DEFINISI
MASYARAKAT
T Sebuah pola
yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial di mana ahli-ahlinya bergantung
bergantung antara satu sama lain
T Adalah
kumpulan individu-individu berinteraksi,
berkongsi cara hidup yang sama dan tinggal di kawasan yang sama
T Satu kelompok
manusia yang berkongsi satu sistem yang mencukupi
T Sekelompok
manusia yang disebut sebagai sebuah masyaraka apabila mempunyai pemikiran,
perasaan dan sistem yang sama
STATUS
T Kedudukan
dalam masyarakat
T Kedudukan atau
tempat seseorang dalam suatu kelompok sosial
T Ascribed Status
Dilahirkan
dengan atau diwarisi
Ditentukan
oleh bangsa, umur, jantina
Terdapat
sedikit mobiliti sosial
T Achieved Status
Kedudukan yang
diperoleh oleh seseorang melalui usahanya
Tidak
semestinya terikat kepada kumpulan atau kelas
Ada mobiliti
sosial
Cth:
Pendidikan, pekerjaan, harta kekayaan
PERANAN (ROLE)
T Jangkaan apa
yang individu perlu lakukan mengikut status tertentu
T Peranan
Ditetapkan (Prescribed Role): Jangkaan masyarakat mengenai bagaimana seseorang
individu yang mempunyai status tertentu perlu bertindak
T Role
Performance: Prestasi sebenar daripada peranan
T Peranan
Konflik (Role Conflict): Konflik antara dua peranan yang berbeza yang dimainkan
secara serentak
T Set Peranan
(Role Set): Pelbagai peranan yang terdapat pada satu status tertentu
T Ketegangan
Peranan (Role Strain): Tekanan akibat kedudukan sosial yang sama mengenakan
tuntutan dan harapan yang bercanggah
KUMPULAN
SOSIAL (SOCIAL GROUP)
T 2 atau lebih
ramai orang dengan sedikit identiti bersama yang berinteraksi secara teratur
dengan pelbagai corak
T Orang yang
berada di dalam kumpulan sosial yang mempunyai rasa keahlian yang biasa di mana
mereka berkongsi nilai, kesetiaan dan kepentingan yang sama
T Ahli-ahli
kumpulan sosial ini mempunyai rasa kepunyaan atau rasa mereka diterima (sense
of belonging) dan dikukuhkan lagi oleh interaksi sosial yang kerap
T Apabila orang
berinteraksi mengikut status dan peranan, mereka membentuk kumpulan sosial
iaitu koleksi orang yang berinteraksi dengan satu sama lain dan mempunyai
perasaan seperti perpaduan yang tertentu
T Kumpulan ini
boleh terdiri daripada keluarga atau kelas
T Ciri-ciri khas
kumpulan sosial: terdiri daripada 2 atau lebih ramai orang, berinteraksi dengan
cara yang teratur, berkongsi nilai-nilai dan norma-norma tertentu serta
mempunyai sekurang-kurangnya perpaduan dan matlamat yang sama
KUMPULAN
PRIMER (PRIMARY GROUP)
T Ahli kumpulan
berinteraksi secara tidak rasmi, personal dan hubungannya adalah secara kekal
T Ahli kumpulan
adalah sangat personal dan mereka mempunyai ikatan yang berpanjangan dan kekal
iaitu dikenali sebagai hubungan primer (primary relationships)
T Ahli kumpulan
ini berkongsi dimensi yang luas dalam kehidupan mereka
T Umumnya,
mereka akan memahami antara satu sama lain dan mengambil berat serta prihatin
antara satu sama lain
T Ikatan yang
kuat ini akan menyebabkan ahli kumpulan berasa sangat selesa dan selamat
T Apabila berada
dalam kumpulan ini, mereka berasa yang mereka dapat menjadi diri sendiri dan
tidak perlu takut dinilai oleh orang lain
T Cth: Dekat
tempat kerja, orang akan menjadi lebih sedar diri (self-conscious) mengenai
cara pemakaian dan juga tingkah laku mereka manakala dekat rumah mereka dapat
pakai apa sahaja dan bertingkah laku apa yang mereka suka
T Ahli dalam
kumpulan ini selalunya memberikan faedah peribadi kepada ahli lain seperti dari
segi kewangan dan juga sokongan emosi
T Cth: Apabila
gembira atau sedih, ada keluarga atau kawan akan menemani dan berkongsi
kegembiraan atau kesedihan dengan kita
T Oleh kerana
hubungan primer dihargai dalam diri mereka, maka bagi mereka ahli-ahli kumpulan
adalah tidak dapat ditukar ganti
T Cth: Walaupun
adik-beradik selalu bergaduh antara satu sama lain, namun akan baik semula dan
kita tidak dapat mencari pengganti
KUMPULAN
SEKUNDER (SECONDARY GROUP)
T Ahlinya
berinteraksi secara rasmi, mempunyai ikatan antara satu sama lain seperti
mempunyai peranan tertentu
T Mereka juga
mengharapkan keuntungan antara satu sama lain
T Mereka tidak
mempunyai hubungan dari segi emosi, komunikasi adalah secara formal dan setiap
orang hanya berminat untuk mendapatkan apa yang mereka mahu
T Apabila
matlamat telah tercapai, kumpulan ini akan bersurai
T Hubungan dalam
kumpulan ini tidak bersifat peribadi dan secara sementara
T Individu
berkongsi hubungan yang dikenali sebagai hubungan sekunder (secondary
relationships)
T Cth: Individu
yang bekerja di pejabat, mengambil kursus yang sama
T Kumpulan ini
mempunyai sedikit atau tidak ada hubungan personal dan ikatan emosi yang lemah
T Oleh kerana
kumpulan ini terhad kepada aktiviti atau kepentingan tertentu, mereka hanya
mempunyai peluang yang sedikit untuk mengambil berat atau prihatin antara satu
sama lain
T Identiti
peribadi adalah kurang penting bagi kumpulan ini
T Matlamat utama
mereka adalah untuk mencapai sesuatu tujuan atau objektif
T Kumpulan ini
mempunyai orientasi matlamat (goal orientation)
T Kumpulan ini
mempunyai asas apa yang dapat mereka lakukan untuk kita
T Pertukaran
(exchange) adalah sangat penting
T Cth: Transaksi
perniagaan- orang yang terlibat sedar bahawa mereka akan terima apa yang telah
mereka berikan
T Kumpulan ini
mengalihkan tumpuan interkasi sosial daripada perkara-perkara peribadi kepada
kerjasama yang saling menguntungkan
T Dengan harapan
untuk mendapatkan keuntungan ini, ahli kumpulan akan melakukan yang terbaik dan
mereka juga berharap bahawa ahli-ahli lain juga akan melakukan sedemikian
T Cth: Rakan
sekerja, organisasi politik
BUDAYA
T
Kepercayaan, nilai, tingkah laku dan norma yang dikongsi
oleh orang yang tertentu
T
Terdapat budaya material (material culture) dan budaya
bukan material (non-material culture)
T
Dalam kehidupan seharian, budaya dapat dilihat melalui
cara pemakaian, makanan, aktiviti yang kita lakukan dan lain-lain
T
Bahasa, kepercayaan, nilai, norma, tingkah laku dan objek
material yang diturukan dari satu generasi ke generasi yang lain
T
Budaya adalah dipelajari, dikongsi bersama, ciptaan
manusia, simbolik dan sentiasa berubah
T
Gabungan unsur-unsur yang mempengaruhi cara orang
berfikir, bagaimana mereka bertindak, apa yang mereka miliki
BUDAYA
MATERIAL (MATERIAL CULTURE)
T Produk nyata
masyarakat yang merupakan ungkapan idea yang kukuh serta kepercayaan
T Semua perkara
fizikal yang dicipta oleh manusia
T Cth: Makanan,
pakaian, alat dan seni bina, bangunan, perhiasan, teknologi
T Cth: The
Yanomamo (membina pondok mereka dengan menggunakan bahan yang dikumpul dalam
hutan berhampiran mereka; memburu dan melindungi diri sendiri menggunakan busur
dan anak panah)
BUDAYA BUKAN
MATERIAL (NON-MATERIAL CULTURE)
T Ciptaan dan
idea-idea abstrak yang tidak termaktub dalam objek fizikal
T Peranan
sosial, peraturan, etika dan kepercayaan serta lain-lain
T Cara pemikiran
yang membentuk satu budaya
T Cth:
Undang-undang lalu lintas, kata-kata dan kod pakaian
T Bahasa
isyarat, bahasa, nilai dan norma
T Cth: Raising
an eyebrow
America – kagum, ragu-ragu, tidak pasti
Peru – bayar wang kepada saya
Pacific Tonga Islang – Ya, saya setuju
T Cth: Di
America, ia merupakan perkara yang biasa jika menggunakan jari telunjuk anda.
Di Jepun, memberi isyarat menggunakan jari telunjuk dilihat sebagai perbuatan
yang tidak bersopan dan menyakitkan hati
SUBCULTURE
(BUDAYA KECIL/SUB-BUDAYA)
T Kumpulan yang
mana nilai dan tingkah laku yang berbeza
T Mempunyai
nilai, norma dan adat resam yang tersendiri
T Sebuah budaya
yang wujud di dalam budaya yang dominan dalam sesebuah masyarakat
T Cth: Nelayan
yang ke laut, penjual sayur di pasar
T Cth: Remaja
yang mempunyai gaya hidup mereka yang tersendiri seperti perkataan, pakaian,
muzik dan bahasa
COUNTERCULTURE
T Corak budaya
yang kuat menentang budaya yang diterima oleh masyarakat umum
T Budaya yang
bertentangan dengan norma-norma masyarakat
T Sering
dianggap mengancam kepada budaya dominan kerana mereka mencabar nilai-nilai ini
T Cth: Gothic,
Punk, Black Metal, Hippies, HipHop, Hipster, LGBT
CULTURE SHOCK
(KEJUTAN BUDAYA)
T Satu keadaan
yang membingungkan atau menyusuhkan yang dialami oleh individu yang secara
tiba-tiba terdedah kepada persekitaran sosial dan budaya yang pelik atau asing
T Cth: Seorang
budak yang cemerlang dalam peperiksaan SPM telah ditawarkan untuk menyambung
pelajaran ke luar negara seperti London. Memandangkan budak tersebut tidak
pernah meninggalkan kampung halaman, dia berasa terkejut apabila sampai di
London. Dia terkejut dengan gaya hidup orang di sana seperti berpakaian pelik,
makanan mereka serta cara pergaulan seharian mereka. Keadaan ini boleh dikenali
sebagai kejutan budaya di mana dia berasa asing dan pelik.
ETNOSENTRISME
T Cenderung
memandang rendah terhadap budaya orang lain
T Hanya
menganggap budaya sendiri yang paling baik
T Kepercayaan atau
rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah lebih jauh baik dan hebat daripada kelompok
lain
T Suatu
perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik
sendiri
T Cth: Pada
zaman dahulu, perempuan di negara China perlu mengikat atau membalut kaki
mereka agar kaki mereka tidak membesar. Kita mungkin menganggap perbuatan
tersebut sangat kejam dan zalim serta diskriminasi perempuan. Tetapi orang Cina
pada masa tersebut tidak beranggapan demikian kerana bagi mereka perempuan yang
mempunyai kaki yang kecil sangat cantik.
T Cth: Di
Malaysia, kita membuka kasut sebelum masuk rumah atau bilik. Namun, bagi
masyarakat Barat, budaya ini dianggap kurang selasa. Mereka sebaliknya memakai
kasut sehingga masuk ke dalam bilik tidur
Cultural
Relativism
T Tidak melihat
budaya sendiri lebih baik dan maju berbanding dengan budaya lain
T Melihat dan
menakrifkan tingkah laku seseorang berdasarkan kepada budaya mereka sendiri
T Menanam sikap terbuka
terhadap budaya orang lain, menerima nilai dan norma yang berbeza serta tidak
menilai mengikut kepercayaan dan nilai kita
Comments
Post a Comment