METOD
SOSIOLOGI AGAMA
Aliran-Aliran
dalam Sosiologi Agama
1. Aliran Klasik
©
Muncul pada pertengahan abad ke-19 dan awal dari
abad ke-20 menjadi fokus oleh ramai sarjana
©
Karya mereka lebih bercorak sosiologi dasar
berbanding sosiologi agama dengan pengecualian Durkheim dan Weber
©
Kedudukan sosiologi agama adalah dekat dengan
sejarah dan falsafah
©
Merupakan suatu refleksi dan analisis sistematik
terhadap masyarakat, kebudayaan dan agama
©
Tujuannya adalah untuk mendedahkan corak-corak
sosial asas dan peranannya dalam mewujudkan masyarakat
©
Kelompok pemerintah dan kalangan agama yang bekerjasama
dengan penyokong aliran ini akan mendapat jawapan terperinci tentang sejarah masyarakat
agama yang menganalisis sejarah masyarakat itu
©
Kekuatan (sosial) yang menggalakkan penubuhan
unsur-unsur kebudayaan yang kembali kepada kelangsungan hidup masyarakat, berbanding
permintaan-permintaan moden dalam situasi yang berubah, maka memerlukan
kelompok organisasi/institusi bersangkutan untuk mengadakan perubahan yang
sesuai
©
Cth: Karl Marx yang mengatakan agama sebagai candu
©
Cth: Weber yang melihat kepada hubungan antara
pekerja dan majikan
©
Cth: Durkheim yang mengkaji berkenaan dengan
animisme dan totem
2. Aliran Positivisme
ª
Aliran ini mengikut sosiologi yang
empirikal-positiviti dan menyatukan masyarakat beragama dengan objek-objek
semula jadi (alamiah)
ª
Berpandukan kepada fakta, bukti, empirikal (kajian
ilmiah)
ª
Aliran ini berdasarkan kuantitatif dari pandangan
dimensi masyarakat dengan kaedah pengukuran yang tepat dan kesimpulan yang
dibuktikan dengan fakta
ª
Kesimpulannya yang bebas daripada pertimbangan teologi
atau falsafah serta bebas dari konteks sejarah pembangunan yang dialami oleh
masyarakat itu pada masa lalu
ª
Kelompok pemerintah atau keagamaan yang
bekerjasama dengan penyokong aliran ini untuk menjalankan penyelidikan mengenai
organisasi mereka, akan mendapat banyak keterangan tentang struktur
organisasinya, mengenai kualiti pemimpinnya dan tindak balas sama ada positif
atau negatif dari anggota-anggotanya
ª
Kerjasama tersebut cuba menyakinkan kelompok
pemerintah/masyarakat agama tentang kepentingan penjelasan ilmiah/empirikal
tetapi segala maklumat yang diperolehi ditentukan sendiri oelh pihak tersebut
bagaimana untuk mengaplikasikannya
ª
Cth: Aguste Comte
ª
Muncul pada zaman modenisasi
ª
Berlaku pemisahan antara agama dan pentadbiran
ª
Agama tidak lagi penting dalam masyarakat dan
tidak menjadi tempat rujukan masyarakat
ª
Juga menolak kedudukan gereja
3. Aliran Teori Konflik
¨
Menurut teori ini, masyarakat yang baik ialah
masyarakat yang hidup dalam situasi konflik
¨
Masyarakat yang hidup dalam keseimbangan dianggap
sebagai masyarakat yang tidak akan maju
¨
Konflik sosial dianggap sebagai kekuatan sosial
pembangunan yang utama bagi masyarakat yang ingin maju ke arah yang lebih
sempurna
¨
Idea ini dicipta oleh Karl Marx dan Weber
¨
Aliran ini tidak bersetuju dengan para ahli aliran
fungsionalisme yang melihat keseimbangan sosial masyarakat sebagai bentuk kehidupan
yang ideal
¨
Hal ini kerana ia dianggap membenarkan kekurangan
dan ketidakadilan oleh struktur kuasa yang mampan
¨
Aliran ini juga tidak bersetuju dengan kaedah
kuantitatif dari aliran positivisme kerana dianggap mengasingkan orang daripada
masyarakat
¨
Aliran ini tidak menumpukan perhatiannya kepada
masalah mikro sahaja kerana kajian masalah yang kecil akan membawa kepada
persoalan yang lebih besar
¨
Mempunyai persamaan dengan aliran sosiologi klasik
yang selalu berminat dengan dengan masalah makro
¨
Tetapi masalah mikro diperhatikan kerana ia dapat
memberi maklumat bagi penyelesaian masalah yang besar
¨
Jika pihak pemerintah dan ahli agama berunding
dengan penyokong aliran ini, maka mereka akan mendapat penjelasan tentang
unsur-unsur konflik yang ada dalam sesebuah organisasinya dan penyelesaian yang
bersesuaian dapat diberikan oleh aliran konflik ini
¨
Cth: Karl Marx menyatakan agama sebagai candu dan
memberi ubat penenang kepada masyarakat. Beliau menyalahkan kepercayaan kepada
Tuhan
¨
Max Weber: Mengkaji kesan tindakan agama dan
ketidakadilan agama. Agama sebagai suatu salah faham dan perpaduan sosial
4. Aliran Fungsionalisme
§
Para penyokong aliran ini berpendapat bahawa
masyarakat sebagai sistem kesimbangan di mana setiap ahli memberi sumbangan
melalui peranan masing-masing demi kesejahteraan masyarakat
§
Mengikut aliran ini, kemunculan konflik dalam
organisasi dianggap berfungsi sebagai pembetulan terhadap kesalahan-kesalahan
yang telah berlaku, yang tidak berfungsi dengan baik dalam sesebuah organisasi
§
Penyelidikan yang dijalankan secara besar-besaran
adalah untuk mendapatkan gambaran sama ada tugas yang dijalankan ooleh pemimpin
dan anggotanya berjalan dengan lancar
§
Aliran ini berdasarkan prinsip kerja yang
mengurangkan kajiannya terhadap masalah mikro yang dianggap berguna sebagai
sampel untuk mengetahui keadaan keseluruhan sebagai sistem keseimbangan
§
Apabila penyokong aliran ini diminta untuk
menjalankan kajian terhadap sesebuah masyarakat yang beragama, maka terdapat
dua hal yang menjadi perhatian iaitu:
]
Bahagian mana yang berfungsi dengan baik
]
Bahagian mana yang tidak berfungsi dengan baik
§
Penyelidikan yang dijalankan oleh aliran
fungsionalisme ini telah menghasilkan kesimpulan yang berguna kepada institusi
agama dan kerajaan
§
Menurutnya, sama ada masyarakat yang beragama atau
masyarakat yang biasa, kedua-duanya berfungsi untuk manusia dan mempunyai
kewajipan moral untuk merealisasikan sifat saling bekerjasama
§
Teori ini melihat agama sebagai teori yang
istimewa, ia mempengaruhi tingkah laku manusia sama ada dari segi lahiriyah
atau bathiniyah sehingga sebahagian besar sistem sosialnya terdiri daripada
aturan-aturan yang ditetapkan oleh agama
§
Cth: Auguste Comte, Emile Durkheim, Herbert
Spencer
§
Tertumpu kepada fungsi perlakuan sosial, institusi
yang berlaku kepada perkembangan masyarakat
§
Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan
masing-masing
§
Masyarakat berkembang dengan stabil berdasarkan
peraturan sosial
§
Terdiri daripada unit keluarga iaitu ayah, ibu dan
anak serta setiap daripada mereka mempunyai perana masing-masing
§
Masyarakat dianggap sebagai tubuh badan manusia
§
Manusia berfungsi apabila ada peraturan
Comments
Post a Comment