UNDANG-UNDANG PEKERJAAN
Siapa Pekerja?
T Hanya terpakai kepada mereka yang dianggap sebagai
pekerja
T Walaupun semua orang bekerja tetapi bukan semua orang
dianggap sebagai pekerja mengikut Undang-undang Pekerjaan
T Mestilah membuat kontrak pekerjaan
T Majikan bertanggungjawab dari segi undang-undang
berdasarkan tindakan pekerjanya
T Majikan juga akan bertanggungjawab untuk membuat caruman
KWSP, SOCSO dan Cukai Perkhidmatan, Akta KWSP 1991, Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaaan 1994, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
Kontrak Pekerjaan/Perkhidmatan
T Suatu perjanjian yang dibuat sama ada secara lisan @
bertulis, nyata @ tersirat antara seorang pekerja dengan majikannya
T Wujud perhubungan antara majikan dengan pekerjanya
T Majikan mempunyai kawalan kepada pekerjanya dalam konteks
pekerjaan mereka
T Pekerja perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti
waktu kerja dan aturan di tempat kerja
T Dilindungi di bawah Akta Kerja 1955
Kontrak untuk Perkhidmatan
T Majikan tidak mempunyai kawalan kepada orang yang
memberikan perkhidmatan tersebut
T Fokusnya adalah kepada kerja/tugas yang diberikan
T Siapa yang melakukan kerja berkenaan tidak penting, janji
kerja tersebut siap
T Tidak wujud hubungan “majikan-pekerja”
T Tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955
Pekerja Tradisional
T Mempunyai waktu kerja yang tetap dan kerja di pejabat,
perlu mematuhi peraturan di tempat kerja
Pekerja Bukan Tradisional
T Tidak mempunyai waktu kerja yang tetap, bekerja dari
rumah, tidak perlu mematuhi peraturan di tempat kerja
Ujian Kawalan
T Melihat kepada kawalan yang dilaksanakan oleh majikan
kepada pekerjanya
T Kawalan di sini bermaksud kawalan majikan dalam
menentukan kerja apa yang perlu dilakukan oleh pekerja itu serta cara dan bila
kerja itu dilakukan
T Terdapat konsep “master” and “servant”
T Cth kes: Cassidy vs Minister of Health
a)
Pihak
pengurusan masih lagi mempunyai kawalan ke atas doktor itu kerana ia merupakan
pihak yang melantik, memilih serta mengambil doktor ini untuk memberikan
rawatan kepada mereka yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut
b) Ia berhak untuk membuat kawalan ke atas doltor itu dengan
membuat peraturan mengenai perkara yang berkaitan dengan rawatan pesakit
selepas pembedahan, penyaluran maklumat dan aduan serta perkara-perkara lain
yang boleh dilakukan oleh seorang doktor
T Cth: Bata Shoe Co (Malaya) Ltd vs Employees Provident
Fund Board
Ujian Multiple
T Melihat sama ada kerja itu boleh dilakukan oleh orang
lain . Jika boleh, maka ia bukan kontrak pekerjaan kerana kontrak pekerjaan
adalah kontrak berbentuk peribadi
T 3 prinsip
a)
Terdapat
pembayaran @ upah oleh majikan kepada pekerjanya
b) Pekerja tertakluk kepada kawalan mencukupi oleh majikan
yang meliputi kuasa untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan, penyediaan
peralatan, masa dan tempat kerja
c)
Peruntukan
lain di dalam kontrak itu mestilah selaras dengan ianya menjadi satu kontrak
pekerjaan (terma dan syarat kontrak pekerjaan)
Hakikat Ekonomi
T Ujian ini digunakan untuk menentukan status seseorang
yang bekerja dalam konteks bukan tradisional
a)
Siapakah yang
menyediakan peralatan pekerjaaan?
b) Adakah dia mengambil pekerja lain untuk membantunya?
c)
Sejauhmanakah
dia terlibat dalam risiko kewangan berkaitan dengan perniagaan itu?
d) Sejauhmanakah dia terlibat dalam pelaburan dan
pentadbiran perniagaan itu?
e)
Sejauhmanakah
peluangnya untuk mendapatkan keuntungan daripada perniagaan itu?
Obligasi Bersama
T Adanya satu obligasi berterusan di pihak majikan untuk
menyediakan kerja serta membayar upah kepada pekerjanya dan obligasi di pihak
pekerja adalah untuk melakukan kerja yang telah diberikan kepadanya
T Obligasi dikatakan wujud kerana adanya hubungan yang
telah lama terjalin di antara kedua-dua pihak yang membangkitkan andaian bahawa
kedua-duanya mempunyai perhubungan pekerja dan majikan
Peranan Majikan
T Bayar upah untuk kerja yang dilakukan
T Menyediakan peralatan
T Melantik dan memecat pekerjanya
T Mengawal kerja yang dilakukan oleh pekerjanya
T Mempunyai kawalan munasabah ke atas pekerjanya
Sumber Terma Kontrak Pekerjaan
T Terma dan syarat kontrak pekerjaan boleh didapati dalam
dokumen yang dikenali sebagai sumber terma dan syarat untuk kontrak pekerjaan
T Tidak terhad kepada satu dokumen tetapi boleh terdiri
daripada dokumen yang dirujuk secara nyata dan tersirat
T Dokumen itu akan memberikan hak kepada pekerja itu berkaitan
dengan pekerjaanya
Surat Pelantikan
T Merupakan dokumen pertama yang menjadi sumber terma bagi
satu kontrak pekerjaan yang mengikat kedua-dua pihak
T Antaranya: Nama jawatan, status jenayah, jumlah upah, jam
bekerja dan jumlah hari bekerja, jumlah cuti tahunan, fasal penamatan kontrak,
tempoh percubaan dan fasal am
Terma
T Selepas menghantar borang permohonan jawatan, temu duga
akan diaturkan
T Semasa temu duga, perbincangan akan dibuat berkaitan
dengan upah, sifat pekerjaan, insentif kewangan lain, jam bekerja serta cuti
tahunan akan dibincangkan
T Perkara-perkara yang dibincangkan ini jika dipersetujui
bersama akan menjadi terma kepada kontrak pekerjaan yang dibuat
T Terma ini hanya boleh diubah dengan persetujuan
bersama-sama
T Kegagalan mematuhi terma boleh menyebabkan kontrak itu
ditamatkan
Syarat
T Suatu arahan yang diberikan oleh majikan kepada pekerja
T Majikan tidak perlu mendapatkan persetujuan pekerjanya
jika ingin mengubah syarat
T Cth: Pekerja perlu pakai pakaian seragam pada setiap hari
Rabu. Jika majikan ingin bertukar ke hari lain, maka ia tidak perlu mendapat
persetujuan pekerjanya
Terma Tersirat
T Terma yang begitu penting untuk sesuatu kontrak pekerjaan
menyebabkan kedua-dua pihak merasakan bahawa tidak perlu dinyatakan secara
nyata
T Akta dan amalan @ adat
T Terma
tersirat untu majikan
a)
Tidak boleh
mengarahkan pekerja melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang
b) Tugas majikan untuk menyediakan kerja untuk pekerjanya
c)
Menyediakan
sistem bekerja yang selamat
T Terma
tersirat untuk pekerja
a)
Sentiasa berlaku
jujur dan suci haru terhadap majikannya
h Sifat pekerjaan pekerja itu (kedudukan seseorang pekerja
dalam organisasi majikannya)
h Jenis maklumat (kategori maklumat yang dikenali sebagai
rahsia tred)
b) Untuk membuat penzahiran mengenai maklumat rahsia majikannya
c)
Untuk
melakukan kerjanya dengan berhati-hati
Terma Nyata
T Merujuk kepada terma-terma yang disebutkan di dalam
dokumen-dokumen yang menjadi sumber terma kepada kontrak pekerjaan anda
T Terma nyata
tidak berbentuk kewangan
a)
Kontrak
pekerjaan hendaklah bertulis
b) Fasal penamatan
h 4 minggu notis (Untuk pekerja yang bekerja kurang
daripada 2 tahun)
h 6 minggu notis (Untuk pekerja yang bekerja lebih daripada
2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun)
h 8 minggu notis (Untuk pekerja yang bekerja lebih daripada
5 tahun)
c)
Hari rehat
h 1 @ 2 hari
h Jika diminta bekerja, maka majikan perlu membayar 2 kali
ganda
d) Jam bekerja
h 8 jam sehari @ 40 jam seminggu
h Jika bekerja lebih daripada waktu ini, pekerja dikatakan
bekerja lebih masa
e)
Hari
kelepasan
h Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan YDPA, Raja-raja @ Yang
Dipertua Negeri, Hari Pekerja, Hari Malaysia
f)
Cuti tahunan
h Bergantung kepada tempoh bekerjanya
g)
Cuti sakit
h 14 hari (Untuk pekerja yang bekerja kurang daripada 2
tahun)
h 18 hari (Untuk pekerja yang bekerja lebih daripada 2
tahun tetapi kurang daripada 5 tahun)
h 20 hari (Untuk pekerja yang bekerja lebih daripada 5
tahun)
h)
Cuti
bersalin
h 60 hari paling minumum
i)
Cuti ehsan
h Jika berlaku kematian @ bencana
j)
Cuti
kebapaan
h Apabila isteri bersalin, suami diberi 3 hari cuti
T Terma nyata
berbentuk kewangan
a)
Upah (elaun
makanan semasa kerja lebih masa)
b) Bayaran upah untuk kerja lebih masa (kerja lebih masa
pada hari biasa, hari rehat, hari kelepasan)
c)
Elaun
bersalin
Penamatan dengan Notis
T Majikan boleh beri notis kepada pekerja untuk menamatkan perkhidmatan
pekerja
T Kesalahan: Ingkar, tidak hadir bekerja (tanpa memaklumkan
kepada majikan), tidak dengar nasihat (perbuatan-perbuatan jenayah), cuai dalam
menjalankan tugas, mabuk semasa bekerja, mencuri harta majikan, tidak ikut
arahan-arahan yang sah
Penamatan tanpa Notis
T Kes-kes yang serius
T Boleh dibuat sekiranya salah satu pihak telah memecah
mana-mana terma dengan sengaja dalam kontrak pekerjaan
T Cth: melanggar peraturan, melakukan jenayah
Penamatan dengan Membayar Upah sebagai Ganti Notis
T Apabila majikan gagal memberi notis penamatan
Penamatan Kontrak Tempoh Tetap
T Kontrak akan tamat apabila sudah sampai tempoh
T Kontrak pekerjaan dibuat untuk tempoh tertentu
T Bersifat sementara
Penamatan atas Sebab Pekerja Berlebihan
T Ada syarat: Pekerja asing mesti diberhentikan dulu, “last
in, first out”
Penamatan Kontrak sebab Tukar Majikan
T Majikan telah bertukar dan majikan baru tidak mahu
pekerja tersebut maka ia telah ditamatkan kontrak
T Majikan berpindah ke tempat lain
Penamatan Kontrak atas Sebab Khas
T Perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu
T Jika didapati ada kesalahan, baru bagi notis
T Tindakan salah laku pekerja
Remedi untuk Pekerja
1. Tuntutan di
bawah kontrak
T Tempoh notis penamatan yang diberikan adalah tidak
mencukupi
2. Aduan kepada
Ketua Pengarah Buruh
T Penamatan kontrak atas sebab-sebab khas
3. Aduan kepada
Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan
T Pekerja haruslah diambil bekerja semula
T Bayaran ganti rugi
Siasatan Domestik
T Diadakan adalah untuk memastikan kebenaran tuduhan salah
laku pekerja dan memberi peluang kepada pekerja untuk membela diri selaras
dengan prinsip keadilan asasi/semula jadi
T Mengelakkan majikan daripada dikecam menjatuhkan hukuman
dengan niat jahat dan melakukan penganiayaan terhadap pekerja
Comments
Post a Comment