KEMAHIRAN TEMU BUAL
Z Dijalankan adalah untuk mengumpul fakta mengenai situasi
klien, mendalami masalah dan perasaan klien, meningkatkan keupayaan klien dalam
menyelesaikan masalah
1. Persediaan
! Pekerja sosial haruslah menyediakan diri mereka dari segi
mental dan fizikal
! Menyediakan tempat yang mempunyai suasana yang sesuai,
tenang, selasa
! Tempat mestilah mempunyai pencahayaan serta suhu
pendingin hawa yang bersesuaian
! PS perlu mengkaji latar belakang klien
! Segala maklumat peribadi klien perlu dikumpul secara
teratur dan sistematik untuk memudahkan PS memahami masalah sebenar yang
dihadapi oleh klien
2. Meraikan
! Cara PS menyambut tetamu
! Cth: Memberi salam, senyum, ramah, mesra
! Suasana di tempat pertemuan haruslah berada dalam keadaan
ceria
! PS juga tidak boleh berprasangkan buruk kepada klien
! PS juga haruslah memikirkan dan menyediakan masa serta
tempat yang bersesuaian untuk berbincang tanpa gangguan
! Tempat yang disediakan haruslah selesa, tenang dan
menarik
3. Penjelasan
! PS dan klien haruslah jelas akan peranan mereka
masing-masing
! PS juga haruslah menjelaskan perana mereka dan sebab
klien berada di sini
! PS juga haruslah menjelaskan pasal tujuan pertemuan ini
diadakan
! PS juga haruslah menjelaskan kepada klien kenapa ia
dirujuk
! PS juga haruslah menjelaskan hak-hak klien sepanjang sesi
temu bual ini
! PS juga akan cuba untuk mendapatkan gambaran yang jelas
tentang permasalahan yang dihadapi oleh klien
4. Galak
Bercakap
! PS haruslah mempunyai kemahiran bukan lisan iaitu dari
segi kemahiran mendengar, eye-contact
! PS juga haruslah berupaya untuk memparafrasa iaitu
mengulang balik apa yang diceritakan oleh klien
! Hal ini adalah untuk memberitahu klien bahawa PS memahami
apa yang cuba disampaikan oleh klien, menguatkan lagi maksud yang disampaikan
oleh klien apabila kenyataannya diparafrasakan dengan tepat dan ini selalunya
akan menggalakkan klien untuk berkongsi dengan panjang lagi masalah mereka
! Hal ini juga adalalah untuk memastikan sama ada apa yang
dikatakan oleh PS adalah betul @ sebaliknya
! PS juga haruslah menanyakan soalan kepada klien dengan
jelas
! Semasa bertanya, PS haruslah menggunakan perkataan “apa”,
“bagaimana”
! Elakkan menggunakan perkataan “kenapa”, “mengapa” kerana
perkataan ini menunjukkan bahawa klien adalah salah
! Jika klien mudah bercakap, maka PS haruslah terus
mendorong klien untuk bercerita
! Jika klien tidak mudah bercakap, maka PS haruslah bijak
mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien untuk bercerita
! PS haruslah menunjukkan sifat sebagai pendengar yang baik
dan kritikal
5. Penerokaan
! PS akan cuba untuk mencari masalah sebenar yang dihadapi
oleh klien
! PS akan cuba untuk meneroka kehendak dan keperluan yang
diperlukan oleh klien
! PS juga akan semakin mengenali klien terutamanya dari
segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantunya
! PS digalakkan untuk menggunakan segala kemahiran yang ada
untuk meneroka permasalahan klien
! PS juga akan meneroka matlamat yang ingin dicapai oleh
klien mereka
6. Rumusan
Masalah
! Merupakan peringkat rumusan masalah dan kata muktamad
kepada rancangan tindakan yang khusus
! PS telah mengetahui punca sebenar yang menyebabkan
masalah tersebut berlaku
! PS menolong klien merancang strategi-strategi yang hendak
diambil termasuklah langkah-langkah pelaksanaan strategi tersebut
! Lebih kepada peringkat memperjelaskan matlamat yang
diharapkan oleh klien dan menyesuaikan diri dengan tindakan yang bakal diambil
7. Penyelesaian
! Penamatan dari segi perkhidmatan, peranan, maklumat,
pendapat, luahan, perasaan, penyelesaian masalah
! Di tahap inilah, PS dan klien telah mengetahui
punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut
! Juga dikenali sebagai tahap pencapaian keputusan
! Dicapai melalui persetujuan PS dengan klien
! Merupakan peringkat PS menilai keberkesanan strategi dan
teknik yang telah diaplikasikan terhadap kliennya
Comments
Post a Comment