profesion, dia perlu mempunyai kemahirand dan
pengetahuan yang sedia ada. Pekerja sosial perlu pandai untuk menggunakan
pengetahuan yang sedia ada seperti teori berkaitan dengan tingkah laku manusia,
data kaji selidik iaitu kualitatif dan kuantitatif. Dalam penilaian amalan
pula, pekerja sosial dijangka akan terlibat dalam penilaian semasa bekerja sama
ada berkaitan dengan kerja sosial secara inidividu dan keluarga, kumpulan atau
komuniti serta program yang mereka ssampaikan. Penilaian amalan berterusan
perlu mengukur perubahan pelanggan berdasarkan kes demi kes ini memerlukan
kemahiran dalam pemilihan dan menggunakan individu serta alat-alat yang
bertetapan untuk mengukur perubahan. Bagi penilaian pula, pekerja sosial perlu
memantau dan menilai program-program yang diberikan oleh agensi-agensi serta
mengumpul data supaya dapat membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan
program-program tersebut. Dalam penghasilan penyelidikan pula, keperluan
profesion untuk menghasilkan pekerja sosial yang tahu untuk mengendalikan
penyelidikan yang berkaitan dengan pratik kerja sosial kerana praktis kerja
sosial adalah berlainan daripada sosiologi dan psikologi
11.
Fasilitator
Pekerja sosial
akan memainkan peranan sebagai ketua dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan
akan berusaha untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar matlamat dapat
dicapai. Pekerja sosial juga perlu menangani pelbagai bentuk personaliti,
mempermudah upaya pencapaian tujuan sihat dengan cara menyediakan atau
memberikan kesempatan dan fasilitator yang diperlukan oleh klien untuk
mengatasi masalahnya, menyelesaikan masalah dan mengembangkan potensi yang
dimilikinya dengan cara seperti mendampingi klien dalam setiap tindakan,
memberikan sokongan emosi serta berupaya membantu klien mengatasi masalah yang
dihadapinya
Perundangan sosial pula apa ya?
ReplyDelete