Semalam, Dr Rusalina telah menunjukkan sebuah video tentang seorang Mak Nyah di Malaysia.
Mak Nyah tersebut telah menceritakan tentang dirinya sendiri dan juga pengalamannya sepanjang menjadi Mak Nyah. Saya sudah lupa nama Mak Nyah tersebut. Biarlah kita panggil dia dengan panggilan A.
A ni sebenarnya merupakan seorang lelaki. Dia boleh jadi Mak Nyah kerana dia bergaul dengan kawan-kawannya yang juga merupakan seorang Mak Nyah. Lama-kelamaan, dia juga menjadi seorang Mak Nyah. Apabila keluarganya menerima berita bahawa A ini telah menjadi seorang Mak Nyah. Keluarganya tidak dapat menerima dan A telah dipulaukan oleh keluarganya.
A nak mencari pekerjaan tetapi tidak ada orang yang ingin mengambilnya bekerja kerana pada pandangan orang lain A ini merupakan seorang yang gila dan geli kerana bertukar menjadi Mak Nyah.
Oleh hal yang demikian, A terasa terdesak kerana dia tidak mempunyai pekerjaan dan dia terpaksa berjalan ke arah dunia gelap. A telah bekerja sebagai seorang pekerja sex (sex worker) untuk menyara hidupnya. A boleh mendapatkan sebanyak 14 pelanggan dalam seminggu (rasanya lah). A juga mengatakan bahawa dia nyaris-nyaris dipukul oleh pelanggannya hanya kerana dia tidak ingin melakukan hubungan sulit tanpa condom. A berasa sangat takut dan dia terpaksa menjerit untuk meminta tolong.
Ini merupakan Malaysia dan agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Agama Islam tidak mengizinkan sebarang perubahan sama ada lelaki kelihatan seperti wanita ataupun wanita kelihatan seperti seorang lelaki. Hal ini demikian kerana ia adalah sesuatu yang melanggar hukum dan fitrah.
A berasa sangat sedih kerana dia sangat ingin keluar dari Islam tetapi tidak dibenarkan kerana dia berada di Malaysia.
A juga pernah menceritakan bahawa dia pernah ditangkap dan dipenjarakan seperti seorang pembunuh, perogol dan perompak hanya kerana dia berpakaian seperti seorang wanita.
A bertanya di manakah haknya? Dia berasa sangat sedih kerana dilayan seperti seorang yang tidak waras dan keji.
Selepas melihat video tersebut, saya mempunyai pemikiran sendiri.
Dulu semasa saya melihat seseorang lelaki berpakaian dan berkelakuan seperti seorang wanita, saya berasa sangat geli. Saya terfikir kenapa dia nak jadi seorang perempuan padahal Tuhan telah menjadikan dirinya seorang lelaki.
Namun, selepas saya mengambil subjek Pengajian Gender, persepsi saya telah berubah.
Pada pendapat saya, ia merupakan hak seseorang sama ada dia ingin menjadi seorang lelaki atau perempuan. Kita tidak ada hak untuk judge seseorang. Mungkin kita tidak tahu seseorang lelaki itu menjadi perempuan kerana dia mempunyai masalah peribadinya. Dia juga merupakan seorang manusia walaupun dia merupakan Mak Nyah. Orang lain tidak ada hak melayannya seperti seorang penjenayah dan mempenjarakan dia seperti seorang pembunuh atau perogol hanya kerana dia berpakaian wanita. Ya, ia amat salah jika seseorang lelaki ingin menjadi seorang wanita mengikut agama. Tapi, cuba kita fikirkan pernahkah kita berdiri di tempatnya dan memikirkan perasaannya?
A ingin menjadi seorang wanita kerana dia rasa bahawa dia terperangkap di badan yang salah iaitu badan lelaki. Saya juga rasa bahawa kita tidak sepatutnya meminggirkan Mak Nyah dan seharusnya membimbingnya jika ingin dia berubah. Mungkin dia akan berubah apabila dia diberi peluang.
Ini merupakan pendapat saya dan orang lain juga mempunyai pendapat yang berbeza.
Apakah pula pandangan anda tentang Mak Nyah?
Adakah Mak Nyah ini merupakan sesuatu perkara yang keji atau sebaliknya?
Sila berikan komen anda ya...
Hari ini sampai di sini saja. Saya nak pergi latihan volleyball.
Bye

Comments
Post a Comment