The Looking-Glass Self
[ Dipelopori oleh Charles Horton Cooley
[ Percaya bahawa kita mengetahui atau mengenali diri kita
dengan berinteraksi dengan orang lain
[ Proses memperoleh konsep kendiri mempunyai tiga frasa
1.
Kita membayangkan
bagaimana kita menampilkan diri kepada orang lain
2.
Kita membayangkan
bagaimana orang lain menilai diri kita
3.
Kita akan
mempunyai beberapa perasaan tentang diri kita seperti hormat atau malu akibat
daripada penilaian atau tanggapan tersebut
[ Cth: Cikgu kritik saya bahawa apa yang saya jawab itu
tidak betul. Cikgu mesti rasa saya ini amat bodoh. Saya juga turut berasa
bahawa diri ini sangat bodoh. Maka, harga kendiri saya pun akan turun atau
jatuh. Namun, jika saya mendapat A dapat subjek tersebut, maka saya tidak akan
rasa yang saya ini bodoh lagi
Stages of The Self
[ Diasaskan oleh George Herbert Mead
[ Diri ini hanya akan berkembang dengan pengalaman sosial
(pertukaran simbol)
[ Peringkat-peringkat tersebut adalah
1. Peringkat
Persediaan (The Preparatory Stage)
Kanak-kanak meniru orang di sekelilingnya terutamanya
ahli keluarga. Cth: Apabila ahli keluarga seperti ibu mencuci pinggan, maka
kanak-kanak pun teringin mencuci pinggan. Kanak-kanak juga belajar pasal simbol
dan bahasa yang digunakan untuk berinteraksi dengan orang lain melalui ahli
keluarga mereka
2. Peringkat Bermain
(The Play Stage)
Apabila kanak-kanak telah belajar kemahiran berkomunikasi
melalui simbol-simbol, maka mereka berpura-pura menjadi orang lain. Mereka juga
akan menjadi semakin sedar pasal hubungan sosial. Cth: Kanak-kanak mungkin akan
mula ingin menjadi superhero, superman, doktor, jururawat dan lain-lain. Di
sini jugalah mereka akan belajar tentang peranan masing-masing
3. Peringkat
Permainan (The Game Stage)
Kanak-kanak yang berusia 8-9 tahun. Di peringkat ini,
kanak-kanak tidak lagi hanya memainkan peranan tetapi mereka juga sudah mula
mempertimbangkan beberapa tugas sebenar mereka dan hubungan secara serentak.
Cth: Di dalam permainan bola sepak, semua orang harus tahu peranan dan
kedudukan mereka. Mereka juga lebih memahami tentang sesuatu pekerjaan
Comments
Post a Comment