Skip to main content

Dinamika Sosial: Teori Perubahan

TEORI EVOLUSI
1.      Auguste Comte (1798-1857)
Ø  Bapa sosiologi
Ø  Undang-undang Tiga Tahap (Law of The Three Stages)
a)     Teologi (kuasa tuhan)
1)     Percaya bahawa objek tidak bernyawa mempunyai nyawa
2)     Animisme or fetisisme - objek mempunyai keinginan sendiri
3)     Polytheism - dewa akan memasukkan diri mereka dalam objek
4)     Monoteisme - mengandung kehendak satu tuhan sebagai penetapan sendiri pada objek
b)     Metafizik (logik, pemikiran)
1)     Hubungan sebab dan akibat yg dijelaskan dari segi kekuatan abstrak
c)     Positif (saintifik)
1)     Penjelasan dari segi proses semula jadi dan undang-undang saintifik


2.      Lewis Henry Morgan (1818-1881)
Ø  Tahap perkembangan teknologi dan sistem kekeluargaan dikaitkan dengan institusi politik dan sosial yang berbeza
Ø  3 tahap evolusi
a)     Savagery
1)     Lower - dari masa kanak-kanak untuk permulaan tempoh seterusnya
2)     Middle - boleh guna api, tahu menangkap ikan
3)     Upper - tahu guna busar dan panah
b)     Barbarism
1)     Lower - tembikar
2)     Middle - tahu menanam, buat saliran dan menternak
3)     Upper - alatan besi
c)     Peradaban - penemuan fonetik, cara menulis, organisasi masyarakat politik dengan sempadan kawasan

3.      Herbert Spencer (1820-1903)
Ø  Evolusi sebagai pembangunan yang tidak mendatar
Ø  Masyarakat berubah daripada simple kepada kompleks
Ø  Hal ini berlaku kerana berlakunya pertambahan penduduk
Ø  Perkembangan penduduk haruslah seimbang dengan penawaran makanan

4.      Walt W. Rostow
Ø  Masyarakat sosial
a)     Pertanian merupakan dominan
b)     Terdapat sedikit pengumpulan modal
c)     Penyimpanan tidak wujud
d)     Sikap dan mental orang tradisional menghalang pembangunan
Ø  Prasyarat untuk Takeoff
a)     Pertambahan penduduk
b)     Wujudnya pengusaha, produk hasil pertanian, pendidikan
c)     Idea tentang perkembangan ekonomi adalah mungkin dan wajib
d)     Bank dan juga institusi lain juga terbentuk
e)     Ketetapan negara
Ø  Takeoff (blh take off)
a)     Peningkatan daripada 5-10% dalam kadar penyimpanan dan pelaburan daripada jumlah keseluruhan pendapatan negara
b)     Perkembangan sektor pembuatan yang tinggi
c)     Munculnya politik dan sosial
d)      Rangka kerja untuk mengeksploitasi perkembangan dalam sektor moden
Ø  Menghala ke kematangan
a)     Penggunaan teknologi moden dalam sektor ekonomi
b)     Pendapatan negara bertambah
c)     Penduduk yang semakin bertambah
Ø  Tahap kepenggunaan yang tinggi
a)     Penghasilan produk pengguna dan perkhidmatan
b)     Tabung digunakan untuk menjalankan kebajikan sosial masyarakat
c)     Ada yang berjuang untuk berkuasa di arena antarabangsa

5.      Lester Frank Ward (1841-1913)
Ø  Penulis Dynamic Sociology
Ø  Tahap kemiskinan dapat dihapuskan dengan kaedah intervensi yg sistematik dalam masyarakat

6.      Ferdinand Tonnies (1855-1936)
Ø  Perubahan dari Gemeinschaft (komuniti kecil, primitif, tradisional, homogeneous, masyarakat yang rapat, rasa prihatin terhadap org lain tanpa mengharapkan apa-apa pulangan) kepada Gesellschaft (komuniti besar, moden, masyarakat industri, masyarakat yang tidak rapat, individualistik, realistik, hubungan antara manusia adalah tiada perasaan, formal, kontrak, khusus, bersaing antara satu sama lain untuk kepentingan diri sendiri)

7.      Howord Backer (1897-1960)
Ø  Perubahan masyarakat daripada masyarakat yang kuat agama dan tradisional kepada sekular

8.      Robert Redfield (1897-1958)
Ø  Perubahan daripada tradisional (folk) kepada moden (urban)

9.      Gerhard Leski dan Jean Leski serta Patrick Nolan
Ø  Mereka mempertahankan kesinambungan, inovasi dan kepupusan adalah aspek asas dalam proses evolusi
Ø  Proses evolusi merupakan perubahan kumulatif secara mendasar kerana ia melibatkan tambahan beransur-ansur unsur-unsur baru kepada asas yang telah sukses

10. Leslie White and Julian Steward
Ø  Perspektif mengenai kelestarian
Ø  Teori-teori berkaitan dengan pembangunan ekonomi atau pemodenan masyarakat

Andaian Asas Teori Evolusi
1.      Holism  - mengkaji seluruh unit bukannya sebahagian
2.      Universalism - Perubahan adalah sejagat, semula jadi, kekal dan berlaku di mana-mana serta tidak memerlukan huraian
3.      Potentiality - Perubahan memang berlaku dan wujud dalam unit yang sedang mengalami perubahan
4.      Directionality - Perubahan adalah progresif (kemajuan)
5.      Determinism - Perubahan tidak dapat dielakkan dan
6.      Gradualism - Perubahan adalah secara berterusan, pertumbuhan kumulatif
7.      Reductionism - “Laws of succession” adalah seragam dan tajuk asas tentang perubahan adalah sama di mana-mana pun


TEORI KONFLIK
1.      Karl Marx (1818-1883)
Ø  Merupakan ahli falsafah, ekonomi, sosiologi dan sejarah
Ø  Dalam perkataan “Without conflict, no progress: this is the law which civilization has followed to the present day
Ø  Dalam masyarakat ada mode of production yang mempunyai dua elemen
a)     The forces of production - susunan fizikal atau tekonologi aktiviti ekonomi
b)     The social relations of production - hubungan antara manusia yang terbentuk dalam proses pengeluaran
Ø  Perubahan mod pengeluaran menyebabkan perubahan hubungan pengeluaran. Marx membahagikan sejarah kepada 5 tahap
a)     Hak milik tribe - primitive communism
b)     Ancient communal dan state ownership diikuti dengan perhambaan
c)     Feudalisme  - susun lapis (raja, tuan tanah)
d)     Kapitalisme - modal
e)     Komunisme - pemerintahan diktator oleh poletariat dan komunisme murni
Ø  Konflik merupakan keadaan normal kehidupan sosial yang sifat dan variasi adalah antara perkara yang penting untuk dianalisis oleh sains sosial
Ø  Satu siri peristiwa yang membawa kepada revolusi proletariat utama adalah seperti berikut
a)     Keperluan pengeluaran
b)     Perluasan pembahagian kerja
c)     Perkembangan harta persendirian
d)     Peningkatan ketaksamaan sosial
e)     Perjuangan kelas
f)      Pertubuhan struktur politik untuk mewakili kepentingan kelas masing-masing
g)     Revolusi

2.      Lewis A. Coser (1913-)
Ø  Menulis buku The Functions of Social Conflict
Ø  Konflik mempunyai kesan positif dan negatif
Ø  Konflik merupakan proses sosialisasi dan tidak ada masyarakat yang betul-betul harmoni
Ø  Konflik juga membuat peningkatan dalam penyesuaian dan adaptasi sebagai kumpulan belajar hidup secara bersama
Ø  Konflik juga dilihat sebagai menggalakkan perubahan sosial
Ø  Konflik juga dapat membawa kepada perubahan dalam beberapa perkara iaitu penubuhan kumpulan sempadan baru, pelucutan permusuhan dan ketegangan, pembangunan kumpulan yang lebih kompleks untuk menangani ketegangan dan juga pembentukan perikatan dengan pihak lain
Ø  Suatu usaha kreatif yang merangsang perubahan dalam masyarakat

3.      Ralf Dahrendorf
Ø  Tidak setuju dengan idea Karl Marx
Ø  Konflik sosial mempunyai struktur asal dan “understood as a conflict about the legitimacy of relations of authority”
Ø  Dalam apa-apa organisasi, peranan dan kedudukan dapat dibahagikan kepada 2 “quasi-groups” iaitu ahli mempunyai kepentingan tersendiri
Ø  Kumpulan dominan lebih berminat untuk kekal status quo manakala kumpulan subordinate berminat untuk berubah
Ø  Konflik akan berlaku apabila kelompok subordinate menyusun aktiviti untuk menentang kumpulan dominan kerana adanya halangan-halangan mobiliti sosial serta kawalan sosial
Ø  Konflik akan menyebabkan perubahan struktural
Ø  Tiga benda bergantung kepada keadaan perubahan struktural
a)     Jenis
b)     Kelajuan
c)     Perubahan magnitud
Ø  “The great creative force” dalam membawa perubahan dalam masyarakat adalah konflik sosial
Ø  Beliau mengubah teori Marx dengan beberapa cara kerana dilihatnya konflik sebagai masalah ketidaksamaan otoriti dalam semua sektor dalam masyarakat iaitu
a)     Pentingnya berurusan dengan konflik luaran
b)     Konflik kerana tekanan luar
c)     Kebanyakan konflik tidak dapat diselesaikan tetapi hanya dengan kompromi


TEORI STRUKTURAL FUNGSIONAL
1.      Struktur
Ø  Satu set hubungan yang agak stabil dan bercorak unit sosial
Ø  Sistem hubungan yang agak kekal
2.      Fungsi
Ø  Konsekuen daripada semua aktiviti sosial yang dilakukan bagi adaptasi dan pengubahsuaian dalam mana-mana struktur atau komponen bahagian
Ø  Proses dinamik dalam struktur
3.      Setiap struktur dan bahagian dalam struktur yang lebih besar dilihat sebagai mempunyai fungsi dalam membantu masyarakat untuk beroperasi dan mengekalkan ikatannya
4.      Teori ini dipinjam daripada sains biologi dengan membuat analogi organik dalam menghuraikan tentang proses yang berlaku dalam masyarakat
5.      Ahli sosiologi fungsional membezakan fungsi nyata dan fungsi terpendam
Ø  Fungsi nyata - Dibina ke dalam sistem sosial melalui reka bentuk dan amat difahami oleh ahli-ahlinya
Ø  Fungsi terpendam - Tidak disengajakan dan tidak diiktiraf, akibat yang tidak dijangka daripada sistem yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat lain
6.      Emile Durkheim (1858-1917)
Ø  Penulisannya The Division of Labor in Society
Ø  Perbezaan antara fungsi pembahagian tugas dan kesan efisien
7.      Idea penting dalam teori struktural fungsional semasa ialah:
Ø  Masyarakat mesti dianalisis secara holistik sebagai satu sistem yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berkait
Ø  Hubungan sebab dan akibat adalah pelbagai dan bertimbal balas
Ø  Sistem sosial berada dalam keseimbangan dinamik tegasnya penyesuaian dibuat dengan meminimumkan perubahan dalam sistem
Ø  Integrasi yang sempurna tidak mungkin dicapai, oleh itu setiap sistem sosial menghadapi tekanan dan penyimpangan akan tetapi ia akan dineutralkan melalui institusionalisasi
Ø  Perubahan pada asasnya adalah perlahan, suatu proses adaptif dan bukannya perubahan revolusi
Ø  Perubahan adalah konsekuen daripada penyesuaian kepada perubahan di luar sistem, tumbuh melalui perbezaan dan inovasi dalaman
Ø  Sistem diintegrasikan melalui nilai yang dikongsi bersama
8.      Talcott Parsons (1902-1979)
Ø  Ahli sosiologi Amerika yang amat berpengaruh
Ø  Penulis buku-buku
a)     The Social System (1951)
b)     Societies: Evolutionary and Comparative Perspectives (1966)
c)     The System of Modern Societies (1971)
d)     The Evolution of Societies (1977)
Ø  Kestabilan adalah ciri penting struktur
Ø  Sistem berada dalam keadaan stabil atau equalibrium
Ø  Masyarakat dilihat sebagai suatu sistem yang dikelilingi oleh 3 sistem lain iaitu personaliti, organisme dan budaya
Ø  Sistem berada dalam keadaan stabil jika sempadan setiap sistem tersebut tidak diganggu
Ø  Sistem equilibrium mengandungi pengekalan sempadan
Ø  Perubahan sosial berlaku jika sempadan dilanggar
Ø  Perubahan sosial dianggap sebagai permusnahan sempadan dan pemulihan keseimbangan yang mempunyai 2 sumber iaitu
a)     Dalaman - mempengaruhi sempadan dalam sistem tersebut
b)     Luaran - Dimulakan dari satu sistem yang luar sistem sosial
Ø  Kuasa dalaman
a)     Disebabkan oleh tekanan dalam sistem sendiri
b)     Tekanan ini merujuk kepada satu keadaan di mana hubungan antara 2 atau unit lebih yang menyumbang kepada tekanan terhadap perubahan yang bertentang dengan keseimbangan bahagian-bahagian berkaitan dengan sistem
9.      William F. Ogburn
Ø  Sains hanya berminat dalam mencari ilmu baru
Ø  Teori ketinggalan budaya
a)     Perubahan budaya material lebih cepat daripada perubahan budaya bukan material
b)     Menyebabkan ketegangan atau malaadjustment
c)     Cth: Kalau teknologi berubah, tetapi rencana pelajaran masih out of dated. Hal ini menyebabkan peluang pelajar untuk mendapatkan pekerjaan amat tipis
Ø  Ketinggalan budaya berlaku apabila salah satu bahagian daripada 2 bahagian budaya tersebut berubah dengan cepat daripada bahagian  budaya yang satu lagi
Ø  Budaya material dilihat sebagai perwatakan yang progresif kerana terdapat persetujuan di atas piawaian kecekapan yang digunakan untuk menilai hasil penemuan kebendaan
Ø  Bagi budaya bukan material (pengetahuan, kepercayaan, norma dan nilai) pula kebanyakannya tidak menerima piawaian
Ø  Beliau percaya bahawa perubahan material lebih cepat daripada perubahan bukan material akan memberi konsep asas ketinggalan budaya


TEORI PSIKOLOGI
1.      Max Weber (1864-1920)
Ø  Penulis buku The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism
Ø  Perkembangan kapitalisme industri moden kerana keadaan psikologikal selepas abad ke-16 yang digerakkan oleh etik Protestant
Ø  Semangat kapitalisme dikaitkan dengan situasi di mana pemikiran manusia dipenuhi dengan idea mengumpul wang
Ø  Pengumpulan barangan menjadi matlamat akhir kehidupan bukannya tradisi
Ø  Kehidupan adalah menumpukan kepada mencapai
Ø  Pendapatan dan keuntungan menjadi keutamaan ketamakan bukan motivasi
Ø  Kapitalis memerlukan pendapatan dan juga perbelanjaan duit melalui rasional yang tegas, pengiraan dan terus kepada cita-cita yang progresif, pengumpulan yang paling tinggi
Ø  Kritikan: Bagaimana Singapura, Hong Kong an Taiwan boleh menjadi negara maju sedangkan mereka mengamalkan ajaran Confucius

2.      Everette E. Hagen (1906-1993)
Ø  Merupakan professor di  Massachusetts Institute of Technology (MIT)
Ø  Teori beliau bertumpu kepada tahap permulaan pembangunan ekonomi
Ø  Pentingnya personaliti dalam membawa kepada perubahan dalam masyarakat tradisional
Ø  Masyarakat tradisional dan masyarakat moden amat berbeza kerana hasil daripada personaliti yang berbeza
Ø  Masyarakat tradisional mempunyai tahap status yang tetap. Jadi, personaliti adalah seperti autoriti, tidak kreatif dan tidak innovatif
Ø  Masyarakat tradisional dilihat sebagai tidak kreatif kerana mereka melihat dunia sebagai tempat sebarangan bukannya benda yang untuk dianalisis dan dikawal
Ø  Masyarakat moden pula dikaitkan dengan kreatif, sifat ingin tahu, berpengalaman
Ø  Mereka sentiasa mencari penyelesaian yang baru
Ø  Mereka juga melihat dunia sebagai tempat logik yang boleh difahami daan dijelaskan
Ø  Amalan mengasuh anak-anak di negara-negara sedang membangun memainkan peranan yang penting dalam mengubah masyarakat
Ø  Lelaki yang kehilangan status akan berasa sangat lemah, kecewa dan mengamalkan sikap retreatisme
Ø  Hal ini menyebabkan wanita akan melakukan apa-apa sahaja untuk mempengaruhi minda anak-anak lelaki supaya menjadi lebih baik daripada ibu bapa sendiri
Ø  Peranan ibu dilihat sangat penting terutamanya dalam mengasuh anak lelaki
Ø  Persekitaran dalam keluarga juga memainkan peranan yang penting
Ø  Beliau dikritik kerana kurang memberi perhatian kepada struktur sosial

3.      David C. McClelland (1971-1998)
Ø  Ahli psikologi yang agak kontroversial
Ø  Dipengaruhi oleh idea Max Weber iaitu The Protestant Ethic and The Spirit of Capitalism
Ø  Idea beliau yang penting ialah the need for motivation yang kemudiannya berubah kepada the need for achievement
Ø  Beliau dan rakan-rakannya merumuskan bahawa masyarakat yang mempunyai tahap the need for achievement yang tinggi akan lebih membangun
Ø  Bagi beliau, pencapaian individu akan membawa kepada pencapaian ekonomi yang seterusnya membawa kepada pembangunan ekonomi
Ø  Beliau menyatakan bahawa pengumpulan wang bukan untuk diri sendiri
Ø  Beliau menggunakan data etnografik untuk menganalisis tahap penglibatan lelaki dewasa dalam aktiviti keusahawanan
Ø  Beliau juga menganalisis isi kandungan cerita rakyat dan cerita kanak-kanak di 23 negara bagi tujuan melihat kandungan dan keadaan the need of achievement
Ø  Cara untuk meningkatkan the need for achivement adalah melalui pembelajaran
Ø  Motivating Economic Achievement (1969) menyatakan bahawa achievement motivation merupakan pendorong major dalam pembangunan ekonomi


TEORI KITARAN
1.      Ibn Khaldun (1332-1406)
Ø  Lahir di Tunisia dari keturunan aristokrat
Ø  Memerhati dan menguji pengaruh persekitaran fizikal terhadap manusia, bentuk organisasi sosial masyarakat primitif dan masyarakat maju, hubungan antara kelompok, bentuk kepimpinan, kehidupan bandar dan pelbagai fenomena sosial lagi
Ø  Bukunya Mukadimmah
Ø  Wujud ketaksamaan yang menyebabkan
a)     Agama luntur
b)     Rasuah - menyebabkan kekacauan politik
c)     Ekonomi lemah - kekitaan merosot

2.      Arnold Toynbee (1889-1975)
Ø  Melihat proses kelahiran, pertumbuhan, stagnasi dan disintegrasi dalam kehidupan sosial
Ø  Kajian tentang peradaban masyarakat dibuatkan dalam A Study of History (12 jilid)
Ø  Peradaban tidaklah muncul dengan mudah tetapi hasil perjuangan
Ø  Ada 5 rangsangan penting
a)     Keadaan negara yg sukar - alam sekitarnya
b)     Asas-asas baru - permukaan bumi yang belum didiami dan boleh diteroka
c)     Letusan - tewas dalam perjuangan
d)     Tekanan - ancaman luar berterusan
e)     Hukuman - diskriminasi kelas, eksploitasi
Ø  Perana elit penting

3.      Pitrim Sorikin
Ø  Penulis buku Social and Cultural Dynamics


Ø  Huraian tentang kebangkitan dan kejatuhan peradaban dab bukannya perubahan yang lineal

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa