DEFINISI
AGAMA
ü Perkataan
“agama” berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti “tradisi”
ü Perkataan
“agama” juga dapat disamakan dengan perkataan “religion” dalam bahasa Inggeris,
“religie” dalam bahasa Belanda dan “religio” berasal dari bahasa Latin yang bermaksud
mengikat
ü Suatu
peraturan yang mengatur kehidupan manusia agar tidak kacau
ü Seseorang
yang mengikat dirinya kepada Tuhan
ü Suatu
kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang
ü Pedoman
untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna
ü Diwujudkan
untuk memenuhi keperluan manusia
ü Kepercayaan
kepada Tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga
amalan dan institusi yang berkaita dengan kepercayaan tersebut
ü Merujuk
kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan ini melibatkan
aspek ketuhanan
ü Harus
melibatkan sebuah komuniti manusia
ü Fenomena
masyarakat yang boleh dikesan melalui perlakuan (sembahyang, perayaan,
upacara), sikap (sikap hormat, kasih atau takut kepada kuasa luar biasa dan
anggapan suci dan bersih terhadap agama), pernyataan (mantera, kalimat suci),
benda-benda material (masjid, gereja, tokong, azimat dan tangkal)
ü Agama
mengikut sosiologi adalah gejala sosial umum dan dimiliki oleh seluruh
masyarakat yang ada di dunia ini
ü Agama
Primitif: Agama itu adalah kepercayaan tentang kewujudan roh-roh atau
semangat-semangat
ü Agama
dapat dibahagikan kepada dua iaitu agama Samawi dan agama budaya
ü Agama
Samawi: Agama yang datang daripada langit iaitu agama yang bersumberkan wahyu
dari Tuhan dan bukan ciptaan manusia seperti agama Islam, agama Kristian dan
agama Yahudi
ü Agama
Budaya: Agama yang merupakan ciptaan manusia dan bukannya agama yang berasal
daripada langit seperti agama Buddha, agama Hindu, agama Sikh, animisme dan
lain-lain
DEFINISI
KEPERCAYAAN
_Yakin akan
kebenaran kepada sesuatu perkara
_Seseorang
yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai dengan
perasaan “pasti” atau kepastian terhadap sesuatu perkara
_Kepercayaan
dalam konteks psikologi pula adalah suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan
sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude)
_Melibatkan
penekanan, penuntutan dan jangkaan daripada seseorang individu mengenai
kebenaran sesuatu perkara
_Konteks
agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral
di mana ia boleh dikenali sebagai Akidah atau Iman
PERBEZAAN
ANTARA AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Agama
µ Terdapat
doktrin-doktrin atau ajaran tetap dan mengikat penganut-penganutnya
µ Terdapat
pencipta yang mengatur tingkah laku penganutnya
µ Terdapat
imam atau pemimpin sebagai orang yang memiliki fungsi struktur dalam bidang
ibadah
µ Terdapat
upacara-upacara atau ritual-ritual tertentu yang berlaku dan harus diikuti
Kepercayaan
µ Tidak
memiliki doktrin-doktrin atau ajaran yang mengikat
µ Yang
penting adalah kesedaran diri dalam berhadapan dengan kuasa (penilaian diri
sendiri)
µ Tidak
berbentuk pencipta
µ Tidak ada
pemimpin struktur yang menjadi pemimpin umat
µ Tidak
terdapat upacara-upacara khusus yang mengikat orang yang mengikutinya dan
bersifat tidak tetap
Comments
Post a Comment