Skip to main content

Gender dan Agama: Wanita dan Taoisme


Contoh Soalan
1)   Terangkan perhubungan gender yang terkandung dalam ajaran serta amalan Taoisme dalam kalangan penganutnya dalam konteks perubahan sosio-budaya dan politik sejarah negara China.

PENDAHULUAN
Taoisme diasaskan oleh Lao Tzu pada abad ke-6 sebelum masihi. Ajaran Lao Tzu ini dikaitkan dengan teks mistik dan falsafah Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Lao Tzu dikatakan merupakan penjaga arkib istana. Semasa beliau berumur 80 tahun, beliau telah menuju ke sempadan Barat China. Beliau telah menyaksikan bahawa kejadian rasuah semakin berleluasa, maka Lao Tzu berasa sangat kecewa kerana hidup manusia tidak berpandukan kepada jalan kebaikan semula jadi. Taoisme bersifat individualistik, mistik dan dipengaruhi oleh alam semula jadi.

Isi
1.  Tao Te Ching dan Chuang Tzu
  Menyokong keadaan semula jadi sebagai jalan untuk kebahagiaan
  Jalan yang misteri dan bersifat semula jadi ini dipanggil sebagai Tao
  Tao boleh dikenali dengan mengikut alam
  Tindakan seseorang haruslah secara spontan, semula jadi dan tanpa tujuan
  Tao Te Ching menggunakan imej feminin dan pandangan tradisi peranan wanita untuk menangani sikap lelaki yang mendominasi dan memusnah (agresif)
  Chuang Tzu pula menerangkan Tao dengan gambaran kisah-kisah benar dalam kehidupan pengamalnya
  Tao Te Ching ditujukan kepada pemerintah
  Tao yang misteri akan mengubah semua perkara secara spontan jika pemerintah tidak campur tangan dengan kelakuan yang menghalang
  Tao Te Ching menggunakan imej wanita untuk menyampaika ajaran Tao
  Tao yang kreatif, berkelakuan secara spontan dan tidak agresif digambarkan secara semula jadi
  Cth: Air (ketenangan), blok kayu yang belum diukir, anak wanita dan ibu
  Kedua-dua teks menerangkan jalan ke kebahagiaan dan cara yang berbeza
  Simbol-simbol yang digunakan ialah wanita dan tumpu kepada kaitan antara sistem reproduksi wanita dan kasih sayang ibu
  Tao sebagai ketidakwujudan (non-being) dianggap sebagai permulaan bagi semua perkara dan juga tempat di mana semuanya kembali
  Dalam ajaran Tao, kegelapan tidak dilihat sebagai negatif
  Kewujudan (being) dan ketidakwujudan kedua-duanya digambarkan melalui imej wanita
  Tao yang tidak wujud (non-being) melampaui kategori dan digambarkan oleh imej perempuan yang gelap dan misteri
  Tao yang wujud (being) adalah punca segala-galanya dan digambarkan oleh potensi anaknya yang tidak terbatas
  TTC memandang negatif terhadap pencapaian dan dominasi tamadun tradisi dominasi lelaki di China melalui buku, undang-undang dan pengembaraan
  Tao digambarkan sebagai kasih sayang ibu yang tidak membezakan dan ia juga menerima yang baik dan buruk dengan seadanya
  Peranan tradisi jantina dan perbezaan biologi diiktiraf tetapi tidak dilihat sebagai tetap


2.  Yin dan Yang
[ Yin merupakan bahagian yang gelap, sejuk dan lembap. Ia merupkan simbol wanita
[ Yang pula merupakan bahagian yang bercahaya, panas, dan kering. Ia merupakan simbol lelaki
[ Apa yang penting dalam Yin dan Yang bukanlah kemenangan ke atas yang lain tetapi ia menekankan keseimbangan
[ Konsep Yin dan Yang ini merupakan prinsip yang melengkapi antara satu sama lain
[ Walaupun Yin dilihat mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada Yang, namun Yang masih memerlukan Yin untuk memastikan keharmonian dan keseimbangan dapat dijaga
[ Kedua-dua Yin dan Yang adalah dualisme yang saling melengkapi untuk mengekalkan kewujudan masing-masing
[ Keseimbangan daya negatif Yin dan daya positif Yang
[ Cth: kerjasama antara wanita dan lelaki, musim sejuk dan musim panas, hujan dan matahari
[ Konsep Yin dan Yang melengkapi antara satu sama lain bersifat semula jadi

3.  Pandangan Terhadap Badan (View Of The Body)
  Syurga dan bumi adalah ayah dan ibu alam semesta dan kedua-duanya adalah penting
  Taoisme melihat badan dan seksualiti wanita secara positif
  Darah haid wanita dianggap sebagai berkuasa dan intipati boleh digunakan untuk memanjangkan hayat jika wanita itu pandai menjaganya dengan baik
  Air mani juga mempunyai fungsi yang sama kepada lelaki
  Kedua-dua cecair badan wanita dan lelaki adalah berharga kerana ia sebagai sumber kehidupan semula jadi dan juga kehidupan abadi
  Seksualiti manusia dianggap berharga dan diberi makna dari segi agama dan falsafah
  Badan wanita sebagai simbol kreativiti dalam Tao Te Ching dikekalkan dalam pergerakan keagamaan Taoisme
  Tao sebagai rahim pencipta yang gelap selalu diberi makna mitologikal
  Badan wanita dilambangkan sebagai kuasa kreatif Tao, ia boleh menjadi contoh kepada semua Taoist
  Dalam sesetengah keadaan, lelaki cuba untuk meniru ciri-ciri fizikal wanita
  Cth: Komen Hsiang-erh berkaitan dengan Tao Te Ching mengatakan lelaki perlu menanamkan sifat wanita

4.  Wanita Berkemahiran (Female Adepts)
ƒ  Teknik meditasi keagamaan Taoisme menunjukkan kuasa rohani tidak tertumpu kepada satu gender sahaja
ƒ  Roh yang menguasai dunia dalaman dan dunia luaran adalah lelaki dan wanita
ƒ  Sifat ketuhanan dikaitkan dengan wanita dan lelaki

5.  Dewi Wanita (Female Deities)
Y  Dewi-dewi wanita yang dikaitkan dengan Taoisme termasuklah Hsi Wang Mu (Ibu Permaisuri Bahagian Barat)
Y  Hsi Wang Mu dikatakan prihatin terhadap masalah wanita
Y  Cth: Beliau berdoa dalam ritual Taoisme untuk menghalau dewa Harimau Putih yang menyebabkan wanita keguguran
Y  Mazu (Mother Ancestor) pula bertindak sebagai pelindung kepada nelayan dan pelayar
Y  The Lord dan Lady of the bed disembah untuk kesuburan dan kebahagiaan perkahwinan
Y  The Scared Mother (Sheng Mu) atau Lady Mother (Niang Niang) melindungi wanita dan kanak-kanak serta dibantu oleh oleh dewi-dewi popular yang membawa anak-anak kepada wanita yang menyembahnya

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa