Skip to main content

Sosiologi: SOSIALISASI

DEFINISI SOSIALISASI
¯  Merupakan proses di mana kita mempelajari tentang cara-cara masyarakat kita
¯  Proses sepanjang hayat di mana kita mempelajari tentang jangkaan sosial dan bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain
¯  Semasa sosialisasi, kita juga belajar bagaimana untuk berjalan, bercakap serta cara makan
¯  Untuk menyesuaikan diri kita dengan norma-norma serta tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat
¯  Di mana individu yang memperoleh identiti diri dan kemahiran fizikal, mental dan sosial yang diperlukan untuk terus hidup dalam masyarakat


DEFINISI “NATURE” DAN “NURTURE”
¯  “Nature” merupakan sesuatu yang semula jadi. Pemindahan ciri-ciri daripada nenek moyang kepada keturunan mereka melalui gen
¯  “Nurture” persekitaran yang memberi seseorang untuk mengenali dirinya sendiri serta membentuk identiti serta personalitinya


EJEN SOSIALISASI
1.  KELUARGA (THE FAMILY)
¯  Merupakan salah satu ejen sosialisasi yang penting bagi kita terutamanya kanak-kanak atau bayi
¯  Ahli keluarga seperti ibu bapa merupakan insan terdekat dengan anak-anak
¯  Anak-anak mendapat pengetahuan, pengalaman, belajar bahasa dan memahami perhubungan dengan ibu bapa, adik-beradik dan orang lain dalam kehidupan mereka
¯  Sejak kecil, kita bergantung kepada ibu bapa untuk hidup
¯  Ibu bapa yang akan banyak mengajar kita tentang pelbagai hal seperti peranan, norma, kepercayaan dan lain-lain
¯  Ibu bapa juga yang akan mengajar kita bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat serta bertingkah laku bersesuaian dengan norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat
¯  Merupakan kumpulan primer bagi setiap individu
¯  Keluarga yang akan membentuk personaliti serta tingkah laku anak-anak
¯  Mempunyai tanggungjawab yang besar dalam proses menyampaikan budaya seperti nilai dan norma kepada ahli baru
¯  Yang akan membentuk konsep diri iaitu sikap, minat, matlmat, kepercayaan dan prejudis
¯  Kanak-kanak mempelajari secara tidak sedar tentang tingkah laku dicipta oleh orang-orang dewasa yang terdapat dalam keluarga
¯  Di mana kita mempelajari apa yang ditetapkan oleh budaya tentang tingkah laku serta sikap yang sepatutnya untuk lelaki dan perempuan
¯  Cth: Sosialisasi gender – lelaki diajar bagaimana untuk menjadi maskulin dan bagi perempuan pula bagaimana untuk menjadi feminin
¯  Sosialisasi peranan seks juga merupakan salah satu peranan penting keluarga
¯  Untuk membezakan kanak-kanak kedudukan sosial (social position) seperti kelas sosial, agama, ras dan etnik
¯  Kelas sosial keluarga kita adalah berkaitan dengan banyak nilai-nilai dan orientasi kita terhadap dunia
¯  Ibu bapa kelas pekerja menekankan tingkah laku yang bersesuaian dalam memelihara anak-anak mereka manakala ibu bapa kelas menengah pula biasanya bersikap lebih bertolak ansur terhadap tingkah laku dan menunjukkan perhatian yang lebih besar untuk niat dan motivasi yang menjadi asas kepad tingkah laku anak-anak mereka
2.  SEKOLAH
¯  Tujuan utama sekolah adalah memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak
¯  Namun, di sekolah kanak-kanak akan belajar berinteraksi dengan orang lain yang bukan berasal daripada kumpulan primer mereka dan juga daripada latar belakang yang berlainan
¯  Kanak-kanak bukan sahaja belajar tentang akademik tetapi mereka juga belajar kemahiran sosial melalui interaksi sosial dengan guru, kakitangan sekolah serta pelajar-pelajar lain
¯  Pada masa yang sama, kanak-kanak akan menghadapi kepelbagaian sosial di mana mereka akan lebih sedar kategori sosial mereka
¯  Cth: Kanak-kanak Chinese lebih suka bergaul dengan budak-budak Chinese yang lain dan mereka akan membentuk kumpulan bermain yang berdasarkan etnik
¯  Awal persekolahan, kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk membaca, menulis dan mengira
¯  Dalam sekolah menengah dan kolej pula, mereka akan diajar dengan pengetahuan yang lebih khusus serta kemahiran yang diperlukan untuk berperanan dalam masyarakat industri yang kompleks
¯  Selain memberi pengetahuan dan kemahiran, kanak-kanak juga belajar tentang kepentingan budaya
¯  Cth: Aktiviti sekolah seperti “spelling bees” dan aktiviti sukan mengajar kanak-kanak tentang nilai kemenangan serta jadi seorang yang daya saing
¯  Belajar tentang peranan jantina
¯  Cth: Pelajar lelaki digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan “outdoor” manakala pelajar perempuan pula melibatkan diri mereka dengan aktiviti yang tidak begitu aktif dan lasak, menolong cikgu mereka melakukan kerja mengemas
¯  Sekolah juga membantu kanak-kanak untuk belajar untuk hidup dalam masyarakat yang besar dan menolong mereka untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk berjaya dalam peranan orang dewasa
3.  RAKAN SEBAYA (PEER GROUPS)
¯  Orang yang mempunyai minat yang sama dan kedudukan sosial yang biasanya umur yang sama
¯  Rakan sebaya bagi budak kecil ialah anak jiran yang kemudiannya bertukar kepada rakan-rakan sekolah
¯  Membenarkan kanak-kanak yang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti tanpa pengawasan daripada orang dewasa
¯  Orang muda lebih suka berada dengan rakan sebaya mereka kerana dapat melarikan diri daripada tanggungjawab yang diberikan oleh guru dan ibu bapa kepada mereka
¯  Kanak-kanak mempunyai kebebasan dan juga dapat pengalaman yang bernilai
¯  Juga menyediakan peluang untuk ahli berbincang pasal kepentingan yang mungkin tidak boleh dikongsi bersama ibu bapa (Cth: pakaian dan muzik)
¯  Topik-topik yang ingin dielakkan daripada ibu bapa dan guru seperti dadah dan seks
¯  Kebebasan yang terdapat dalam rakan sebaya membolehkan aktiviti dan pembelajaran yang tidak akan dibiarkan orang dewasa
¯  Hal ini yang menyebabkan ibu bapa sangat ambil berat rakan anak-anak mereka. Ibu bapa lebih suka jika anak-anak mereka berkawan dengan orang yang mempunyai latar belakang yang sama
¯  Rakan sebaya memberi sokongan emosi dan juga sokongan moral

4.  MEDIA MASSA DAN TEKNOLOGI
¯  Media massa merupakan saluran komunikasi yang ditujukan kepada khalayak ramai dalam sesebuah masyarakat
¯  Teknologi merupakan cabang ilmu yang berkaitan dengan penciptaan dan penggunaan cara teknikal dan perkaitan mereka dengan kehidupan masyarakat dan alam sekitar, melukis atas subjek seperti seni industri, kejuruteraan, sains gunaan dan sains tulen
¯  Televisyen, radio, surat khabar, majalah, internet, permainan video
¯  Memberikan maklumat serta juga dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku kita
¯  Televisyen mempunyai pengaruh yang besar kepada kanak-kanak
¯  Menonton televisyen telah menjadi rutin kehidupan kanak-kanak
¯  Kanak-kanak mungkin menghabiskan lebih banyak masa dengan menonton televisyen daripada berinteraksi dengan ibu bapa
¯  Televisyen telah menjadi salah satu media massa yang mempunyai kuasa ke atas proses sosialisasi
¯  Televisyen bukan sahaja menghiburkan kita malah ia juga memberi kesan ke atas sikap dan kepercayaan kita
¯  Cth: Kanak-kanak akan dapat melihat bagaimana televisyen menunjukkan tentang peranan gender yang perlu diikuti oleh lelaki dan perempuan
¯  Cth: permainan video yang ganas dan beraksi akan menyebabkan kanak-kanak membesar dengan personaliti yang ganas
5.  AGAMA
¯  Satu sistem kepercayaan yang biasanya melibatkan penyembahan kuasa ghaib atau mahkluk
¯  Agama boleh mempengaruhi nilai dan kepercayaan seseorang
¯  Mempengaruhi cara pemikiran
¯  Mempunyai rumah-rumah ibadat, kuil, tokong, masjid
¯  Komuniti yang mengamalkan agama yang sama akan berkumpul untuk beribadah dan belajar
¯  Tempat-tempat ini mengajar peserta bagaimana untuk berinteraksi dengan budaya material
¯  Dapat membentuk peranan gender seseorang

JENIS-JENIS SOSIALISASI
1.  SOSIALISASI PRIMER (PRIMARY SOCIALIZATION)
¯  Berlaku di awal kehidupan iaitu zaman bayi, kanak-kanak dan remaja
¯  Selalunya tentang nilai, norma, sikap dan budaya yang disosialisasikan oleh keluarga dan rakan-rakan
¯  Pendedahan awal mengenai aspek persekitaran sosial seperti nilai, norma, moral, sikap dan lain-lain
¯  Bermula sebelum alam persekolah sehingga akhir hayat
¯  Oleh ibu bapa, rakan dan orang yang terdekat
2.  SOSIALISASI SEKUNDER (SECONDARY SOCIALIZATION)
¯  Tingkah laku kita disosialisasikan oleh ajen sosialisasi iaitu sekolah, media massa, agama dan lain-lain
¯  Mengajar kita bagaimana hendak bertingkah laku seperti manusia mengikut norma-norma yang telah telah ditetapkan oleh masyarakat


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa