KONSEP KETUHANAN DALAM AGAMA KRISTIAN
DAN AGAMA HINDU
Triniti
U Perkataan “triniti” tidak ada dalam
kitab tetapi ini tidak bermakna konsep ini tidak diajarkan dalam Bible
U Seperti perkataan “Bible” tidak ada
dalam Alkitab tetapi orang Kristian menggunakannya
U Merupakan doktrin Kristian bahawa
Tuhan wujud sebagai perpaduan dalam bentuk 3 orang yang berbeza iaitu Bapa,
Anak dan Roh Kudus
U Setiap orang ini adalah berbeza
tetapi mereka daripada intipati yang sama
U Masing-masing bersifat Tuhan
sepenuhnya tetapi ini tidak bermakna bahawa Triniti percaya kepada tiga Tuhan
yang berlainan
U Bapa, Anak dan Roh Kudus ini tidak
dilihat sebagai tiga Tuhan yang berbeza tetapi sebagai orang ataupun individu
yang berbeza iaitu Bapa bukan Anak, Anak bukan Roh Kudus dan Roh Kudus bukan
Bapa
U Hal ini menjelaskan bahawa Bapa, Anak
dan Roh Kudus ini muncul dalam tiga orang yang berbeza tetapi mereka berasal
daripada Tuhan yang satu
U Doktrin Tritunggal ini percaya bahawa
hanya wujud satu sahaja Tuhan di alam semesta ini dan hal ini tidak dapat
diubah
U Maka, hal ini membuktikan bahawa
doktrin Tritunggal ini tidak bersifat politeisme tetapi ia adalah monoteisme.
U Hal ini dapat dilihat melalui Bapa,
Anak dan Roh Kudus adalah dari Tuhan yang sama
U Kristian melihat ia adalah kejadian yang
sama maka ia adalah dilihat sebagai monoteisme
U Seolah-olah wujud subordinasi dan
hierarki antara Bapa, Anak dan Roh Kudus dalam Tritunggal iaitu Bapa adalah
pertama, Anak adalah kedua dan Roh Kudus adalah ketiga
U Tetapi Kristian tidak melihat kepada
susunan tersebut tetapi mereka melihat ia sebagai ada hubung kait antara Bapa,
Anak dan Roh Kudus
U Bapa tidak dilahirkan, Anak itu yang
dilahirkan. Anak ini adalah Jesus atau juga dikenali sebagai Nabi Isa boleh
wujud dalam Tritunggal kerana ia dilahirkan secara istimewa
U Nabi Isa datang untuk menebus dosa
warisan atau manusa iaitu daripada Nabi Adam dan Hawa
U Roh Kudus pula berasal dari Bapa.
Bapa menghantar Anak. Anak dan Bapa menghantar Roh Kudus. Hal ini melihat
kepada Tuhan menghantar Roh Kudus kepada Mariam di mana Roh Kudus ini adalah
perantara antara Mariam dengan Tuhan
U Hal ini dapat dijelaskan kepada
peranan yang dimainkan oleh Bapa, Anak dan Roh Kudus. Bapa mencipta, Anak
menebus dan Roh Kudus menguduskan
U Subordinasi ini tidak bermakna bahawa
setiap ahli tidak sama
U Cth: Kristian melihat Bapa telah
menghantar Anak tetapi ini tidak bermakna bahawa Anak adalah tidak sama dengan
Bapa dari segi sifat ketuhanannya. Anak itu adalah sama dengan Bapa dalam sifat
ketuhanannya tetapi lebih rendah dari segi kemanusiaannya
U Walaupun ketiga-tiganya adalah
berbeza tetapi ini tidak bermakna bahawa ada yang lebih rendah daripada yang
lain sebaliknya mereka mempunyai sifat yang sama
U Mereka adalah sama dari segi kuasa,
kasih sayang, belas kasihan, keadilan, kekudusan, pengetahuan dan ciri-ciri
yang lain
U Doktrin Tritunggal tidak membahagikan
Tuhan kepada tiga bahagian
U Alkitab menjelaskan bahawa
ketiga-tiga Orang adalah Tuhan
U Bapa, Anak dan Roh Kudus
masing-masing Tuhan sepenuhnya
U Ada satu Tuhan yang wujud dalam tiga
Orang berbeza
Trimurti
| Trimurit bermaksud “mempunya tiag
bentuk”
| Merujuk kepada tiga dewa agama Hindu
iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva
| Brahma adalah Tuhan Pencipta, Vishnu
adalah Tuhan Pelindung atau Penyelamat dan Shiva adalah Tuhan Pemusnah atau
Pengubah
| Ketiga-tiga bentuk ini adalah dewa
Hindu yang tertinggi
| Pada mulanya, Trimurti ini disembah
sebagai entiti yang tunggal iaitu Yang Maha Tinggi
| Kemudian, tiga Tuhan itu dipisahkan
daripada entiti tunggal dan diterima sebagai dewa yang berasingan
| Setiap tiga dewa ini merupakan
sebahagian daripada Trimurti memainkan peranan mereka masing-masing dalam
budaya dan mitologi Hindu
| Terdapat banyak tafsiran berkaitan
denga tiga dewa ini
| Brahma, Vishnu dan Shiva dikatakan
mewakili tiga unsur alam iaitu air, api dan bumi
| Secara fizikal, Brahma (langit),
Vishnu (matahari) dan Shiva (bulan)
| Secara rohani, Brahma (prinsip
rohani), Vishnu (prinsip psikis) dan Shiva (prinsip fizikal)
| Secara psikis, Brahma (intuisi dan
kreativiti), Vishnu (kecerdasan) dan Shiva (emosi)
Comments
Post a Comment