Contoh Soalan:
1. Dalam
melihat ketaksamaan, aspek kemiskinan adalah isu penting. Huraikan apakah itu
kemiskinan dan bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan berlaku
dalam masyarakat.
2. Isu
kemiskinan adalah antara isu yang menyumbang kepada seinambungan dalam aspek
ketaksamaan masyarakat. Gariskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
kemiskinan dalam masyarakat kini.
3. “Kemiskinan
menyebabkan kebuluran. Tidak semua orang miskin yang lapar tetapi hampir semua
orang yang lapar adalah miskin.” Bincangkan dan jelaskan tentang kenyataan ini
dan cadangkan cara-cara bagaimana kita dapat menangani isu kemiskinan.
4. Dalam
melihat ketaksamaan, aspek kemiskinan adalah antara indikator utama dalam
melihat kedudukan masyarakat. Walaupun begitu, ada yang mengatakan kemiskinan
hanya wujud dalam fikiran. Huraikan apakah itu kemiskinan dan bincangkan
faktor-faktor yang menyumbang kepada kemiskinan bandar.
Kemiskinan
@ Adalah
kelaparan, kekurangan tempat perlindungan, sakit dan tidak dapat berjumpa
dengan doktor, tidak mendapat pendidikan dan buta huruf, tidak mempunyai
pekerjaan, berasa takut dan bimbang terhadap masa depan, tidak berkuasa,
kekurangan kebebasan dan perwakilan
@ Satu
keadaan kekurangan untuk mendapatkan keperluan hidup yang asas dan sosial
@ Seseorang
yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup
yang mencukupi
@ Kesukaran
dari segi ekonomi atau sumber material dan juga merangkumi pencabulan maruah
manusia
Kemiskinan
Tegar
ù Kemampuan
memperolehi pendapatan yang minimum untuk meneruskan kehidupan
ù Keadaan
di mana keperluan asas kehidupan seseorang adalah tidak mencukupi seperti
makanan, perlindungan, kesihatan dan perumahan sehingga mereka mengalami
kesusahan untuk meneruskan kehidupan
ù Dikaitkan
dengan kelaparan dan kebuluran
ù Bank
Dunia menetapkan kemiskinan tegar adalah individu atau isi rumah yang hanya
mendapat wang kurang US1/hari (berasaskan kuasa membeli)
ù Di
Malaysia, Pendapatan Garis Kemiskinan digunakan (makanan dan bukan makanan)
ù Sesebuah
isi rumah dianggap miskin tegar sekiranya pendapatan isi rumah kurang daripada
PGK makanan
Kemiskinan
Relatif
ù Kemampuan
untuk memperolehi keperluan terhadap aspek ekonomi, sosial, politik dan budaya
bagi menikmati kehidupan yang boleh diterima di sesebuah masyarakat bandar
ù Akan
terus wujud selagi taraf kehidupan tidak mencapai sesuatu tahap kehidupan yang
boleh diterima sebagai munasabah berasaskan keperluan-keperluan semasa dalam
masyarakat
ù Kelas
bawahan boleh mengalami kemiskinan relatif apabila mereka tidak berupaya untuk menikmati
kualiti kehidupan pada umumnya diterima oleh masyarakat sebagai taraf kehidupan
munasabah
ù Pengukuran
kemiskinan relatif adalah berdasarkan kepada:
Z
Jurang ketaksamaan yang wujud dalam agihan
sumber-sumber ekonomi dan peluang-peluang yang menghasilkan kemiskinan
Z
Satu masalah yang timbul kerana kewujudan
ketaksamaan pendapatan yang ketara dalam masyarakat
Z
Keperluan kehidupan selain keperluan-keperluan
asas juga perlu meliputi keperluan-keperluan lain seperti budaya, sosial dan
emosi individu dan keluarga
Kemiskinan Bandar
{
Fenomena yang melibatkan pelbagai dimensi dan
tidak hanya dari sudut pendapatan atau kewangan
{
Melibatkan
F
Kurang akses untuk mendapatkan pinjaman bagi
menjalankan aktiviti ekonomi
F
Kurang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapat kerja
dan pendapatan tetap
F
Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah
F
Tidak mampu untuk memiliki/membeli rumah
F
Kemudahan untuk rekreasi dan hidup bermasyarakat
yang rendah
F
Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat dan
kualiti kemudahan awam yang rendah
Faktor-Faktor
Kemiskinan Bandar
1. Peluang pekerjaan yang terhad
©
Perebutan pekerjaan di bandar
©
Majikan lebih suka untuk mengupah pekerja asing
berbanding dengan pekerja tempatan kerana lebih menjimatkan kos
©
Pasaran buruh kini dibanjiri dengan
pekerja-pekerja asing yang murah
©
Sektor perindustrian dan pembinaan
©
Pekerja tempatan yang selalu meminta gaji yang
tinggi adalah kurang berdaya saing berbanding pekerja asing
©
Ramai mahasiswa/i yang mengganggur kerana tiada
pekerjaan selepas tamat pengajian
2. Pendapatan yang tidak mampu
menanggung kos sara hidup
ª
Kos sara hidup yang tinggi di bandar
ª
Pendapatan mereka adalah tidak seimbang dengan
perbelanjaan
ª
Kos sara hidup di bandar adalah terlalu tinggi dan
membebankan
ª
Kos sara hidup di bandar pula dipengaruhi oleh pelbagai
aspek seperti inflasi
3. Taraf Pendidikan yang Rendah
¨
Tiadanya ilmu pengetahuan, kemahiran
¨
Maka, masyarakat tidak mampu untuk memperbaiki
kehidupan mereka
¨
Tanpa ilmu pengetahuan, maka masyarakat tidak
dapat mencari pekerjaan yang mampu memberi mereka pendapatan yang tetap
¨
Kebanyakan pekerjaan di bandar memerlukan
kemahiran dan ilmu pengetahuan tertentu
¨
Cth: Pekerjaan dalam bidang jurutera memerlukan
kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tertentu
¨
Hal ini menyebabkan masyarakat yang tinggal di
bandar kurang dapat mencari pekerjaan yang sesuai kerana pendidikan mereka yang
rendah
4. Perumahan di bandar
§
Harga rumah di bandar adalah lebih tinggi
berbanding dengan rumah di luar bandar
§
Bagi masyarakat yang membeli rumah di kawasan
bandar, mereka memerlukan duit yang banyak
§
Wang mereka habis dengan menggunakannya untuk
membeli rumah di bandar
§
Selain itu, bagi masyarakat yang hanya bekerja
sebagai pencuci pinggan atau tukang sapu sahaja tidak mampu untuk membayar
rumah yang dibeli oleh mereka
§
Bagi yang sewa rumah pula, kadar sewa rumah adalah
mahal dan tinggi terutamanya bagi rumah yang berada di kawasan yang kosnya
adalah tinggi
5. Penghijrahan dari Luar Bandar
v
Kebanyakan penghijrah dari luar bandar merupakan
golongan yang tidak mempunyai kemahiran professional untuk mendapatkan
pekerjaan yang menguntungkan
v
Golongan ini juga dikatakan tidak mempunyai
maklumat dan pengetahuan dalam bentuk bantuan yang disediakan oleh
agensi-agensi kerajaan
v
Mereka dipinggir dari memperoleh maklumat dan
pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan
v
Terpinggir dari sistem sosial dan sistem ekonomi
bandar
Faktor
Kemiskinan di Luar Bandar
1. Had Pekerjaan
©
Kebanyakan pekerjaan di luar bandar adalah
tertakluk kepada sektor pertanian
©
Pelaksanaan dalam sektor pertanian adalah kurang
menyeluruh
©
Daya pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan
kemiskinan luar bandar tidak dapat diubah
©
Terabainya sektor pertanian di mana kerajaan tidak
mahu memajukan sektor pertanian sejak zaman penjajah lagi kerana sektor ini
dilihat sebagai tidak membawa keuntungan
2. Taraf Pendidikan yang Rendah
ª
Kadar buat huruf adalah lebih tinggi di kawasan
luar bandar
ª
Penduduk yang mempunyai pendidikan yang rendah
tidak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu untuk meningkatkan taraf
hidup mereka
3. Faktor Sejarah
¨
Pada zaman penjajah lagi, penjajah tidak berminat
untuk memajukan ekonomi-ekonomi yang terdapat di kampung
¨
Hal ini kerana mereka melihat ekonomi di kampung
ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada mereka
¨
Penjajah lebih berminat untuk memajukan ekonomi
yang bersifat perindustrian yang terdapat di bandar-bandar
¨
Menyebabkan kegiatan ekonomi di luar bandar adalah
ketinggalan berbanding dengan ekonomi di bandar
Cara
Untuk Mengatasi Kemiskinan
1. Pendidikan
©
Masyarakat haruslah mendapatkan pendidikan supaya
mereka dapat memenuhi diri mereka dengan ilmu pengetahuan
©
Ilmu ini penting supaya ia dapat dijadikan sebagai
salah satu landasan untuk mendapatkan pekerjaan
©
Hal ini kerana terdapat pekerjaan yang memerlukan
sesetengah ilmu
©
Cth: Untuk menjadi seorang cikgu matematik, maka
seseorang haruslah mempunyai pengetahuan dalam mengajar matematik
©
Cth: Seseorang yang ingin menjadi seorang
jurutera, maka ia haruslah mendapat pendidikan dalam bidang kejuruteraan
©
Ibu bapa juga haruslah menghantar anak-anak mereka
ke sekolah supaya anak-anak berpeluang untuk belajar
©
Kerajaan juga haruslah menyediakan
kemudahan-kemudahan supaya masyarakat yang miskin juga dapat mendapatkan
pendidikan (biasiswa)
2. Melengkapi diri dengan pelbagai
kemahiran
ª
Kemahiran merupakan salah satu cara yang dapat mengelakkan
seseorang untuk terjeremus dalam kemiskinan
ª
Dengan adanya kemahiran, maka seseorang orang
dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka
ª
Banyak institusi yang diwujudkan untuk melahirkan
belia-belia yang berkemahiran sama ada bumiputera ataupun bukan bumiputera
ª
Institusi ini adalah untuk melahirkan ramai belia
yang berkemahiran dan melayakkan mereka untuk berkhidmat dalam sektor
perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal-bakal
usahawan
ª
Memberi peluang kepada belia-belia yang tidak
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk berkhidmat di sektor swasta
ª
Cth: Kemahiran seperti memasak atau menjahit
3. Pembangunan kawasan pinggir
bandar
¨
Ramai yang berhijrah dari kawasan pinggir bandar
ke bandar adalah untuk mencari pekerjaan supaya dapat mengubah nasib diri dan
keluarga
¨
Namun, oleh sebab ramai yang tidak mempunyai
kelulusan yang tinggi menyebabkan mereka tidak mampu bersaing dan terus berada
dalam kemiskinan
¨
Langkah membangunkan kawasan pinggir bandar dapat
mengurangkan kadar aliran migrasi masuk tanpa kawalan ke pusat bandar
¨
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan
salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan migrasi penduduk luar bandar ke bandar
¨
RTC adalah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk
menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan
aktiviti-aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi
¨
Cth: Penduduk dapat menjual produk pertanian,
mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan,
mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus dan
berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan
¨
Penduduk kampung dapat menjana pendapatan melalui
penghasilan kerja tangan dan tanaman sayur-sayuran
4. Program karnival kerjaya
§
Memberi peluang kepada mereka yang belum mendapat
pekerjaan atau yang telah bekerja
§
Syarikat-syarikat yang menawarkan jawatan kosong
dalam pelbagai bidang mengikut kelulusan
§
Ramai golongan belia yang boleh merebut peluang di
karnival kerjaya ini
§
Dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam
kalangan belia
§
Dapat menarik minat belia yang tidak dapat mencari
pekerjaan
Comments
Post a Comment