KEGANASAN RUMAH TANGGA
Definisi
| Secara sengaja meletakkan mangsa dalam ketakutan,
kecederaan fizikal
| Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa
| Memaksa mangsa untuk melakukan perbuatan secara seksual
| Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa
| Melakukan khianat @ kemusnahan @ kerosakan kepada harta
dengan sengaja sehingga menyebabkan kesedihan @ kegusaran mangsa
| Menyebabkan penderaan psikologi termasuklah kecederaan
emosi
| Menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan guna bahan
yang memabukkan tanpa kerelaan mangsa @ dengan cara menyalahi undang-undang
| Dalam hal jika mangsa adalah seorang kanak-kanak,
menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang
memabukkan
Siapakah Dilindungi?
1.
Isteri @
suami, bekas isteri @ suami
2.
Kanak-kanak
3.
Orang dewasa
tidak berkeupayaan
4.
Mana-mana
anggota keluarga lain seperti
| Anak lelaki @ anak perempuan dewasa
| Ibu @ bapa
| Abang, kakak @ adik
| Mana-mana saudara lain yang pada pandangan mahkamah hendaklah
dimasukkan bagi tujuan perlindungan
Penderaan terhadap Isteri dan Suami
1. Penderaan
Fizikal
| Mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan
| Cth: Menampar, menggigit, menendang, memukul, melukakan
2. Penderaan
Emosi
| Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah
| Menyatakan sesuatu yang menyakitkan hati
| Tidak mahu bercakap
3. Penderaan
Seksual
| Memaksa melakukan/melihat sesuatu bentuk seksual tanpa
kerelaan mangsa/ menyakiti mangsa apabila melakukan hubungan seks
Remedi
1. Perintah
Perlindungan Interim (Sementara)
| Boleh diminta sementara menunggu penyiasatan oleh pihak
polis
| Satu bentuk perlindungan segera yang diberikan kepada
mangsa
| Kesan
a)
Melarang
pelaku daripada melakukan perbuatannya
b) Suami masih mempunyai hak untuk pulang ke rumah
perkahwinan
c)
Suami masih
boleh tinggal dalam rumah perkahwinan tersebut dan menjalani kehidupan biasa
2. Perintah
Perlindungan
| Boleh dipohon jika wujud satu prosiding jenayah di bawah
Kanun Keseksaan iaitu apabila tertuduh dituduh melakukan satu kesalahan yang
termasuk dalam definisi “Keganasan Rumah Tangga” seperti dalam Akta 521
3. Pampasan dan
Ganti Rugi
| Mangsa mengalami kecederaan diri @ kerosakan harta benda
@ kerugian kewangan
| Kesakitan dan penderitaan mangsa serta jenis dan takat
kecederaan
| Kos rawatan perubatan
| Kehilangan pendapatan
| Amaun @ nilai harta yang diambil @ dimusnahkan @
dirosakkan
| Perbelanjaan yang perlu dan munasabah (penginapan yang
selamat, pengangkutan, penubuhan rumah yang berasingan)
| Kedudukan mangsa dan defenden
4. Kaunseling
5. Perintah
penghunian eksklusif
Peranan Pegawai JKM
1.
Membantu
mangsa untuk menfaikan aduan
2.
Mengaturkan
pengangkutan bagi mangsa untuk ke kediaman alternatif @ tempat selamat @ tempat
perlindungan sekiranya diperlukan
3.
Mengaturkan
pengangkutan untuk ke hospital bagi rawatan kecederaan
4.
Menjelaskan
kepada mangsa hak untuk mendapatkan perlindungan
5.
Menemankan
mangsa ke kediamannya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya
Peranan Polis
1.
Menjalankan
kuasa-kuasa penangkapan
2.
Mengawasi
pengeluaran seseorang yang dikeluarkan daripada kediaman bersama
Comments
Post a Comment