Ying
berasa sangat bosan. Televisyen itu telah ditukar siarannya berkali-kali. Ying
tak tahu nak tengok siaran mana lagi. Dia sudah bosan dengan siaran yang ada.
Ying
tidak mahu menjawab. Dia takut yang berada di luar tersebut ialah orang jahat.
“Abang,
rasanya rumah ni tak ada orang la. Mungkin Nenek Yeng sudah keluar.” Kedengaran
suara seorang perempuan pula kali ini.
Mungkin
orang yg memanggil tadi bukan orang jahat. Mungkin orang yang memanggil tadi tu
kenalan nenek kerana dia tahu nama nenek.
“Ada.
Boleh tunggu sekejap? Saya sedang sibuk ni. Nanti sebentar lagi pergi buka
pintu.” Ying menjawab.
Ying
segera memakai pakaian yang kemas. Dia tidak mahu malu di depan tetamunya.
Ayah
pernah berpesan kepadanya bahawa di depan orang lain kena pakai pakaian yang
sopan.
Ying
masih ingat lagi akan pesanan ayahnya.
“Ya,
ada apa hal ya?” Ying bertanya sambil membuka pintu.
“Boleh
saya tahu Nenek Yeng ada di rumah tak? Kami bawa makanan untuk nenek ni. Ibu
yang masak.” Budak perempuan tersebut menjawab.
“Maaf
ye. Sebenarnya, nenek saya telah keluar awal pagi lagi bersama dengan ayah
saya. Makanan boleh serahkan kepada saya. Nanti saya akan beritahu nenek.”
“Oh.
Rupa-rupanya ni la cucu Nenek Yeng. Selamat berkenalan. Nama saya Mei Ying dan
ini abang saya Chun Kai.” Budak perempuan tersebut memperkenalkan dirinya
sendiri sambil memperkenalkan abangnya juga.
“Selamat
berkenalan. Nama saya Ying. Saya ada seorang kakak lagi. Nanti saya panggil dia,
sebentar ya.”
“Akak
mari berkenalan dengan jiran nenek ni. Yang ini namanya Mei Ying dan ini pula
abangnya, Chun Kai. Inilah kakak saya, Yan.” Ying memperkenalkan Mei Ying dan
Chun Kai kepada Yan.
“Buat
apa berdiri di luar. Marilah masuk ke dalam dan minum air dulu.” Yan menjemput
Mei Ying dan Chun Kai.
“Tak
apa la, lain kali saja. Nanti ibu risau akan saya dan abang pula. Terima kasih
ya.” Mei Ying menolak ajakan Yan dengan penuh sopan.
“Ya,
baiklah. Nanti lain kali mesti datang minum air ya.” Yan berkata pula.
“Kalu
gitu, kita minta izin balik dulu.”
Yan
dan Ying melihat kelibat mereka sampai tenggelam dalam kegelapan.
“Akak
tak rasa pelik ke dengan Chun Kai tu?” Ying bertanya.
“Apa
yg peliknya?” Yan hairan.
“Muka
Chun Kai tu nampak pucat saja. Macam orang tak sihat sahaja. Dia macam orang yg
ketagihan dadah je.” Ying berkata.
“Adik,
tak baik tau kata begitu. Kita kan baru berkenalan saja.” Yan menegur Ying.
“Tapi
adik takut la. Rumah kita ni kan sekarang tak ada orang dewasa. Nanti dia masuk
dan curi duit kita. Masa tu macam mana?” Ying meluahkan kekhuatirannya.
“Oh,
begitu rupanya. Yg itu, sampai masa baru fikir. Sekarang akak nak masak.
Sebentar lagi ayah dan nenek akan pulang.” Yan menjawab sambil berjalan ke arah
dapur.
“Kalu
gitu, Ying nak keluar jalan-jalan dulu.”
“Ok.
Jangan balik lewat ya.” Yan berpesan kepada Ying.
Ying
berjalan-jalan di luar rumah nenek sambil melihat keindahan alam sekitar. Sejak
datang di sini, Ying tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam
sekitar. Ying berjalan-jalan mengelilingi pokok-pokok bunga yg ditanam oleh
neneknya. Nenek sangat suka menanam pokok-pokok bunga. Pelbagai jenis bunga yg
telah ditanam oleh nenek. Ada bunga orkid, bunga raya, bunga ros dan banyak
lagi.
Tiba-tiba,
Ying teringat tentang bilik aneh yg dia nampak hari itu. Ying segera berjalan
ke arah bilik aneh tersebut. Dia ternampak ada bayangan hitam. Ying berasa
sangat takut untuk menghampiri bilik itu. Dia takut bayangan tadi bukan
bayangan orang malah bayangan hantu.
Ying
berjalan perlahan-lahan ke arah bayangan tersebut. Bayangan itu hilang secara
tiba-tiba. “Mungkinkah bayangan tadi bukan bayangan orang? Ish, jangan fikir
bukan-bukan. Siang-siang hari mana ada hantu?” Ying berkata dalam hatinya. Dia
tidak mahu menakutkan dirinya sendiri.
Ying
berasa ada seseorang di belakangnya. Dia mengerakkan kepalanya secara
perlahan-lahan. Ying dapat mendengar jantungnya berdegup dengan kencang sekali.
“Rupa-rupanya
awak, Mei Ying. Terkejut saya. Ingatkan apa tadi.” Ying berasa sangat lega.
“Maafkan
saya kerana telah mengejutkan awak.” Mei Ying segera minta maaf.
“Apa
yg awak buat di sini?” Ying bertanya.
Mei
Ying macam tidak mahu menjawab soalannya. Macam ada sesuatu saja yg
disembunyikan oleh Mei Ying.
“Saya
tak ada buat apa-apa pun.” Mei Ying menjawab.
“Awak
ada nampak bayangan hitam tak tadi?” Ying bertanya pula.
“Tak
ada pun.” Mei Ying menjawab.
Ying
tidak terus bertanya. Dia tidak mempunyai alasan kukuh untuk mensyaki Mei Ying.
“Kalau
tak ada apa-apa, saya balik dulu ya.” Mei Ying berjalan sambil melambai
tangannya.
Comments
Post a Comment