Contoh Soalan: Jelaskan kedudukan wanita
dalam cerita penceritaan dan sistem kepercayaan masyarakat pribumi di Malaysia.
Jelaskan dengan contoh-contoh yang relevan.
PENDAHULUAN
Cerita penceritaan memberitahu kita sesuatu
mengenai bagaimana sesuatu masyarakat memahami alam serta asal-usul kreatif
Watak-watak utama dalam cerita ini boleh
diinterpretasikan sebagi metafor-metafor untuk identiti-identiti gender yang
silam tetapi masih bermakna sehingga kini
Sama ada pencipta difahami sebagai maskulin atau
feminin mempunyai kesan yang penting ke atas evolusi hubungan autoriti antara
lelaki dan wanita
Untuk memahami kuasa wanita (female power) dan
penguasaan lelaki (male dominance), adalah penting untuk menjelaskan dari awal
lagi perkaitan di antara kuasa ghaib (supernatural) dengan rancangan peranan
gender
ISI
Nenek
Kreatif dari Lautan Silam: Masyarakat Semang di Semenanjung Malaysia
Ø Ketiadaan
perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi kuasa diamalkan oleh masyarakat
Semang
Ø Masyarakat
Negrito Semang ialah masyarakat pemburu-pengumpul (hunters and gatherers) yang
tinggal dalam hutan tropika di Malaya
Ø Masyarakat
Semang mempunyai mentaliti yang berorientasikan tumbuh-tumbuhan dalam makanan
yang mereka cari serta dalam amalan dan pemikiran ritual mereka
Ø Mereka
memberi nilai yang tinggi kepada kebebasan bergerak dan menjauhkan diri dari
kehidupan sedentari serta pertanian
Ø Wanita
Semang adalah penyumbang utama makanan harian kerana mereka mengumpul
tumbuh-tumbuhan liar yang menjadi makanan ruji mereka
Ø Kaum lelaki
pula memburu binatang kecil, mereka tidak memburu binatang yang besar dan
mereka juga tidak melibatkan diri dalam peperangan
Ø Maka,
mereka lebih terlibat dengan aktiviti keluarga mereka serta dalam pemeliharaan
anak
Ø Lelaki
Semang kadang-kadang mengikuti wanita Semang dalam ekspedisi-ekspedisi
pengumpulan. Kedua-dua lelaki dan wanita serta anak-anak terlibat dalam
pengumpulan buah-buahan
Ø Upacara-upacara
dan simbolisma berhubung dengan pengumpulan buah-buahan membayangkan
prinsip-prinsip lelaki dan wanita dalam cara-cara yang menarik
Ø Darah
adalah simbol kesuburan yang utama: ia dikatakan menyumbang kepada kelebatan
dalam hasil buah-buahan
Ø Darah
tidak mempunyai konotasi kematian tetapi ia diberi untuk
menambahkan/meningkatkan kehidupan dan untuk memansuhkan dosa.
Ø Pengorbanan
darah ini dilakukan oleh kedua-dua lelaki dan wanita dengan memotong sedikit di
kaki dan mengumpul darah itu pada sekeping bambu dan mengarahkannya ke langit.
Ini dilakukan bila ada guruh/thunder
Ø Ia
dipercayai dapat menenangkan semangat yang marah dan mengumpul semangat yang
baik yang membawa kepada peningkatan dalam hasil buah-buahan
Ø Dalam
kebanyakan cerita masyarakat Semang lelaki dan wanita dijelaskan sebagai suatu
pasangan
Ø Dalam
satu cerita penciptaan semangat wanita bernama Manoij dengan bantuan cucu-cucu
beliau terlibat dalam penciptaan. Berikut adalah ceritanya:
Z
Pada permulaan dunia – hanya terdapat air. Manoij
dan kedua-dua cucu (lelaki) beliau terapung dalam lautan silam ini. Manoij
meminta salah seorang cucu beliau untuk membawa cabang /batang (branch) pohon
rambutan. Batang ini ditikam di belakang gergasi yang hidup dalam lautan
tersebut. Dengan tindakan ini maka paras air menurun dan tanah mulai kelihatan.
Seekor kumbang kemudian mendukung tanah tersebut dari lumpur dan air dan dunia
mulai membesar tetapi ia membentuk bukit dan gunung-gunung sahaja. Seekor
burung melompat-lompat di atas tanah dengan mengerakkan ekornya ke atas dan ke bawah
– tindakan ini meratakan bukit-bukit tersebut dan dengan itu maka terbentuklah
tanah rata dan lurah di antara bukit dan gunung
Z
Manusia dibuat dari bunga. Manoij mimpikan anak
lalu meminta cucu beliau untuk mencarikan anak. Kedua-dua budak lelaki itu
masuk ke dalam hutan dimana mereka membuat anak dari tanah liat dan
membungkusnya dalam tikar. Keesokan hari ia bertukar menjadi anak perempuan.
Proses ini diulang dan seorang anak lelaki juga dibuat. Pasangan ini menjadi
manusia pertama yang mengubah bunga dengan sebiji batu di dalamnya kepada
seorang anak perempuan. Anak ini membesar menjadi seorang wanita dan bila dia
memasuki hutan dan memetik dari sebuah pon rendang (shrub) – ia bertukar
menjadi lelaki. Kedua-dua mereka tinggal bersama dan bertanggungjawab membawa
anak-anak manusia ke dalam dunia ini
Z
Manoij memainkan peranan mediator dalam kedua-dua
ritual dan dalam cerita penciptaan. Walaupun semangat di langit iaitu Karei
(semangat lelaki) mempunyai kawalan ke atas petir dan guruh dan disembah secara
terus untuk memberhentikan ribut dengan cepat tetapi seruan kepada Manoij iaitu
ibu bumi ini adalah lebih mendalam
Z
Maka dapat dikatakan bahawa kedua-dua prinsip
lelaki dan wanita adalah penting dalam pemikiran, ritual dan tingkah laku
harian orang Semang. Tidak ada semangat yang lebih berkuasa. Ibu bumi adalah
lebih hampir kepada hal ehwal manusia dan bapa di langit lebih jauh. Bapa
membuat guruh dan ibu membantu dalam menenangkan beliau. Dalam hal ini mereka
adalah berbeza, tetapi perbezaan ini diimbangi oleh kapasiti mereka bersama
untuk menghasilkan kebaikan untuk manusia
KESIMPULAN
Peranan jantina dalam kalangan masyarakat Semang
adalah sepadu dan saksama iaitu lelaki dan wanita melibatkan diri bersama-sama
dalam aktiviti harian
Kedua-dua mempunyai hak yang sama dalam membuat
keputusan
Kepimpinan adalah berasaskan kebolehan untuk
memimpin dan ini boleh dilakukan oleh kedua-dua lelaki dan wanita
Autoriti politik tidak begitu penting tetapi suara
wanita adalah dihormati dalam membuat keputusan publik
Comments
Post a Comment