Skip to main content

Kerja Sosial dengan Individu dan Keluarga: Pengurusan Kes

PENGURUSAN KES
Definisi
] Satu set langkah-langkah logik dan satu proses interaksi dalam satu rangkaian perkhidmatan untuk memastikan seseorang klien menerima perkhidmatan yang diperlukan secara sokongan penuh, berkesan dan kos efektif
] Strategi di peringkat klien untuk membangunkan @ menggalakkan kordinasi perkhidmatan manusia, peluang dan kebaikan
] Satu cara menyediakan bantuan untuk memenuhi keperluan dengan meletakkan tanggungjawab penilaian dan kordinasi perkhidmatan kepada pekerja sosial

Matlamat
1.    Untuk memenuhi keperluan penjagaan individu melalui penggunaan sumber secara berkesan
2.   Untuk memulihkan dan mengekalkan ketidakbergantungan dengan membolehkan individu hidup dalam masyarakat seberapa yang boleh
3.   Untuk mencegah @ mengurangkan kesan-kesan negatif akibat kurang upaya, penyakit penderitaan mental di semua peringkat umur
4.   Mendapatkan peluang saksama untuk semua orang
5.   Memupuk  pilihan individu sendiri dan penentuan kendiri yang berdasarkan kepada kekuatan individu dan sumber-sumber sedia ada
6.   Memupuk sifat perkongsian di antara pengguna/klien, penjaga dan pembekal perkhidmatan dalam semua sektor

Fungsi Pengurusan Kes
1.  Menerbitkan maklumat
] Membuat pengumuman tentang keperluan-keperluan yang diberi bantuan
] Menentukan peruntukan
] Membuat rancangan dalam menyediakan bantuan untuk memenuhi keperluan
2.  Menentukan tahap penilaian
] Mengenal pasti lebih awal tentang keperluan klien
] Memadankan keperluan klien dengan tahap penilaian yang sesuai
3.  Penilaian Keperluan
] Memahami individu
] Mengaitkan keperluan individu dengan dasar dan keutamaan agensi
] Membentuk objektif yang sesuai dengan intervensi
4.  Perancangan Program Penjagaan
] Mencapai persetujuan tentang cara-cara yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan melalui perundingan
] Menggabungkan objektif yang dipersetujui dalam program penjagaan individu
] Program untuk setiap individu berlainan
5.  Pelaksanaan Program Penjagaan
] Memperoleh sumber-sumber @ perkhidmatan yang diperlukan
6.  Pengawasan
] Memberi sokongan dan mengawal pelaksanaan program penjagaan secara konsisten dan berterusan
7.  Penilaian Semula
] Menilai semula keperluan dan hasil perkhidmatan yang diberikan
] Membolehkan program penjagaan diperbaiki mengikut keadaan dan masa
] Jika keadaan bertambah baik, penilaian semula program dilakukan bagi menentukan sama program tersebut perlu diteruskan @ ditamatkan



Pengurusan Kes: Kanak-kanak, Keluarga dan Remaja
1.    Keluarga kontempori
2.   Penganiayaan kanak-kanak
3.   Perkhidmatan kebajikan kanak-kanak
4.   Kerja sosial di sekolah
5.   Perkhidmatan khas untuk remaja

Keluarga Kontempori
1.  Variasi Bentuk Keluarga
a)   Single-parent families
b)  Blended families
c)   Gay and lesbians families
d)  Multigenerational families
e)   Grandparent-headed families
2.  Fungsi Keluarga
a)   Economic production
b)  Childbearing
c)   Childrearing
d)  Child education
e)   Socialization
3.  Peranan Keluarga
a)   Menyediakan keperluan-keperluan asas kepada anak-anak mereka
b)  Merangsang intekel, pembangunan rohani dan sosial anak-anak
c)   Mensosialisasikan anak-anak mereka dengan menyediakan interaksi keluarga yang sesuai dan disiplin

Penganiayaan Kanak-kanak
1.    Penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian kanak-kanak
2.   Kesan penganiayaan kanak-kanak
] Emosi yang celaru
] Mengelak dari hubungan yang rapat
] Bertingkah laku agresif dan provokasi
] Bermasalah dalam proses pembelajaran
] Berfikiran negatif pada diri sendiri (motivasi yang rendah)

Perkhidmatan Kanak-kanak
1.  Perkhidmatan Sokongan (Support)
] Rumah adalah tempat terbaik untuk mengasuh dan membesarkan kanak-kanak
] Diberi dalam konteks rumah mereka sendiri
] Untuk menyokong dan meningkatkan kemampuan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam penjagaan anak-anak mereka
] Khidmat kaunseling di rumah @ pusat-pusat komuniti untuk dapat kaunseling
] Antara perkhidmatan seperti klinik bimbingan ibu bapa dan anak-anak (mempromosikan bagaimana untuk membentuk hubungan yang sesuai untuk ibu bapa dan anak-anak)
] Menyokong peranan ibu bapa dan masyarakat dalam membesarkan kanak-kanak
2.  Perkhidmatan Tambahan (Supplementary)
] Dapat mengasuh dan mendidik anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa sepanjang mereka berada di tempat kerja
] Untuk membantu mencukupkan apa yang tidak cukup
] Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, keluarga dan klinik bimbingan kanak-kanak untuk membantu mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak
] Juga berusaha untuk mengkukuhkan dan meningkatkan peranan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi mereka tidak ambil alih tugas dan peranan sebenar ibu bapa
] Disediakan di luar sistem keluarga
] Bantuan kewangan, RMT di sekolah
] Perkhidmatan pampasan pekerjaan ibu bapa
] Insurans penggangguran, insurans warga tua kurang upaya bagi mengekalkan pendapatan mereka
3.  Perkhimatan Perlindungan (Protection)
] Untuk merawat, memulihkan kanak-kanak yang didera dan diabai
] Juga disediakan untuk kanak-kanak yang miskin serta kanak-kanak yang tidak terkawal
] Untuk melindungi kanak-kanak yang didera dan diabaikan oleh ibu bapa
] Untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang tidak mampu dijaga oleh ibu bapa mereka
4.  Perkhidmatan Pembantu Rumah (Homemaker)
] Agar kanak-kanak dari keluarga yang bermasalah boleh hidup bersama keluarga merek di rumah sendiri
] Bertujuan untuk membantu keluarga yang gagal menjalankan peranan rumah tangga
] Mengupah pembantu untuk bertugas di rumah yang bermasalah
] Tugasnya adalah untuk menjaga anggota keluarga yang memerlukan penjagaan (Cth: Isteri yang lumpuh, tidak dapat menjalankan peranan mereka dengan baik seperti masak, maka pembantu rumah diupah untuk tolong masak dan jaga anak-anak)
] Melakukan kerja yang tidak boleh dilakukan oleh anggota keluarga
5.  Perkhidmatan Jagaan Harian (Day Care)
] Pertambahan golongan wanita yang bekerja
] Maka pusat jagaan harian adalah sangat penting untuk menjaga kanak-kanak yang ibu bapa mereka bekerja
] Untuk memenuhi keperluan keluarga seperti memanjangkan masa operasi kepada golongan pekerja yang bekerja mengikut “shift” sebagai tempat untuk meninggalkan anak-anak mereka dalam tempoh masa tertentu sahaja @ bila-bila masa apabila perlu bekerja
] Memberi jagaan kepada kanak-kanak untuk satu tempoh masa yang tertentu
] Cth: Tadika yang menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang serta jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni
] Hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni
6.  Perkhidmatan Jagaan Harian (Substitute Care)
] Anak yatim, anak yatim piatu akan dijaga oleh saudara lain
] Rawatan gantian sementara waktu
] Menempatkan kanak-kanak di institusi tertentu
] Perkhidmatan tertentu sehingga isu itu selesai
] Sekiranya keadaan keluarga sukar diubah @ tidak boleh diubah, maka perkhidmatan gantian akan diteruskan
] Keadaan ini menyebabkan berlakunya perpisahan sementara
] Terdapat 2 iaitu perkhidmatan jagaan kekal/pengangkatan dan jagaan gantian sementara/foster family care
] Dihantar ke institusi (Cth: Sekolah Tunas Bakti)

Perkhidmatan untuk Remaja
1.    Remaja hamil
2.   Remaja bunuh diri
3.   Remaja lari dari rumah
4.   Masalah pemakanan


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa