1. Etika Terhadap Pelanggan/Klien
Pekerja sosial
haruslah memberi keutamaan utama kepada kepentingan klien sama ada dari segi
perlindungan terhadap hak dan keupayaan untuk membuat keputusan. Pekerja sosial
juga akan bekerjsama dengan agensi dan anggota profesional yang lain bagi
menyediakan khidmat bantuan bagi menjaga kepentingan klien. Pekerja sosial juga
haruslah memperakui hak klien dalam membuat penentuan kendiri. Pekerja sosial
juga haruslah bertindak untuk mengurangkan segala halangan terhadap keupayaan
penentuan kendiri klien. Pekerja sosial juga haruslah memberitahu klien
berkaitan dengan pemakluman persetujuan dan dalam situasi mana ia mungkin
diperlukan. Pekerja sosial juga haruslah mengambil kira tentang kepentingan
budaya seperti identiti bangsa, nilai, kepercayaan dan adat resam klien.
Pekerja sosial juga haruslah menghormati hak klien berkaitan dengan maklumat
rahsia dan sulit dan bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang telah
diberikan oleh klien. Pekerja sosial juga haruslah merekod maklumat yang
disampaikan oleh klien secara adil, saksama dan tepat. Pekerja sosial
seharusnya menghindari terjadinya hubungan seksual dengan klien, menghindari
terjadinya gangguan seksual terhadap klien, penggunaan bahasa yang tidak tepat
dan tidak memutarbelitkan fakta mengenai klien serta penamatan perkhidmatan
2. Etika Terhadap Rakan Sekerja
Pekerja sosial
seharusnya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja dengan penuh rasa hormat,
jujur, sopan dan mampu mencari jalan penyelesaian secara baik jika berlaku
percanggahan pendapat atau tindakan. Pekerja sosial juga seharusnya menghormati
pengetahuan dan kepakaran rakan sekerja. Pekerja sosial juga seharusnya menjaga
rahsia rakan sekerja. Pekerja sosial juga seharusnya merujuk kepada klien untuk
memperoleh perkhidmatan dari pihak lain. Pekerja sosial seharusnya mencegah
terjadinya hubungan seksual dengan rakan sekerja serta gangguan seksual dengan
rakan sekerja. Pekerja sosisal tidak seharusnya mendedahkan segala kecacatan,
masalah dan kekurangan rakan sekerja. Bagi rakan sekerja yang tidak menjalankan
tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan amanah, pekerja sosial haruslah
memaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab
3. Etika Terhadap Organisasi/Tempat Kerja
Pekerja sosial
seharusnya berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif di organisasi mereka
berkhidmat selaras dengan keperluan kod etika. Pekerja sosial juga seharusnya
menggunakan sumber-sumber yang terdapat dalam organisasi dengan sebaik mungkin
dan bertepatan. Pekerja sosial seharusnya mencuba untui menyelesaikan konflik
di antara prinsip-prinsip etika dengan polisi dan amalan organisasi. Pekerja
sosial juga terlibat dengan usaha untuk memperbaiki perkhidmatan yang
disampaikan oleh organisasi atau suasana kerja di organisasi. Majikan pula
seharusnya menggalakkan pekerja untuk memahami prinsip dan objektif kod etika
di organisasi tersebut, menggalakkan polisi dan amalan yang tidak bersifat
diskriminasi, menggalakkan komunikasi secara berkesan; kerja berpasukan; cekap
dan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan; memastikan kakitangan mendapatkan
latihan yang berterusan dan pendidikan berterusan
4. Etika Terhadap Profesion
Pekerja sosial
akan memelihara maruah dan integriti terhadap profesion ini dan akan
melaksanakan tugas berdasarkan pengetahuan asas kepada kerja sosial yang
diperakukan. Pekerja sosial juga seharusnya memperjuangkan dan mempromosikan
kecemerlangan kerja sosial. Pekerja sosial akan membantu mempromosikan proses
dan hasil profesion kerja sosial dan akan mempertahankan daripada kritikan. Pekerja
sosial akan melaporkan kepada organisasi yang berkaitan terhadap seseorang yang
telah gagal menunjukkan kecekapan sebagai seorang pekerja sosial
5. Etika Terhadap Masyarakat
Dalam aspek ini,
pekerja sosial perlu bertanggungjawab meningkatkan kesejahteraan sosial
masyarakat dari peringkat local sehingga peringkat global. Pekerja sosial juga
seharusnya memudahkan peluang orang ramai untuk terlibat dalam usaha-usaha
kesejahteraan sosial. Pekerja sosial harus bertindak mencegah dan menghapuskan
diskriminasi terhadap seseorang atau sekelompok berdasarkan kepada warna kulit,
bangsa, agama, bahasa, gender dan lain-lain. Pekerja sosial juga harus
memastikan setiap masyarakat dapat mengakses kepada sumber-sumber yang
dikehendakinya. Pekerja sosial juga harus melakukan sebarang perubahan terhadap
perkhidmatan atau polisi yang tidak membawa kesan kepada masyarakat
saya keliru dengan strategi dengan peranan. adakah sama?
ReplyDeleteKamus Dewan Edisi Keempat mengatakan bahawa strategi merupakan ilmu tentang cara-cara merancang manakala peranan pula bahagian (tugas/kerja) yang dipegang oleh seseorang. Jadi, melihat kepada maksud yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat, maka maksud bagi strategi dan peranan adalah tidak sama.
Delete