PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH
¯ Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam
proses pertolongan/intervensi
¯
Melibatkan
tahap-tahap dan penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu
¯
Perkataan
“masalah” merujuk kepada sesuatu keadaan, situasi @ pengalaman yang boleh
memberi kesan kepada ketidakseimbangan seseorang individu dari aspek emosi,
pemikiran, tindakan dan fizikal
¯
Masalah
boleh menolak @ memotivasikan seseorang individu untuk bergerak ke hadapan
¯ Terutamanya dari aspek pemikiran dan tindakan yang boleh
memberi jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
Proses Penyelesaian Masalah
¯ Satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan
proses-proses tertentu
¯ Melibatkan tahap-tahap tertentu yang melibatkan tahap permulaan,
tahap pertengahan, tahap penamatan
Tahap Permulaan
1. Persediaan
Diri sebagai Mentor
¯ Mentor perlu menyediakan diri mereka dari segi peranan
mereka sebagai seorang pembantu
¯ Mentor perlu jelas dan memahami peranan dan tanggungjawab
yang perlu dipikul semasa memberi proses pertolongan kepada klien mereka
¯ Persiapan diri juga haruslah diberi tekanan kepada aspek
mental, emosi dan tindakan
¯ Aspek mental: Mentor haruslah fikir permasalahan klien
dengan sebaik mungkin
¯ Aspek emosi: Mentor haruslah boleh mengawal emosi mereka
yang boleh mempengaruhi peranan dan tindakan mereka dalam memberi pertolongan
¯ Aspek tindakan: Mentor perlu bersedia membantu klien
membentuk rancangan tindakan ke arah penyelesaian masalah dengan penuh
rasional, jelas dan boleh dicapai
¯ Mentor juga perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran serta
berpegang kepada nilai serta etika sebelum membentuk perhubungan yang
profesional dengan klien
¯ Mentor perlu mempunyai pengetahuan tentang manusia,
proses sosial, tentang bantuan @ pertolongan. Pengetahuan-pengetahuan ini akan
memudahkan mentor dalam menjalankan proses membantu klien mereka
¯ Mentor juga perlu ada kemahiran-kemahiran tertentu
seperti kemahiran berkomunikasi, mewujudkan perhubungan, menjalankan temu
ramah, mengenali sumber diri dan persekitaran, merancang pelan pemulihan yang
berkesan serta menulis laporan
¯ Dalam menjalankan proses bantuan ini, mentor haruslah
berpegang kepada nilai serta etika yang profesional dalam menjalankan proses
bantuan ini
2. Perhubungan
Rapo
¯ Perhubungan yang rapat, mesra, saling mempercayai
¯ Individu yang berperanan sebagai pemberi pertolongan
mencuba sedaya upaya untuk membentuk perhubungan rapo dengan klien mereka yang
memerlukan pertolongan
¯ Penting kerana ia memberi peluang kepada mentor untuk
mengenali klien dan masalah mereka dengan lebih mendalam
¯ Klien pula dapat mengenali mentor mereka secara mendalam
serta memahami peranan mentor dalam membantu mereka menyelesaikan masalah
¯ Penting kerana dapat membentuk kepercayaan antara mentor
dengan klien mereka supaya dapat memastikan proses-proses pertolongan dapat
berjalan dengan lancar
¯ Juga memberi ruang kesedaran kepada mentor dan juga klien
bahawa kerjasama antara mereka amatlah penting agar dapat memastikan
keberkesanan proses penyelesaian masalah
¯ Mentor haruslah menunjukkan sikap yang positif seperti
menerima klien dan masalah mereka dengan hati yang terbuka
¯ Mentor perlu mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tertentu
seperti menunjukkan sikap yang boleh menarik minta klien untuk meneruskan
proses pertolongan yang dikehendaki
¯ Antara kemahiran tersebut adalah kemahiran mentor untuk
mendengar luahan perasaan klien, berkomunikasi dengan berkesan, mengeluarkan
komen secara verbal yang bersesuaian serta menunjukkan sikap empati dan aspek
non-verbal yang bersesuaian seperti penggunaan eye-contact, menunjukkan air
muka yang berminat
¯ Dapat memberi suasana yang selesa kepada klien dan
seterusnya klien akan bersedia untuk berkongsi masalah mereka
¯ Memudahkan mentor untuk mencungkil maklumat-maklumat awal
dalam memahami masalah klien dengan lebih mendalam
3. Proses
Pemahaman Permasalahan Klien dengan Sebaik Mungkin
¯ Melibatkan mentor berusaha untuk memahami masalah yang
dihadapi oleh klien
¯ Mentor akan cuba untuk menganalisis masalah klien mereka
dan mencari punca sebenar masalah tersebut
¯ Mentor juga akan cuba menentukan piawaian yang ingin
dicapai oleh klien dalam menyelesaikan masalah mereka
¯ Mentor akan cuba untuk mengenal pasti keperluan klien
¯ Mentor juga akan membantu klien untuk memahami keperluan
dan kehendak mereka
¯ Mentor juga mengambil berat berkenaan dengan pandangan
klien berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka
¯ Mentor akan cuba memahami masalah klien dengan bertanya
pelbagai soalan seperti bagaimana masalah ini boleh wujud kepada klien
¯ Mentor akan menggalakkan klien untuk bercakap supaya
mentor dapat mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh klien
Tahap Pertengahan
1. Penentuan
Situasi
¯ Satu proses di mana mentor akan cuba memahami masalah
yang dikemukakan oleh klien, mentafsir dan seterusnya menentukan masalah atau situasi
utama klien
¯ Mentor akan cuba untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan masalah yang dihadapi oleh klien melalui temu bual dan pemerhatian yang
dilakukan bersama dengan klien
¯ Kejelasan permasalahan klien perlu ditentukan dalam
peringkat penentuan situasi ini seperti memahami apakah masalah tersebut;
sejauhmana ia mengganggu perasaan dan pemikiran klien; konteks keseriusan
masalah tersebut dalam kehidupan seharian klien; punca kepada masalah itu;
sebarang tindakan yang pernah diambil dan hasil daripada tindakan tersebut;
ciri-ciri dan aspek perkembangan sistem klien dan lain-lain sistem di mana
klien berfungsi; memahami sistem-sistem sosial dan sistem persekitaran yang
memberi impak kepada masalah tersebut; hasil yang diharapkan oleh klien dari
proses pertolongan tersebut
¯ Mengukuhkan lagi persepsi mentor terhadap kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada klien serta bentuk-bentuk sokongan yang terdapat
di sekeliling klien
¯ Seterusnya melalui maklumat tersebut, mentor akan
membentuk pemahaman dan melakukan penafsiran ke atas situasi permasalahan klien
¯ Apabila penentuan situasi telah dibentuk oleh mentor, ia
amatlah penting untuk berbincang semula dengan klien
¯ Tujuan perbincangan adalah untuk memastikan mentor
betul-betul memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh klien dan menyampaikan
mesej kepada klien bahawa mereka terlibat sekali dalam proses penyelesaian
masalah tersebut
¯ Mentor seharusnya melibatkan klien dalam proses penyelesaian
masalah ini bagi menggalakkan komitmen dan tanggungjawab klien bagi menyelesaikan
masalah mereka sendiri
¯ Cara ini juga dapat mengelakkan mentor dipersalahkan
apabila masalah klien tidak dapat diselesaikan
2. Penetapan
dan Implementasi Rancangan Tindakan/Intervensi
¯ Selepas penentuan situasi tercapai bersama-sama dengan
klien, satu rancangan tindakan @ interevensi yang bersesuaian boleh disusun
¯ Mentor perlulah mahir membantu klien menentukan gol yang
ingin dicapai oleh mereka melalui rancangan tindakan ini
¯ Rancangan tindakan yang dibentuk ini juga seharusnya
relevan dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh klien
¯ Melalui rancangan tindakan @ intervensi ini, mentor dapat
melihat sejauhmanakan intervensi ini dapat memberi kesan kepada masalah yang
dihadapi oleh klien
¯ Penyusunan rancangan tindakan ini seharusnya menjurus
kepada kehendak, keperluan, matlamat dan perubahan yang ingin dicapai oleh
klien itu sendiri
¯ Mentor hanya akan bertindak sebagai fasilitator untuk
membantu dan memudahcarakan klien dalam menyelesaikan masalah mereka
¯ Mentor juga akan mengeluarkan pendapat @ pandangan mereka
dari aspek pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan sokongan yang relevan dengan
masalah yang dibincangkan
¯ Mentor haruslah sentiasa menghormati hak klien untuk
membuat keputusan mereka sendiri, sentiasa menerima keadaan diri klien, membantu
klien untuk membantu diri mereka, berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan
klien, berpegang kepada prinsip kerahsiaan dan menunjukkan minat yang
berterusan untuk membantu klien
¯ Klien akan digalakkan untuk menjalankan tindakan tersebut
¯ Penumpuan tindakan akan diberikan kepada rancangan
tindakan yang telah dipersetujui semasa dalam tahap penentuan situasi
¯ Bagi memastikan keberkesanan implementasi rancangan
tindakan ini, mentor haruslah bertindak sebagai penggalak, fasilitator dan
pendidik supaya dapat terus memotivasikan klien bagi mencapai sasaran
penyelesaian masalah
Tahap Penamatan
1. Penilaian
Rancangan Tindakah/Intervensi
¯ Tahap penamatan ini melibatkan mentor membuat penilaian
ke atas rancangan tindakan @ intervensi yang telah dilakukan
¯ Penilaian ini akan melihat kepada sejauhmanakah klien
berjaya melalui intervensi yang diberikan, kekuatan dan kelemahan intervensi
tersebut, perubahan yang dialami oleh klien, menilai kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan yang telah diberikan
¯ Proses ini penting kerana ia akan menentukan sama ada
proses pertolongan kepada klien ini wajar diteruskan ataupun tidak
¯ Penilaian ini juga membantu mentor untuk menilai tahap
kebergantungan klien terhadap pertolongan serta perkhidmatan yang diberikan
¯ Di sini, mentor perlu berkemahiran untuk menilai
perkembangan @ kefungsian klien dengan baik, tepat dan berkesan
2. Penamatan
¯ Penilaian yang berkesan daripada mentor akan dapat
menentukan sama ada proses pertolongan yang diberikan kepada klien berkesan
ataupun tidak
¯ Sekiranya terdapat perubahan pada diri klien, maknanya
proses pertolongan yang diberikan adalah berkesan dan ini bermakna penamatan
boleh dilakukan
¯ Sekiranya tiada perubahan yang berlaku, maka mentor dan
klien haruslah memikirkan rancangan tindakan seterusnya supaya dapat
menyelesaikan masalah
¯ Dengan kata lain, pengukuran kepada penamatan dalam
proses pertolongan adalah melihat kepada kefungsian sosial klien
¯ Dengan adanya proses penamatan, maka kebergantungan klien
terhadap mentor juga dapat ditamatkan
¯ Walaubagaimanapun, mentor haruslah berkemahiran dalam
menjalankan proses penamatan
¯ Hal ini penting kerana mungkin terdapat klien yang tidak
dapat menerima proses penamatan ini dengan baik kerana ia menganggap bahawa
penamatan perkhidmatan pertolongan sebagai satu pengalaman @ perasaan ditolak
¯ Oleh itu, mentor bertanggungjawab untuk memberi masa yang
secukupnya kepada klien supaya klien dapat menyediakan diri mereka dengan
proses penamatan
Comments
Post a Comment