Skip to main content

Prinsip Kerja Sosial: Kaedah Kerja Sosial


1.  Kerja Kes Sosial (Kerja Sosial Dengan Individu dan Keluarga)
Dikenali sebagai praktis kerja sosial dengan individu dan keluarga. Melibatkan proses mengembangkan personaliti individu dengan cara mengubah tahap kesedaran individu yang terlibat terhadap individu lain dan persekitaran sosial mereka. Pekerja sosial akan menghubungkan individu dengan sumber-sumber yang ada dalam persekitaran mereka untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu. Satu kaedah yang mempunyai tujuan utama untuk memperbaiki keadaan individu dan keluarga seorang demi seorang. Tujuannnya adalah untuk mencegah dan membaiki hubungan yang tidak sihat antara individu dengan keluarga ataupun elemen lain dalam persekitaran sosial mereka. Ia membantu manusia mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam perhubungan mereka atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan daripada masalah tersebut. Berusaha menguatkan potensi individu, kumpulan dan komuniti ke tahap maksimum. Ciri-ciri kerja kes sosial ialah keindividuan, perhubungan kerja kes dan penyelesaian. Proses kerja kes sosial terdiri daripada study (kajian), assessment (penilaian), intervention (interevensi) dan termination (penamatan)

2.  Kerja Kelompok Sosial (Kerja Sosial Dengan Kumpulan)
Kerja kumpulan sebagai aktiviti bermatlamat yang merujuk kepada aktiviti yang dirancang, disusun dan dijalankan oleh pekerja sosial dalam konteks praktis kerja sosial profesional terhadap kumpulan. Kerja sosial kumpulan ialah kaedah mengemukakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada individu dengan menyediakan pengalaman dalam kumpulan. Kerja kelompok sosial memfokuskan kepada perkembangan individu menerusi potensi individu, perkembangan perhubungan dan kecekapan kefungsian sosial serta tingkah laku sosial yang disedari dengan tujuan kerja sosial kumpulan. Fungsinya adalah untuk membantu ahli kumpulan sama ada muda, pertengahan umur dan tua yang sebahagian pula sangat agresif dan penuh dengan permusuhan. Bentuk kerja sosial kumpulan dapat dibahagikan kepada kemahiran, kumpulan rekreasi, kumpulan pendidikan, kumpulan berasaskan kepada tugas, kumpulan penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan, kumpulan sokongan, kumpulan sosialisasi, kumpulan terapi, kumpulan yang ditakrif berasaskan proses pembentukan

3.  Kerja Komuniti (Kerja Sosial Dengan Komuniti)
Komuniti merupakan sekolompok manusia yang menduduki satu kawasan yang diketahui dimensinya dan individu dalam kelompok tersebut saling berinteraksi antara satu sama lain dan mempunyai satu ikatan sosial yang sama. Kerja sosial dengan komuniti sebagai satu kaedah dalam kerja sosial yang menekankan kepada penglibatan komuniti secara aktif dan kolektif, penggunaan sumber yang sedia ada dalam komuniti, penglibatan dalam perancangan, pembuatan keputusan dan tindakan serta hasil yang akhirnya akan membawa perubahan kepada kehidupan komuniti itu sendiri. Secara umumnya, matlamat kerja komuniti adalah untuk menjaga kebajikan atau meningkatkan kesejahteraan sosial komuniti. Antara proses yang terlibat dalam kerja komuniti ialah penyelidikan, perancangan, penyelarasan, pengorganisasian, pembiayaan, pentadbiran, jawatankuasa bertindak serta pembelaan dan tindakan sosial

4.  Penyelidikan Kerja Sosial
Penyelidikan kerja sosial adalah perlu untuk membantu mengurus amalan kerja kes, kumpulan dan komuniti dengan sistematik supaya data atau maklumat yang diperoleh adalah konkrit. Maklumat yang diperoleh haruslah dianalisis supaya ia menepati dengan kaedah saintifik. Pengajian yang mendalam berkenaan dengan kerja sosial amatlah penting dan mustahak agar dapat melahirkan lebih ramai profesionalisme. Penyelidikan kerja sosial akan menentukan keperluan-keperluan, individu, kumpulan dan masyarakat secara keseluruhannya. Penyelidikan tentang masalah sosial adalah perlu untuk menetapkan, menunjukkan dan mengukur keperluan-keperluan bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat, menilai sejauhmana perkhidmatan yang diberi itu berkesan, menguji, melihat dan menimbangkan bagaimana perjalanan kerja-kerja kemasyarakatan itu memberi impak atau kesan, menguji teknik kerja-kerja sosial serta membina ssatu cara kerja yang saintifik berkenaan pengajian kerja-kerja sosial

5.  Tindakan Sosial
Dipraktikkan melalui kaedah organisasi komuniti/pembangunan komuniti. Ditakrifkan sebagai tugas-tugas kelompok sosial yang tersusun, dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan dan kemajuan sosial. Mencari jalan untuk menghapuskan masalah-masalah sosial dengan cara mempelajari sosial legislation (penggubalan undang-undang sosial) ataupun melalui perubahan dalam pentadbiran perkhidmatan sosial. Tindakan berkelompok akan berfungsi sebagai kumpulan pendesak untuk kebajikan masyarakat. Tindakan sosial perlu dilakukan mengikut lunas-lunas perundangan bukan melalui kekerasan. Boleh diperjuangkan melalui perhubungan awam (publisiti di radio, akhbar, tv, seminar dan lain-lain). Tindakan sosial dianggap sebagai tindakan paksaan atau desakan apabila pendapat masyarakat menyebelahinya.Sebagai contoh, desakan kesatuan sekerja, masalah wanita dan kanak-kanak, perumahan, kesihatan dan lain-lain

6.  Pengurusan Kes
Juga dikenali sebagai pengurusan penjagaan (care management). Ia diperkenalkan selaras dengan dasar sosial negara-negara berkenaan dari segi penjagaan institusi (institutional care) kepada penjagaan komuniti (community care). Definisi pengurusan “satu set langkah-langkah logik dan satu proses interaksi dalam satu rangkaian (network) perkhidmatan untuk memastikan seseorang klien menerima perkhidmatan yang diperlukan secara sokongan penuh, berkesan, cekap dan kos efektif. Matlamat pengurusan kes adalah untuk memenuhi keperluan penjagaan individu melalui penggunaan sumber secara berkesan, memulihkan dan mengekalkan ketidakbergantungan dengan membolehkan inidvidu hidup dalam masyarakat seberapa yang boleh, mencegah atau mengurangkan kesan-kesan negatif akibat kurang upaya, penyakit atau penderitaan mental seeorang di semua peringkat umur, mendapatkan peluang saksama untuk semua orang, memupuk pilihan individu sendiri dan penentuan kendiri dan berdasarkan kekuatan individu dan sumber-sumber yang sedia ada serta memupuk sifat perkongsian di antara pengguna/klien, penjaga dan pembekal perkhidmatan dalam semua sektor




Comments

  1. Hi, may i know where do you get this sources?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UKM, USM, UUM, UNISZA, UMS, UNIMAS, UM, and UPM. If you want to know more, kindly email me.

      Delete
    2. Kebanyakan dari lecturer punya notes.....dan ada juga dari buku....saya gabungkan lecturer notes dan yg buku punya....dan buat nota sendiri...

      Delete
  2. Hi! Boleh tahu u guna rujukan buka yang mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya.. Saya sudah lupa saya guna buku apa. Sebab nota-nota ini daripada buku-buku yang berlainan. Mungkin saudara/saudari boleh tanya pensyarah-pensyarah saudara/saudari. Pensyarah-pensyarah tentu ada syorkan buku-buku mereka.

      Delete
  3. Hey, may I know what is pengecaman kes?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa