Skip to main content

Perundangan dan Advokasi dalam Perkhidmatan: KANAK-KANAK

KANAK-KANAK
Definisi Kanak-kanak
Y  Seseorang yang berada di bawah 18 tahun
Y  Berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu 10-14 tahun

Kategori Kanak-kanak di Bawah Akta Kanak-kanak 2001
1.  Kanak-kanak yang memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan
Y  Kanak-kanak yang dicederakan dari segi fizikal, emosi @ seks
Y  Ibu @ bapa @ penjaga mula mengabaikan kanak-kanak sehingga kanak-kanak tersebut mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat
Y  Ibu baap @ penjaga telah mengabaikan kanak-kanak dari segi pemeliharaan, makanan, pakaian, tempat tinggal yang mencukupi
Y  Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu @ bapa @ penjaga @ telah dibuang
Y  Kanak-kanak yang perlu diperiksa, disiasat @ dirawat dari segi kesihatannya
Y  Kanak-kanak yang bertindak untuk memudaratkan dirinya
Y  Pertelingkahan di antara kanak-kanak dengan ibu bapa @ penjaga
Y  Kanak-kanak itu mengemis @ menerima sedekah @ menjalankan penjagaan yang salah dari segi undang-undang
Y  Kesimpulannya, kanak-kanak yang didera, diabai @ terdedah kepada penderaanm fizikal, seksual @ emosi
2.  Kanak-kanak yang Memerlukan Perlindungan dan Pemuliharaan
Y  Kanak-kanak tersebut sedang didorong untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual @ berada dalam suasana yang boleh membawa kepada perlakuan tersebut
Y  Tinggal @ kerap kali mengunjungi tempat pelacuran
Y  Sentiasa bersama @ di bawah kawalan penyelenggaraan orang yang bekerja @ berkepentingan dengan urusan rumah pelacuran
Y  Umumnya, kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral seperti kerap kali mengunjungi rumah pelacuran
3.  Kanak-kanak yang Tidak Terkawal
Y  Ibu bapa @ penjaga kanak-kanak tersebut membuat permintaan supaya kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan mereka ditempatkan di sekolah yang diluluskan, tempat perlindungan, Asrama Akhlak atas alasan mereka tidak dapat menjalankan kawalan ke atas anak-anak mereka
Y  Cth: ponteng sekolah secara kerap, balik lewat malam, lari dari rumah, selalu melawan cakap ibu bapa
4.  Kanak-kanak yang Melakukan Jenayah
Y  Ertinya seseorang yang sudah mencapai umur 10 tahun bagi tanggungjawab jenayah
Y  Cth: membunuh, merompak, merogol

Punca Berlakunya Penderaan dan Pengabaian
1.  Faktor Ibu Bapa @ Penjaga
Y  Penagihan alkohol
Y  Tekanan di tempat kerja
Y  Kurang pengetahuan dalam mendidik anak
Y  Kurang didikan agama
2.  Faktor Persekitaran
Y  Masalah kewangan
Y  Saiz keluarga
Y  Budaya yang menggalakkan penggunaan kekerasan terhadap kanak-kanak
Y  Kitaran keganasan
3.  Faktor Kanak-kanak
Y  Pergaduhan antara ibu bapa dengan kanak-kanak berkenaan
Y  Keadaan @ tahap kesihatan kanak-kanak
Y  Anak hasil daripada hubungan yang tidak dipersetujui

Jenis-jenis Penderaan
1.  Penderaan Fizikal
Y  Apabila seorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal sehingga menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan @ penggunaan agen yang disengajakan kepada kanak-kanak
Y  Cth: Menendang, menghempas, memasukkan kanak-kanak ke dalam air panas, memukul, mencucuk jarum dekat badan kanak-kanak
2.  Penderaan Emosi
Y  Menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental @ emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental @ tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat
Y  Cth: Kanak-kanak menjadi fobia, takut, tekanan, tidak pedulikan kanak-kanak, menyisihkan kanak-kanak dari dunia luar
3.  Penderaan Seksual
Y  Seorang kanak-kanak yang teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian sama ada dalam aktiviti yang berunsurkan seks @ dieksploitasi seks bagi memuaskan nafsu seks orang lain
Y  Cth: Sumbang mahram, paedophilia, pendedahan lucah, mencabul kehormatan, perhubungan seks, merogol, seks sadis, pelacuran kanak-kanak, gambar lucah kanak-kanak
4.  Pengabaian
Y  Kegagalan berterusan dan serius dalam menyediakan keperluan fizikal, emosi dan perkembangan yang asas dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, makanan, tempat tinggal dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak
Y  Boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis bahaya termasuklah mengancam nyawanya
Y  Kegagalan @ keengganan untuk menyediakan jagaan kepada seseorang yang mereka bertanggungjawab untuk menjaganya
Y  Kegagalan untuk menyediakan kawalan yang sepatutnya, kemudahan perubatan, tidak memberikan pendidikan, mendedahkan kanak-kanak berkenaan kepada jenayah @ pengaruh yang tidak bermoral

Jenis-jenis Perintah yang Boleh Dikeluarkan oleh Mahkamah
1.  Memberi amaran
Y  Bagi kes-kes yang ringan sahaja
Y  Cth: Mencuri
2.  Bon berkelakuan baik
Y  Perjanjian untuk mematuhi peraturan
Y  Syarat ada keluarga yang menjaga kanak-kanak tersebut
Y  Cth: Mencuri
3.  Meletakkan di bawah pemeliharaan saudara @ orang yang layak
Y  Saudara mara seperti nenek, datuk, baapa saudara @ ibu saudara kanak-kanak
4.  Membayar denda, pampasan @ kos
Y  Melihat kepada kemampuan ahli keluarga kanak-kanak tersebut
Y  Cth: Pecahkan harta benda orang lain
5.  Perintah percubaan
Y  Tidak boleh untuk kes yang berat
6.  Sekolah yang diluluskan
Y  Sekolah Tunas Bakti (kanak-kanak yang tidak terkawal)
Y  Cth: Mencuri, bergaduh
7.  Sekolah Henry Gurney
Y  Cth: Kuat pukul orang, merogol, gengster
8.  Penjara
Y  14 tahun ke atas
Y  Biasanya kes bunuh

Konvensyen Hak Kanak-kanak (Perkara 19)
Y  Negara haruslah ambil segala langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal @ mental, kecederaan @ penderaan, pengabaian @ perlakuan cuai, penganiayaan @ eksploitasi termasuk penderaan seksual semasa dalam jagaan ibu bapa, penjaga di sisi undang-undang @ mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu
Y  Langkah perlindungan adalah dengan mewujudkan program sosial untuk memperuntukkan sokongan yang perlu bagi kanak-kanak itu dan bagi mereka yang menjaga kanak-kanak serta bagi semua bentuk lain pencegahan dan bagi pengenalan, laporan, rujukan, penyiasatan, rawatan dan tindakan selanjutnya bagi kes-kes penganiayaan
Y  Kanak-kanak berhak untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana kekeluargaan; untuk mendapa identiti sebagai individu dan warganegara; untuk mendapat perlindungan dari kesukaran @ rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak berupaya dan dari eksploitasi dan jenayah

Fungsi Mahkamah Kanak-kanak
Y  Mendengar, memutuskan @ membereskan apa-apa pertuduhan terhadap kanak-kanak
Y  Menjalankan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan kepada Mahkamah Kanak-kanak

Fungsi Penasihat
Y  Untuk memaklumkan dan menasihati MKK mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan sesuatu dapatan bersalah

Orang yang Boleh Hadir Persidangan
1.    Anggota dan pegawai mahkamah
2.   Kanak-kanak yang terlibat, ibu dan bapa, penjaga, peguam bela dan saksi mereka dan orang lain yang ada kena-mengena secara langsung
3.   Mana-mana orang lain yang bertanggungjawab sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah itu

Perbezaan antara Institusi JKM dan Jabatan Penjara
Institusi JKM
Jabatan Penjara
Dikawal oleh warden
Dikawal oleh pegawai penjara
Terdapat aktiviti formal dan tidak formal
Tidak ada aktiviti formal dan tidak formal kecuali Sekolah Henry Gurney
Kesalahan-kesalahan ringan seperti lari dari rumah, mencuri
Kesalahan-kesalahan yang berat seperti membunuh, merogol

Tugas untuk Melaporkan
1.  Doktor perubatan
Y  Kerana doktor yang memeriksa keadaan kanak-kanak dan dia lebih tahu jika kanak-kanak tersebut didera @ teraniaya
2.  Anggota keluarga
Y  Ahli keluarga yang terdekat, boleh kesan kelainan pada diri mangsa, merupakan tanggungjawab ahli keluarga
3.  Pengasuh
Y  Jaga kanak-kanak tersebut, orang kedua terdekat dengan kanak-kanak selain ahli keluarga
Y  Cth: Taska, rumah orang lain, pengasuh di rumah
4.  Seksyen Baru 29A
Y  Jika mana-mana orang selain daripada pengawai perubatan, keluarga, pengasuh boleh memberikan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat



Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa