Skip to main content

Dinamika Sosial: Pola Perubahan

DIFUSI
v Proses di mana inovasi disebarkan daripada satu budaya kepada yang lain atau dari sub-budaya ke budaya yang lebih besar
v Idea ini dikemukan oleh Elliot
v Proses difusi bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat dahulu tetapi juga masyarakat kini yang lebih kompleks
v Smith berdebat bahawa ciptaan orang Mesir pada masa itu merupakan penyebab berlakunya perubahan sosial pada setiap bahagian dunia
v Benda yang dicipta oleh orang Mesir telah difusi dan
v Proses difusi tidak semestinya merupakan satu haluan prose
v Mengikut Rogers, elemen terpenting untuk berlakunya difusi ialah
1.      Pembaharuan – perkembangan teknologi, pergerakan sosial atau produk baru
2.      Berkomunikasi melalui saluran tertentu - televisyen, internet, iklan
3.      Kerja lebih masa
4.      Merupakan ahli komuniti
 5 tahap
1.      Tahap kesedaran - individu tersebut tahu tentang idea baru tersebut tetapi kurang cukup informasi tentangnya
2.      Tahap minat - individu berminat dengan idea tersebut dan berusaha untuk mencari maklumat tentangnya
3.      Tahap penilaian - individu tersebut menilai sama ada idea tersebut dapat digunakan ataupun tidak
4.      Tahap percubaan - individu menggunakan idea tersebut untuk mencuba manfaatnya
5.      Tahap mengambil dan guna - menerima penciptaan tersebut dan menggunakannya
v Faktor penting yang mempengaruhi kadar mengambil dan guna adalah sifat inovasi
v 5 ciri penting yang mempengaruhi kadar mengambil dan guna inovasi adalah
1.      Kelebihan yang relatif - merujuk kepada inovasi yang dianggap superior, cekap dan tidak mahal
2.      Kesesuaian - inovasi haruslan bersesuaian dengan nilai yang ada
3.      Kerumitan - pembaharuan tersebut sukar difahami dan sukar digunakan
4.      Boleh dicuba - tentulah baik jika dapat dicuba terlebih dahulu
5.      Boleh diperhati - inovasi mestilah boleh dilihat
v Bagi Rodgers, kadar penerimaan bergantung kepada pilihan yang ada, persetujuan kolektif, autoriti, saluran komunikasi, sifatnya komoniti
v Beliau menyenaraikan 5 jenis orang yang boleh menerima
1.      Innovators - orang awal yang berani untuk mencuba idea baru, berani ambil risiko, dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka
2.      Early adopters - merupakan orang terkemuka, berjaya dan dihormati, senang menerima perubahan
3.      Early majority - awal yang menerima perubahan, lebih kepada pertimbangan, menolong untuk mengesahkan inovasi
4.      Late majority - lambat menerima perubahan, berubah kerana tekanan sosial atau keperluan ekonomi
5.      Laggards - sangsi kepada innovators, tak nak berubah, ketinggalan, ingin mengekalkan tradisi lama, paling lambat menerima perubahan
v Donald A.Schon (1971) dalam bukunya “Beyond The Stable State” menjelaskan terdapat 2 jenis model penyerapan perubahan
v Model penyerapan yang pertama ialah “center periphery model” iaitu 1 sumber inovasi dan berbilang penerima inovasi, melihat kepada model penyerapan merupakan satu interaksi di mana orang menghantar idea baru kepada orang lain
v Model yang kedua pula ialah “proliferation of centers model” merupakan satu situasi di mana penerima inovasi menjadi pereka cipta dalam hak mereka sendiri


AKULTURASI
v Merujuk kepada pengambilan ciri-ciri material atau non-material daripada budaya lain kerana konteks yang sama
v Berpunca daripada peperangan, penjajahan, penempatan tentera, melalui pendakwah atau pertukarab budaya, migrasi, perpindahan buruh secara perhambaan atau sukarela
v Hubungan jangka pendek melalui pelancongan dan pengembaraan
v Difusi hanyalah satu aspek akulturasi
v Politik kumpulan subordinat atau teknologi rendah menggunakan sifat2 kebudayaan daripada kumpulan dominan
v Peminjaman budaya dalam konteks hubungan subordinat-superordinat
v Mungkin secara sukarela atau paksa
v Bekas berlaku apabila ahli kumpulan berhubungan dengan kumpulan dan mengambil sifat2, ciri2, norma2 dan nilai2 tanpa paksaan atau tekanan untuk pematuhan oleh kumpulan lain
v Boleh secara paksaan atau dirancang. Sebagai contoh, percubaan penjajah British untuk mentamadunkan penduduk Malaya yang dianggap mundur dengan mengajar Bahasa English serta kemahiran teknologi
v Mereka menggalakkan mobiliti sosial dan dalam masa yang sama mereka juga ingin mengekalkan garis sempadan antara mereka dengan kumpulan bahwahan
v Sebagai contoh, penjajah Portugis dan Spanish telah berjaya dalam melemahkan budaya asli dalam diri Latin America dan India dengan beberapa pengecualian dalam memperkenalkan budaya Iberian mereka kepada orang lain
v Dilihat sebagai interaksi antara pemalar dan pembolehubah yang ada di antara budaya menerima asas dan kumpulan pendatang yang menyesuaikan
v Pematuhan adalah hanya dijangka kepada pendatang berkenaan dengan idea-idea dan corak tingkah laku yang semua anggota masyarakat mesti mematuhi
v Sebagai contoh: Perubahan masyarakat Manus akibat peluang pekerjaan yang terdapat di pulau ketika Perang Dunia Kedua. Perubahan masyarakat Manus yang tidak ada pengetahuan, tidak tahu menulis, tidak berinteraksi dengan dunia luar, Cuma ada sistem ekonomi yang primitif telah bertukar kepada masyarakat yang berpakaian kemas dan sopan serta masyarakat yang berpengetahuan selepas 25 tahun kemudian.
v Satu bentuk perubahan yang dingin dengan pelbagai darjah penumpuan antara budaya
v Tidak semestinya mengganggu dan menyakitkan

REVOLUSI
v Perubahan asas, cepat, sifat yang ganas dalam perubahan organisasi politik, hubungan kuasa, stratifikasi, hak milik ekonomi dan mitos utama dalam sesuatu susunan sosial dalam sesebuah masyarakat
v Peralihan kuasa politik secara paksaan
v Perubahan yang besar melibatkan semua tahap dan dimensi masyarakat termasuk perubahan ekonomi, politik, budaya dan organisasi sosial perubahan yang radikal, peristiwa2 luar biasa yang diingati membangkitkan reaksi intelek dan emosi daripada peserta yang pelbagai daripada keseronakan kepada visi utopia yang terdekat
v Terdapat 2 jenis iaitu berhaluan kiri dan berhaluan kanan
1.      Revolusi Berhaluan Kiri
a)     Mahu menukar institusi politik dan sosial
b)     Cth: Rusia
2.      Revolusi Berhaluan Kanan
a)     Mengekalkan dan memulihkan institusi tradisional
b)     Mengekalkan tradisi lama
c)     Tidak mahu mencapai kesaksamaan sosial melalui perubahan sosial
d)     Cth: Iran
v Terdapat revolusi sains iaitu penemuan antiseptik dalam pembedahan mengurangkan kadar kematian pesakit
v Pola revolusi
1.      Target yang dipilih untuk diserang
2.      Sifatnya pembawa revolusi
3.      Matlamat dan ideologinya
v Membawa kepada peningkatan kadar celik huruf, perubatan dan kesihatan, peluang ekonomi yang adil, kemerdekaan kepada beratus-ratus juta orang

MODENISASI
v Proses di mana masyarakat agraria bertukar kepada masyarakat industri
v Pembangunan tekonologi perindustrian yang maju dan aturan politik, budaya dan sosial yang sesuai untuk mengekalkan, menjuruskan dan menggunakan teknologi tersebut
v Adalah lebih kurang sama dengan ciri-ciri negara maju dari segi ekonomi dan kestabilan politik
v Peningkatan kehidupan berkualiti kepada hampir semua orang
v Industrialisasi, urbanisasi dan birokrasi adalah sama dengan modenisasi
v Satu bentuk peniruan, emulasi dan pemindahan pola, hasil dan teknologi dari negara Barat ke negara kurang maju
v Peningkatan ilmu pengetahuan dan juga penguasaan alam sekitar dalam kalangan manusia
v Keupayaan “belajar kepada mempelajari”, peningkatan kapasiti masyarakat untuk memproses maklumat dalam masyarakat bertindak balas kepadanya dengan sewajarnya
v Darid E.Apter melihat modenisasi mengandungi 3 keadaan iaitu
1.      Komuniti yang berinovasi berterusan dan tetap tanpa berpecah
2.      Struktur sosial yang berbeza dan fleksibel
3.      Kerangka sosial untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk hidup dalam dunia maju dari segi teknologi
v Berdasarkaan fenomena sejarah dan proses medenisasi di negara sedang membangun, Chodak (1973) merumuskan bahawa modenisasi berlaku melalui 3 cara
1.      Sebagai hasil dari industrialisasi yang menyebabkan pula perubahan sikap, orientasi nilai yang baru dan memotivasikan untuk industrialisasi selanjutnya
2.      Spotan - sebagai hasil kenalan antara masyarakat dan budaya yang lebih maju dan kurang maju
3.      Akibat daripada perancangan aktiviti kerajaan untuk memajukan ekonomi
v Beliau mengenal pasti bahawa terdapat tiga corak modenisasi yang wujud di sub-Sahara Africa
1.      Industrial Modernization
a)     Timbul daripada keperluan untuk sesuaikan diri organisasi sosial untuk keperluan industri
2.      Acculturative Modernization
a)     Proses ini memberi penumpuan kepada 2 budaya berbeza dan dinyatakan melalui penerimaan corak tingkah laku, maklumat tentang gaya hidup dan pembelajaran tentang budaya yang berbeza
3.      Induced modernization
a)     Pengenalan kepada model kerajaan dan pentadbiran yang baru, pendidikan, universiti, institusi penyelidikan, kebebasan mengundi dan media komunikasi ke negara perindustrian mundur
v Proses modenisasi adalah perubahan kepada kehidupan sosial yang baru serta politik yang tersusun dan tapak pencapaian kesaksamaan dalam bidang politik dan ekonomi

INDUSTRIALISASI
v Proses di mana teknologi menggantikan tenaga manual dalam pengeluaran barangan
v Indeks yang diguna ialah nisbah tenaga buruh yang terlibat dalam pertanian. Bila nisbah turun, negara menjadi industri iaitu 25% atau kurang penduduk yang terlibat dalam sektor pertanian
v England adalah negara industri pertama
v Sebelum Perang Dunia Pertama perindustrian telah merebak secara meluas ke dunia Barat dan Jepun melalui difusi dan bukannya oleh ciptaan sosial bebas
v Pelbagai huraian diguna untuk menerangkan pola industrialisasi dengan menggunakan konsep berbeza iaitu pra-industri, awal industri, masyarakat industri yang matang atau pasca industri bagi masyarakat US atau negara2 di Eropah Barat
v Ciri yang penting ialah komoditi antarabangsa, moal, pasaran buruh, tenaga buruh industri yang berdisiplin, teknologi yang sangat maju, ahli profesional, teknikal dan pengurusan yang canggih
v Industrialisasi diekori dengan pengkhususan kerja, perpindahan buruh dari sektor pertanian kepada sektor pembuatan, seterusnya sektor perkhidmatan
v Terdapat sebab peningkatan pengkhususan kerja
1.      Meningkatnya saiz organisasi ekonomi yang menyebabkan kecekapan berikutan pengkhususan tugas
2.      Perubahan teknologi membawa pengkhususan kerja baru seperti pengaturcara komputer di samping kehadiran mesin menggantikan tenaga manusia
3.      Penghasilan barangan dan perkhidmatan baru mewujudkan peluang pekerjaan baru
4.      Kemunculan kesatuan dan kuasa pengurusan pula membangkitkan kesedaran dalam kalangan pekerja
5.      Meningkatnya mobiliti kerja dan mobiliti geografi serta taraf pencapaian pendidikan yang tinggi bagi merebut peluang pekerjaan dalam pekerjaan
6.      Kemungkinan wujudnya ketidaksamaan dari segi ras
v Perubahan corak kependudukan(kelahiran, kematian, perkahwinan dan migrasi). Sebagai contoh: Sistem keluarga besar telah berubah kepada sistem keluarga nuklear iaitu hanya terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak
v Peningkatan perlunya kadar celik huruf. Pendidikan merupakan faktor penentuan supaya dapat melibatkan diri dalam pekerjaan
v Pengenalan teknologi baru seperti internet, Facebook, Whatsapp dan lain-lain
v Berkembangnya budaya popular

URBANISASI
v Proses peningkatan nisbah penduduk dalam sesebuah negara yang tinggal di kawasan bandar; terlibat dalam aktiviti ekonomi bandar, pentadbiran dan organisasi politik dan jaringan komunikasi yang berpusat di bandar
v Istilah “population implosion” digunakan untuk menggambarkan peningkatan penduduk dunia di bandar
v Cara hidup seseorang dan hubungan sosialnya serta corak perlakuannya
v Modenisasi, industrialisasi dan urbanisasi berkait rapat
v Louis Wirth (1938) mengatakan bandar mempunyai bilangan penduduk yang ramai, padat dan kepelbagaian menjadikan hubungan penduduk bersifat sementara, tidak dikenali, formal dan hubung kait yang khusus yakni dengan cara hidup bandar. Hal ini kerana lebih ramai orang berinteraksi, lebih besar peluang untuk berbeza, kurang bergantung kepada individu tertentu, hubungan kurang rapat, bebas daripada kawalan atau kongkongan emosi dan peribadi anggoya keluarga, tanpa kesetiaan kepada kelompok. Kepadatan penduduk menambajkan pengkhususan, pemisahan antara tempat tinggal dan tempat kerja, dan bahagian tertentu di bandar mempunyai fungsi tertentu. Kota menjadi mozak dunia sosial kerana darjah hetrogeniti yang tinggi tidak ada satu set nilai yang dikongsi bersama. Wang menjadi ukuran segalanya. Kawalan formal menggantikan kawalan tidak formal
v Implikasinya, penduduk bandar memperkembangkan ciri personaliti dan sikap yang relatif. Mereka menjadi lebih sekular, kurang rasa integrasi dan peneyrtaan bersama
v Anomie merupakan ciri penting iaitu individu terus berasa sunyi walaupun dikelilingi ramai orang, rasa kecewa dan gundah gulana
v Mobiliti pula menyebabkan ketidakstabilan dan rasa tidak selamat dalam dunia yang disertai. Tidak hairanlah jika di bandar banyak insiden diaorganisasi peribadi, bunuh diri, delikuensi, jenayah dan rasuah
v Overurbanization bermaksud nisbah penduduk bandar yang tinggu tak dapat ditampung oleh kemudahan yang ada di bandar. Berlaku antara lain migrasi desa bandar. Berhijrah ke bandar bawa bersama nilai tradisi dari desa.

BIROKRASI
v Meningkatnya rasionaliti dalam proses membuat keputusan dan meningkaynya kecekapan dalam mencapai matlamat organisasi. Semua peranan anggota yang menyertainya dirancang dengan cermat agar matlamat khusus dapat dicapai dengan efektif
v Struktur sosial bagi mentadbir sesebuah organisasi yang besar secara rasional, efisien, berkesan dan tida dipengaruhi oleh emosi
v Ciri-ciri birokrasi
1.      Terdapat pengkhususan pekerjaan
2.      Setiap kedudukan dalam hierarki organisasi melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang khusus dan individu mesti melaporkan kepada orang yang lebih atas daripadanya dalam susunan hierarki. Kelompok orang tertentu otoriti untuk menyelia orang lain, oragnisasi akan pastikan bahawa kerja mestilah dilakukan dengan cekap
3.      Layanan yang impersonal
4.      Piawaian dan kelayakan yang universal
5.      Piawaian dan kualifikasi sejagat
6.      Peraturan dan syarat-syarat bertulis


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa