Skip to main content

Ketaksamaan Sosial: Konsep Ketaksamaan Sosial


 Contoh Soalan:
1.   Ketaksamaan adalah mengenai “Siapa (who) yang mendapat apa, Bagaimana (how) mereka mendapatnya dan Kenapa (why) mereka mendapatnya”. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada dua isu ketaksamaan dalam masyarakat.
2.  Ketaksamaan sosial merujuk kepada peluang tidak sama rata dan ganjaran yang berbeza untuk kedudukan sosial atau status yang berlainan dalam kumpulan atau masyarakat. Bincangkan tiga dimensi yang digunakan dalam menjelaskan isu-isu berkaitan ketaksamaan sosial.
3.  Isu ketaksamaan sosial wujud dalam hampir semua masyarakat dunia. Apakah ketaksamaan sosial dan bincangkan empat mekanisme yang sering digunakan oleh masyarakat dalam memastikan ketaksamaan sosial ini terus wujud.
4. Dalam membincangkan ketaksamaan sosial, terdapat tiga kriteria asas yang digunakan untuk mengukur tahap ketaksamaan. Senaraikan dan huraikan tiga kriteria asas tersebut dengan memberi contoh-contoh berkaitan.
5.  Dalam aspek kehidupan seseorang dalam sistem stratifikasi, setiap aspek kehidupan individu jelas memaparkan perbezaan kedudukan mereka. Huraikan empat aspek kehidupan yang sering dipengaruhi oleh aspek kedudukan individu.

Konsep Ketaksamaan
[ Keupayaan seseorang memperolehi atau mendapat pelbagai barangan atau sumber
[ Wujud dalam kebanyakan masyarakat
[ Persoalan tentang sejauhmanakah ketidaksamaan yang wujud dalam satu-satu masyarakat
[ Mengenai siapa yang mendapat apa? Bagaimana mereka mendapatnya? Kenapa mereka mendapatnya?

Konsep Ketaksamaan Sosial
[ Merujuk kepada kewujudan peluang tidak sama rata dan ganjaran yang berbeza untuk kedudukan sosial atau status berlainan dalam kumpulan atau masyarakat
[ Struktur dan pengulangan bentuk agihan tidak sama rata barangan, kekayaan, peluang, upah dan hukuman
[ Satu sistem stratifikasi yang berasaskan hierarki kuasa (keupayaan untuk mengarah tingkah laku orang lain), keistimewaan (maruah dan hormat) dan prestij (pendapatan, kekayaan dan harta)

Konsep Stratifikasi Sosial
[ Wujud dari satu generasi ke satu generasi dan kebanyakan ibu bapa mewariskan kedudukan sosial mereka kepada anak-anak
[ Cth: Seseorang yang dilahirkan dalam keluarga kerabat diraja, maka secara automatik akan mewarisi status kerabat diraja dan akan menikmati segala keistimewaan yang terdapat dalam keluarganya6
[ Satu bentuk karakteristik masyarakat yang bergenerasi dan dikekalkan menerusi kepercayaan yang wujud dalam kekayaan yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat
[ Merupakan satu sistem di mana masyarakat meletakkan kategori orang dalam hirarki
[ Satu sistem penyusunan taraf manusia berasaskan pewarisan kedudukan sosial

Ketaksamaan adalah mengenai:
[ Siapa yang mendapat apa (Who gets what?)
[ Bagaimana mereka mendapatnya (How they get it?)
[ Kenapa mereka mendapatnya (Why they get it?)

CARA UNTUK MENGUKUR KETAKSAMAAN SOSIAL
1. Ketaksamaan dalam Keadaan
| Merujuk kepada pengagihan tidak sama rata dalam pendapatan, kekayaan dan barangan material
| Cth: Perumahan (ketaksamaan keadaan di mana yang tiada rumah berada di hierarki bawah manakala bagi mereka yang tinggal di rumah mewah bernilai jutaan akan berada di tangga teratas dalam hierarki)

2. Ketaksamaan dalam Peluang
| Merujuk kepada pengagihan tidak sama rata peluang dalam kehidupan (life chances) antara seseorang individu dengan individu yang lain
| Cth: Pendidikan, pekerjaan, kesihatan, layanan daripada sistem keadilan jenayah
| Cth: Kenapa golongan atasan (kulit putih) lebih banyak mendapat peluang untuk mendapat kekayaan dan kejayaan berbanding dengan golongan bawahan (kulit hitam)
| Cth: Siapa yang akan berpeluang tinggi untuk didakwa di sistem keadilan jenayah? Miskin atau kaya? Kulit putih atau kulit hitam?

MEKANISME UNTUK MEMASTIKAN KETAKSAMAAN WUJUD
1. Penyingkiran (Exclusion)
©   Proses menyingkirkan seseorang dalam persaingan atau memberi upah tidak sama rata untuk hasil yang sama
©   Mereka yang mempunyai sumber akan membuat peraturan tentang apakah peraturan tersebut, siapa yang menjadi ahli kumpulan dan bagaimana upah akan diagihkan
©   Organisasi yang berlandaskan gender, kasta, kelas atau etnik di masa lampau membuat peraturan untuk menghadkan keahlian menerusi karakteristik tertentu
©   Cth: Golf club (hanya untuk orang kaya), Lion Club (hanya terdiri daripada orang Cina), Sukan (bola keranjang-lelaki, bola jaring-perempuan), Gaji (lelaki dapat lebih daripada perempuan walaupun kerja yang dilakukan adalah sama), Peluang pekerjaan (lelaki lebih diutamakan berbanding dengan wanita), Hospital swasta (selalunya hanya orang kaya sahaja yang mampu)

2. Pelumpuhan (Disabling)
ª   Proses berusaha menyakinkan mereka yang tidak mempunyai kelayakan atau karakteristik tertentu bahawa mereka tidak berupaya untuk bersaing dengan efektif
ª   Cth: Wanita dan orang tua telah diberitahu jangka masa yang lama bahawa mereka tidak cukup bijak untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu mahupun berjaya di peringkat pengajian yang tinggi
ª   Cth: Orang Kurang Upaya (masyarakat tidak menyediakan apa yang boleh digunakan oleh mereka)
ª   Cth: Orang dewasa dan kanak-kanak (kanak-kanak selalu diberitahu bahawa mereka tidak boleh melakukan apa yang dilakukan oleh orang dewasa kerana mereka tidak berkemampuan atau masih kecil lagi)

3. Pemisahan (Decoupling)
¨   Proses ini bertujuan memastikan bahawa mereka yang akan mendapat faedah tertentu menerusi informasi-informasi tertentu atau jaringan tertentu tidak akan berhubung dengan pihak-pihak terlibat
¨   Cth: Syarikat atau organisasi (tidak sedar berkaitan dengan peluang kenaikan pangkat, peluang untuk mengasah bakat atau meningkatkan prestasi, program-program latihan)

4. Penghadan/Kekurangan (Scarcity)
ª   Proses yang mana sumber-sumber diterhadkan
ª   Cth: Jawatan-jawatan tinggi dikurangkan, jawatan-jawatan kosong dihadkan, biasiswa untuk pelajar dikurangkan

Apabila seseorang ditentukan kedudukan dalam sistem stratifikasi, setiap aspek kehidupan mereka akan dipengaruhi:
1. Apakah makanan yang dimakan
T Cth: Nasi lemak (makan kat kafeteria atau hotel atau restoran)
T Cth: KFC, McDonald, The Chicken Rice Shop, Kenny Rogers
2. Di mana membeli belah
T Cth: Supermarket vs Night Market
T Cth: Midvalley vs Tesco
3. Pakaian yang dipakai
T Cth: Berjenama atau tidak berjenama
T Cth: Pakaian kanak-kanak (Guess Junior vs Pakaian yang dibeli di pasar malam-bundle)


4. Sekolah yang dihadiri
T Cth: Sekolah harian atau sekolah swasta atau sekolah antarabangsa
5. Pendapatan yang diperolehi
T Cth: Pendapatan yang tinggi vs Pendapatan yang rendah
6. Berapa lama (kualiti hidup) bertahan
T Cth: Bagi yang mempunyai kewangan dan peluang, kualiti hidup akan lebih baik daripada yang biasa
T Cth: Adanya wang, maka boleh mendapatkan nasihat berkaitan dengan penjagaan kesihatan dengan lebih baik atau apabila sakit, boleh mendapatkan ubat-ubatan yang lebih bagus dan berkesan (maka boleh hidup dengan lebih sihat berbanding yang tiada wang)
7. Pekerjaan
T Cth: Doktor vs Pengutip sampah (siapa yang dipandang tinggi? Siapa yang mendapat gaji lebih tinggi? Siapa yang lebih mulia?)
T Cth: Guru vs Pelajar, Pengurus syarikat vs Pekerja biasa

TEORI KETAKSAMAAN SOSIAL
1. Teori Fungsionalisme
µ Percaya bahawa ketidaksamaan tidak dapat dielakkan dan diperlukan serta memainkan fungsi yang penting dalam masyarakat
µ Bagi memperoleh kedudukan yang penting dalam masyarakat ianya memerlukan lebih banyak latihan, jadi ia adalah wajar ia menerima ganjaran yang lebih
µ Menurut pendekatan ini, ketaksamaan sosial dan stratifikasi sosial akan mendorong kepada aspek meritokrasi yang berlandaskan keupayaan seseorang
µ Menganggap ketaksamaan sosial menyumbang kepada kebaikan masyarakat agar masyarakat akan terus dapat berfungsi
µ Ini dilakukan menerusi sistem di mana tugasan, peranan dan tanggungjawab tertentu dijalankan oleh mereka yang sesuai
µ Ganjaran yang diperolehi oleh seseorang adalah setimpal dengan beban yang dipegang oleh mereka
µ Ketidaksamaan sosial dianggap fungsional kerana ianya bertindak sebagai satu bentuk mekanisme dalam mengagihkan ganjaran dan juga memotivasikan pekerja untuk berusaha melakukan yang terbaik

2. Teori Konflik
µ Ketaksamaan hasil daripada kuasa dominasi kumpulan-kumpulan tertentu ke atas kumpulan-kumpulan yang mempunyai kurang kuasa
µ Ketaksamaan sosial mencegah dan menghalang kemajuan masyarakat disebabkan oleh mereka yang mempunyai kuasa menindas mereka yang tidak mempunyai kuasa demi mengekalkan status quo
µ Masyarakat lebih cenderung kepada perbalahan dan konflik
µ Bagi golongan yang menduduki kedudukan sosial yang teratas, mereka mampu untuk menindas golongan bawahan dengan menggunakan kekayaan, prestij dan kuasa yang mereka miliki
µ Cth: Pergelutan antara golongan borjuis (yang memiliki sumber pengeluaran) dengan golongan proletariat yang menawarkan tenaga kerja untuk bayaran gaji
µ Golongan borjuis berpendapat ketaksamaan sosial yang berlaku merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa sahaja yang boleh menjadi kaya sekiranya mereka berusaha denga gigih
µ Manakala, golongan proletariat pula termakan dengan janji-janji palsu golongan kapitalis





Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa