Contoh Soalan:
1. Perhambaaan
merupakan salah satu bentuk sistem stratifikasi yang wujud setelah manusia mula
tinggal setempat. Pelbagai usaha telah diambil untuk menghapuskan sistem
perhambaan tetapi ianya masih wujud sehingga kini dalam bentuk perhambaan moden.
Perihalkan konsep perhambaan dan bincangkan lima contoh bentuk perhambaan moden
yang wujud kini.
Sistem
Komunal Primitif
' Mewakili
bentuk organisasi sosial yang terawal yang wujud
' Ekonomi
mereka adalah mudah seperti memburu dan meramu
' Tujuan
kehidupan semata-mata untuk melanjutkan hayat
' Tiada
atau sedikit sahaja pengetahuan tentang metod pertanian dalam menghasilkan
makanan
' Kehidupan
nomadik ini adalah mustahil bagi mereka untuk mengumpul kekayaan
' Makanan
yang diperolehi atau dikumpul akan dibahagi secara sama rata antara ahli
kumpulan
' Mungkin
mempunyai ketua, pemimpin yang dihormati, bomoh atau shaman yang mempunyai
kuasa atau pengaruh tertentu dalam kumpulan
' Walaubagimanapun,
pengaruh mereka hanya terhad kepada kebolehan atau keupayaan menjalankan fungsi-fungsi
tertentu dalam masyarakat
' Memandangkan
beberapa fungsi tertentu adalah dianggap lebih penting seperti individu yang
mencari makanan maka statusnya mungkin lebih tinggi dan mungkin akan menerima
habuan tertentu atas usahanya
' Ketaksamaan
status yang wujud hanya melalui tradisi
Sistem
Perhambaan
L Satu
bentuk stratifikasi yang wujud setelah manusia mula tinggal setempat
L Wujudnya
masyarakat pertanian
L Bererti
seseorang manusia menjadi hak milik (property) orang lain
L Kehidupan
seseorang hamba tertakluk sepenuhnya kepada kemahuan tuan atau pemiliknya
L Pemilik
hamba boleh melakukan apa sahaja ke atas hamba yang dimiliki
L Hamba
diperolehi melalui pelbagai cara
F
Kelahiran
F
Kalah dalam peperangan
F
Hutang
F
Melalui tawanan
F
Perdagangan manusia
L Kerajaan
tamadun awal seperti Greek, Rom, Mesir dan Iran telah menggunakan perkhidmatan
hamba untuk memajukan negara
L Cth:
Piramid di Mesir telah dibina oleh hamba
L Walaupun
pelbagai usaha telah diambil untuk menghapuskan sistem perhambaan ini tetapi
ianya masih wujud sehingga sekarang dalam bentuk perhambaan moden
Bentuk-Bentuk
Perhambaan Moden
1) Buruh Paksa
] Golongan
yang dipaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan
] Disuruh
untuk melakukan pekerjaan sama ada di ladang, lombong, kilang, bengkel, rumah
atau pekerjaan-pekerjaan awam
] Keperluan
ekonomi
] Cth:
Orang kulit hitam dari benua Afrika telah ditangkap dan diperdagangkan untuk
digunakan oleh orang kulit putih di benua Amerika
] Cth:
British telah membawa masuk orang India dari negara India supaya mereka dapat
digunakan untuk menjadi buruh di ladang-ladang yang diusahakan oleh orang
British
] Perdagangan
hamba
] Cth:
Golongan hamba ini akan dijual secara paksa oleh saudagar-saudagar yang
menjalankan perdagangan ini
] Buruh
paksa ini akan dipaksa untuk melakukan sesuatu kerja oleh tuannya dan
pemiliknya yang akan mendapat segala keuntungan dan mengumpul segala kekayaan
dengan menggunakan buruh paksa ini
] Buruh
kanak-kanak yang dipaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan
] Cth:
Buruh kanak-kanak di China yang dipaksa untuk bekerja di kilang batu di China
] Buruh
paksa ini juga melibatkan mereka yang dipaksa untuk melakukan pelbagai
pekerjaan tanpa kerelaan diri dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya
sebagai seorang pekerja
] Cth:
Pengiklanan di media dan internet yang menawarkan pelbagai janji manis tetapi
telah memperdayakan mangsa untuk melakukan pekerjaan yang lain
] Pembantu rumah
] Cth:
Pekerja yang dipaksa untuk melakukan pelbagai kerja di rumah seperti memasak,
membasuh pakaian, membersihkan rumah dan lain-lain tanpa rehat dan makanan yang
mencukupi, penderaan kepada pekerja serta pekerja tidak mendapat gaji atau upah
yang berpatutan dengan kerja yang dilakukan
2) Buruh Hutang
] Sukarela
menawarkan diri untuk menjadi hamba untuk tujuan membayar balik hutang
] Cth:
MARA, PTPTN, Kad Kredit
] Bagi
individu yang sewa rumah pula, mereka juga terikat dengan membayar sewa
tersebut kepada tuan rumah (salah satu bentuk buruh hutang)
3) Pelacuran
] Mempunyai
2 kemungkinan sama ada dipaksa atau sukarela
] Dipaksa
kerana ditipu oleh pihak yang lain
] Cth:
Dipaksa untuk melayan pelanggan sama ada di hotel dan jika tidak berbuat
demikian akan diugut
] Sukarela
kerana memerlukan wang untuk membayar hutang
] Cth:
Buruh hutang boleh menyebabkan seseorang itu terlibat dalam pelacuran kerana
mereka memerlukan wang untuk membayar hutang
] Cth:
Ramai orang yang ditawarkan bekerja di luar negeri atau negara sebagai pekerja
di restoran atau pekerja di hotel, namun selepas mereka tiba di negeri atau
negara tersebut, mereka tidak mendapat pekerjaan yang dijanjikan, malahan
dipaksa untuk menjadi pelacur
4) Kahwin Paksa
] Di India,
ramai kanak-kanak atau bayi perempuan dikehendaki untuk berkahwin pada usia
yang muda
] Cth:
Apabila seseorang bayi perempuan dilahirkan, mereka akan dijodohkan oleh ahli
keluarga mereka dengan pasangan masing-masing. Apabila sudah mencapai usia yang
boleh berkahwin, maka mereka akan dikahwinkan oleh ibu bapa mereka dengan
pasangan masing-masing
] Mangsa
rogol dipaksa untuk berkahwin dengan perogol
] Tujuannya
adalah untuk menutup malu ahli keluarga mangsa dan juga perogol
] Seterusnya,
dapat menyelesaikan masalah secara aman dan tidak perlu melibatkan mahkamah
5) Menjual Organ Badan
] Cth:
Penjualan buah pinggang secara haram
] Sama ada
secara paksa atau sukarela
] Paksaan
di mana mereka tidak dapat membuat keputusan atau mempertahankan diri daripada
dijual organ badan
] Cth:
Hamba tidak diberi pilihan dan kebiasaannya mereka akan dipaksa untuk menjua
organ badan mereka secara paksa
] Sukarela
di mana seseorang individu memerlukan wang atau untuk membantu keluarga mereka,
maka mereka sanggup untuk menjual organ badan mereka
6) Pemerdagangan Manusia
]
Merupakan salah satu bentuk jenayah
]
Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan
pergerakan atau migrasi manusia secara tidak sah atau paksaan
]
Caranya adalah melalui pujukan, penipuan, janji
palsu, dipaksa dengan kekerasan, ancaman, penculikan dan lain-lain
]
Cth: Buruh kanak-kanak, pembantu rumah, pengantin
perempuan yang ditempah, penjualan bayi, penari dan penghibur
]
Cth: Kanak-kanak di bawah umur yang dieksploitasi
untuk menjadi pengemis atau bekerja di kilang atau ladang secara paksaan
]
Cth: Pembantu rumah yang dipaksa untuk bekerja
tanpa mendapat rehat dan pemakanan yang mencukupi serta didera oleh tuan mereka
]
Cth: Pengantin perempuan yang ditempah adalah
keadaan di mana seseorang wanita atau anak perempuan yang berhijrah sebagai
isteri warga asing telah ditipu berkenaan dengan status perkahwinan. Suami
mereka akan memaksa isteri mereka ini untuk bekerja bagi keluarga mereka dalam
keadaan yang sama seperti perhambaan atau bahkan menjualkan mereka kepada
institusi pelacuran
Sistem
Kasta
6 Sistem
stratifikasi yang berdasarkan status yang diwarisi atau menerusi kelahiran
6 Sistem
ini amat ketara di India yang mana seseorang yang dilahirkan ke dalam salah
satu daripada kategori sistem kasta iaitu:
|
Brahman (Sami)
|
Kshatriya (Pahlawan)
|
Vaishya (Pedagang)
|
Sudra (Petani)
|
Paria (Rakyat bawahan yang dipinggirkan)
6 Seseorang
yang dilahirkan dalam satu-satu kasta tidak dapat mengubah kedudukan mereka
6 Mereka
yang dari kasta terendah tidak bebas atau dihalang daripada berinteraksi dengan
mereka dari kasta yang lebih tinggi
6 Golongan
kasta terendah ini tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan, pendidikan,
mobiliti sosial dan sebagainya dalam masyarakat
6 Dalam hal
berkahwin, ibu bapa dari kasta yang lebih tinggi akan berusaha memastikan
bahawa anak mereka tidak akan berkahwin dengan seseorang dari kasta yang lebih
rendah
Sistem
Estet atau Masyarakat Feudal
Q Membezakan
antara istilah sistem estet atau feudal adalah berhubung kait dengan sama ada
ianya berasaskan kuasa ketenteraan ataupun dominasi ekonomi
Q Ianya
merujuk kepada stratifikasi yang sama
Q Biasanya
dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu:
T
Golongan Aristokrat
T
Golongan Agama
T
Rakyat Biasa
Q Situasi
yang biasa wujud dalam sistem estet ini adalah di mana tanah biasanya akan
dikawal oleh tuan tanah yang menggunakan kekuatan tentera dalam usaha
mengawalnya
Q Petani
pula digunakan oleh golongan Aristokrat untuk mengerjakan tanah mereka
Q Terdapat
juga yang menyewa tanah untuk dikerjakan
Q Raja pula
akan mendapat keuntungan daripada cukai yang dikutip daripada golongan
Aristokrat
Sistem
Kelas
R Stratifikasi
sosial adalah bergantung kepada aspek kelahiran dan juga kejayaan atau
pencapaian individu itu sendiri
R Bersifat
lebih terbuka berbanding sistem kasta
R Aspek
perbezaan kelas menjadi kabur dan kadang kala adik-beradik sendiri turut
mempunyai kedudukan sosial yang berbeza
R Aspek
pekerjaan umpamanya kini adalah lebih kepada pilihan sendiri daripada sesuatu
yang ditetapkan oleh keluarga sejak dari kelahiran
R Sistem
ini juga meningkatkan aspek individualiti seseorang dalam masyarakat
R Memberi
lebih banyak peluang kepada semua orang dalam memecahkan sempadan kelas sosial
yang ada dengan pelbagai cara
R Cth:
Menerusi penghijrahan ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan mahupun melanjutkan
pelajaran
R Berdasarkan
kepada kedudukan ekonomi juga boleh mempengaruhi mobiliti sosial seseorang
Comments
Post a Comment