DEVIANCE (PENYIMPANGAN)
| Secara umumnya bermaksud apa2 perbuatan yang melanggar norma sosial atau
mana-mana pelanggaran yang dikatakan oleh norma budaya sebagai tidak betul atau
tidak normal
| Apa-apa tingkah laku yang melanggar norma-norma budaya
| Terdapat 2 jenis penyimpangan iaitu jenayah dan
pelanggaran norma-norma sosial tidak formal
| 3 faktor yang akan menentukan apa itu penyimpangan iaitu
masa (time), tempat (place) dan konsensus awam atau kuasa (public consensus
atau power)
ASPEK-ASPEK NEGATIF TINGKAH LAKU DEVIAN
1.
Intoleransi
(Intolerance): Masyarakat yang merupakan sebahagian daripada norma sosial
mungkin cuba dan membahayakan orang-orang yang tidak
2.
Kurangnya
Pendidikan/Sumber (Lack of Education/Resources): Idea yang terhad apa yang
biasa atau tidak formal, mungkin ini yang membawa kepada kemurungan dan bunuh
diri
3.
Kelembapan
Masyarakat (Stagnation of Society): Walaupun masyarakat secara alam semula jadi
adalah dinamik, namun mereka tidak mahu untuk berubah dan ingin mengekalkan apa
yang sedia ada
ASPEK-ASPEK POSITIF TINGKAH LAKU DEVIAN
1.
Free-Thinking: Membolehkan
orang untuk melakukan perkara yang sesuai dengan mereka dan bukannya mengikut
norma sosial yang mungkin atau mungkin tidak sesuai untuk setiap orang
2.
Minda
Terbuka/Pendidikan (Open-Minded/Education): Mengajar kita bahawa di dunia ini
tidak semua orang sama dan orang yang berbeza itu tidak semestinya jahat
KAWALAN SOSIAL
| Merujuk kepada percubaan masyarakat untuk mengawal
pemikiran dan tingkah laku manusia
| Mungkin dalam bentuk dendaan yang dikenakan kepada mereka
yang telah melanggar norma dan nilai masyarakat
| Tujuannya adalah untuk mencuba memperbaiki tingkah laku
penyimpangan
| Terdapat 2 bentuk kawalan sosial iaitu secara dalaman
atau luaran
KAWALAN SOSIAL SECARA DALAMAN (INTERNAL SOCIAL CONTROL)
| Merupakan proses “interlizing” norma-norma masyarakat dan
menerima mereka secara sah
| Ia beroperasi melalui proses sosialisasi iaitu apabila
seseorang belajar dan mengamalkan norma-norma masyarakat
| Apabila seseorang menerima norma-norma masyarakat secara
sah, maka norma tersebut “internalized”
| Jadi, seseorang akan berasa malu jika mereka melakukan
perbuatan yang melanggari norma-norma masyarakat
| Berada di dalam diri individu
| Kita sedang mengamalkan kawalan sosial secara dalaman
apabila kita melakukan sesuatu kerana menganggap perkara tersebut adalah betul
atau kita tidak melakukannya kerana kita menganggap bahawa perkara tersebut
adalah salah
| Cth: Kebanyakan orang tidak akan mencuri. Hal ini bukan
kerana mereka takut ditangkap atau tidak ada peluang untuk mencuri tetapi
mereka tahu bahawa perbuatan mencuri itu salah
KAWALAN SOSIAL LUARAN (EXTERNAL SOCIAL CONTROL)
| Merujuk kepada usaha masyarakat untuk membawa mereka yang
berada di luar garisan kembali ke dalam garisan
| Terdiri daripada sistem ganjaran dan hukuman, “sanctions”
orang tersebut, sesebuah organisasi agar akur kepada norma
| “positive sanctions” terdiri daripada ganjaran,
peningkatan dalam elaun, kenaikan pangkat dan senyuman
| “negative sanctions” pula ialah kritik, denda, hukuman,
ejekan dan sindiran
POSITIVE SANCTION
| Merupakan satu ganjaran sosial
| Masyarakat menggunakan “positive sanctions” untuk memberi
ganjaran kepada orang yang mengikuti norma-norma masyarakat
| Boleh didapati dalam bentuk formal (anugerah, satu
pujian) atau tidak formal (perkataan, pergerakan tangan atau ekspresi muka)
| Juga boleh didapati dalam bentuk elaun, senyuman,
kenaikan pangkat, pelukan dan hadiah
NEGATIVE SANCTION
| Merupakan satu hukuman yang diberikan kepada pesalah
| Juga boleh didapati dalam bentuk formal (penjara, denda)
atau tidak formal (merenung, “raised eyebrow”, kritikan)
KAWALAN TIDAK FORMAL (INFORMAL SOCIAL CONTROL)
| Diamalkan oleh masyarakat tanpa menetapkan apa-apa
peraturan atau undang-undang
| Disampaikan melalui norma dan budaya
| Penggunaan ganjaran sosial bertujuan menggalakkan
ahli-ahli dalam sesebuah kelompok untuk akur kepada nilai dan norma kelompok
| Bentuk hukuman seperti pemulauan, pengasingan,
diskriminasi
| Pujukan adalah untuk menyedarkan seseorang bahawa dia
telah melencong daripada dan perlu kembali ke pangkal jalan
| Juga merangkumi pengawalan ibu bapa terhadap pergaulan
anak-anak dengan rakan sebaya
KAWALAN FORMAL (FORMAL SOCIAL CONTROL)
| Terdiri daripada organisasi dan peraturan-peraturan yang
ditubuhkan untuk menentukan segala undang-undang dan peraturan itu dipatuhi
| Badan-badan kawalan sosial secara formal terdiri daripada
polis serta sistem keadilan mahkamah, penjara, hospital sakit jiwa dan
pusat-pusat pemulihan akhlak
| Ahli-ahli badan kawalan sosial pula terdiri daripada polis,
hakim, peguam, Badan Pencegah Rasuah, dan lain-lain yang berkaitan
JENIS HUKUMAN
1. PEMBALASAN
(RETRIBUTION)
|
Cth: “an eye for
an eye”
|
Merupakan satu
hukuman di mana pelaku akan dihukum berdasarkan kesalahan yang dilakukannya
|
Hukuman jenis ini
akan menyebabkan pesalah sedar kesakitan atau penderitaan yang telah
dilakukannya kepada mangsa
|
Cth: Jika pesalah
itu membunuh, maka hukuman yang dikenakan kepadanya juga ialah hukuman bunuh
|
Tujuan hukuman
dilihat sebagai untuk membalas dendam bukannya kebajikan atau perubahan sosial
2. PENCEGAHAN
(DETERRENCE)
|
Usaha untuk tidak
menggalakkan jenayah melalui penggunaan hukuman
|
Mencegah
penjenayah daripada melakukan kesalahan yang sama pada masa depan
|
Hukuman yang berat
akan diberikan kepada pesalah tersebut supaya dia tidak akan mengulangi
kesalahan itu pada masa akan datang
|
Selain itu, ia
juga akan menjadi pengajaran kepada ahli-ahli lain supaya tidak melakukan
kesalahan tersebut
|
Cth: Pesalah yang
melakukan pembunuhan dikenakan hukuman bunuh dan ini akan memberi pengajaran
kepada orang lain
3. PEMULIHAN
(REHABILITATION)
|
Satu program yang
dianjurkan untuk memberi pemulihan kepada pesalah bagi mencegah berulangnya
kesalahan tersebut
|
Bertujuan untuk
memberi rawatan kepada pesalah
|
Cth: Pusat
pemulihan akhlak
|
Matlamatnya adalah
untuk memulihkan mereka yang sesat supaya kembali kepada jalan yang benar
|
Pesalah akan
dididik dan dilatih supaya mereka boleh berubah menjadi seorang yang mematuhi
undang-undang
4. PERLINDUNGAN
MASYARAKAT (SOCIETAL PROTECTION)
|
Adalah cara
mencegah, menguruskan serta menangani situasi yang dapat menjejaskan
kesejahteraan masyarakat
|
Ia mengandungi
polisi dan program yang dibentuk untuk mengurangkan kadar yang menyebabkan
kesejateraan masyarakar tergugat
|
Cth: Victim
Protection Program
|
Merupakan salah
satu cara mengawal devians dan melindungi masyarakat dengan menempatkan pesalah
sementara di dalam penjara atau tetap dengan pelaksanaan hukuman mati
Comments
Post a Comment