Skip to main content

Dinamika Sosial: Konsep Perubahan Sosial

Aktiviti kumpulan yang berlainan

Ø  Perubahan besar yang berlaku dalam bilangan orang yang menyertai kumpulan aktiviti dan juga hubungan dengan orang lain
Ø  Modifikasi pada cara bekerja, mengajar anak-anak, menguruskan keluarga dan juga mencari erti kehidupan

Perubahan Struktur Sosial
Ø  Perubahan dalam saiz sosial, komposisi ataupun jenis organisasi tersebut seperti saiz sesebuah keluarga, perubahan ekonomi, perubahan dari kelas rendah ke kelas yang tinggi
Ø  Perubahan struktur sosial juga melibatkan perubahan dalam status, peranan, kumpulan dan institusi

         Perubahan Struktur dan Fungsi Masyarakat
Ø  Perubahan sosial mengandungi modifikasi dalam sistem sosial atau subsistem dalam struktural, fungsi atau proses dalam satu masa
Ø  Perubahan sosial juga merupakan perubahan dalam struktur dalam sistem sosial

      Perubahan Hubungan Sosial
Ø  Perubahan sosial merujuk kepada perubahan dalam dalam struktur dan fungsi hubungan sosial suatu masyarakat

         Perubahan Struktur Sosial dan Hubungan Sosial
Ø  Perubahan dalam penubuhan dan hubungan entiti sosial dari semasa ke semasa
Ø  Konsep inklusif merujuk kepada perubahan dalam fenomena sosial di pelbagai peringkatke hidupan manusia daripada individu kepada global

Makna Perubahan Sosial
·         Proses perubahan kualitatif atau kuantitatif  yang dirancang atau tidak dirancang dalam fenomena sosial yang boleh dianalisa melalui lima komponen iaitu identiti, tahap, tempoh, magnitud dan kadar perubahan. Perubahan sosial juga dapat dikenal pasti melalui 4 ciri umum iaitu berlaku setiap masa, dirancang atau tidak dirancang, kontroversial dan ada yang lebih penting daripada yang lain.

Konsep Perubahan Budaya
·         Berlakuya perubahan cara hidup dalam kalangan masyarakat. Berlakunya peralihan dari segi sistem agama, bahasa, adat istiadat, karya seni, pakaian dan peralatan. Perubahan budaya bermaksud perubahan dalam sistem idea yang dimiliki bersama pada pelbagai bidang kehidupan dalam masyarakat bersangkutan.

Konsep Perubahan Politik
·         Peralihan kuasa dari satu puncak kepimpinan kepada satu puncak kepimpinan yang baru. Juga disebut sebaga revolusi sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Menyebabkan susunan semula organisasi, menpunyai pemimpin yang baru dan lain-lain

Konsep Perubahan Ekonomi
·         Proses di mana perubahan jangka panjang dalam struktur asas ekonomi yang sering dikaitkan dengan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Perpindahan ekonomi sara diri kepada ekonomi berasaskan eksport dan import

Perancangan Sosial
·         Proses interaksi antara gabungan siasatan, perbincangan dan perjanjian dengan beberapa orang untuk menjalankan program memperbaiki atau meningkatkan keadaan, taraf, keperluan atau kesejahteraan hidup masyarakat

Kemajuan
·         Pembangunan ke arah yang lebih baik atau lebih maju. Pergerakan ke hadapan atau membangun ke keadaan yang lebih baik atau lebih maju

Perubahan Demografi
·         Trend demografi yang menerangkan sejarah perubahan dalam demografi penduduk dari masa ke masa. Contoh: Purata kadar kelahiran penduduk meningkat atau menurun dari masa ke masa

Globalisasi
·         Satu proses di mana interaksi dan integrasi dalam kalangan rakyat, syarikat2, dan kerajaan2 dari negara2 yang berbeza didorong oleh perdagangan dan pelaburan antarabangsa dan dibantu oleh teknologi. Pertukaran pandangan dunia, produk, idea dan lain-lain aspek budaya

Stratifikasi
·         Kedudukan sosial relatif orang dalam sesuatu kawasan geografi diberikan kumpulan sosial, kategori atau unit sosial yang lain. Terdapatnya pembahagian kelas dalam kalangan masyarakat
Pembaratan
·         Proses di mana penduduk atau masyarakat di sesebuah negara menerima, memakai atau menggunakan budaya Barat dalam bidang-bidang seperti industri, teknologi, undang-undang, politik, ekonomi, gaya hidup, pemakaian, bahasa, abjad, agama, falsafah dan nilai-nilai

Mcdonalization

·         Satu proses bergerak daripada mod tradisional kepada mod rasional pemikiran dan pengurusan saintifik. Proses ini terjadi apabila budaya menyesuaikan dengan ciri-ciri sebuah restoran makanan segera.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa