Skip to main content

Gender dan Agama: Wanita dan Agama Hindu


Contoh Soalan:
1)   Jelaskan bagaimana dewi-dewi dalam kosmologi Hindu serta heroin-heroin dalam epik-epiknya memberi kesan ke atas kedudukan dan status wanita India
2)  Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak-watak wanita dalam epik-epik Hindu serta analisiskan kesannya ke atas kedudukan dan status wanita Hindu

PENDAHULUAN
[ Kedudukan dewi-dewi dalam epik-epik Hindu dan interaksi mereka dengan dewa-dewa mewakili konstruk ideologikal mengenai kewanitaan sebagai berkuasa tetapi subordinat
[ Pertentangan dalam konstruk ini diselesaikan dalam kuasa feminin melalui dua bentuk iaitu:
Y Dewi-dewi dalam bentuk Durga sebagai Great Goddess
Y Dewi-dewi pendamping seperti Parvati dan Laksmi
[ Gender adalah faktor penting dan mempunyai ciri-ciri tertentu dalam kalangan dewa-dewi

ISI
Dewi-Dewi Dan Sifat Feminin
1.  Durga
§     Sebagai pembunuh bagi syaitan yang datang menjelma dalam bentuk kerbau iaitu Mahisasur
§     Dikatakan mengandungi bentuk-bentuk diviniti wanita dan juga lelaki tetapi dikatakan memiliki kuasa definitif yang bebas
§     Walaupun bebas, Durga dikatakan sebagai kuasa kolektif semua diviniti wanita dan lelaki tetapi tenaga beliau dihasilkan daripada prinsip feminin iaitu sakti
§     Meletakkan diviniti lelaki sebagai sumber kuasa walaupun wujud kaitan kuasa kepada kewanitaan
§     Wanita adalah tenaga tetapi dari segi kedudukan, mereka masih diletakkan dalam kedudukan bawahan (subordinate)
§     Konsep Hindu tentang alam sebagai wanita dan mewakili tenaga yang mentah
§     Untuk tenaga ini berubah menjadi kuasa bagi kegunaan budaya maka kuasa sakti perlu disalurkan dan diaktualisasikan dalam konsep Hindu berhubung dengan “personhood” iaitu purusa atau kelelakian
§     Ini bermakna kewanitaan dalam alam dijinakkan oleh budaya kelelakian
§     Mitos Durga ini menunjukkan implikasi tenaga yang lebih luas dalam konsepsi Brahmanik mengenai kuasa tentang kewanitaan

2.  Parvati
¨    Merupakan pendamping Siva
¨    Hubungan Parvati dan Siva adalah kabur di mana beliau hanya boleh dilihat sebagai pendamping atau pengawal Siva
¨    Boleh menjelma dalam 3 bentuk
   Sebagai dewi (pendamping)
   Sebagai heroin (sati)
   Sebagai insan mortal (dilahirkan sebagai manusia biasa)
¨    Kepelbagaian bentuk Parvati ini penting kerana beliau menjadi unsur penting dalam transisi daripada keadaan-keadaan yang didominasi lelaki kepada keadaan-keadaan didominasi wanita

3.  Laksmi
ª     Mempunyai mandat sendiri dengan ruangan fungsional yang spesifik
ª     Dalam masa yang sama, beliau digabungkan dalam penyembahan Vishnu
ª     Dilihat sebagai simbol Brahmanic tentang kewanitaan
ª     Beliau memiliki kuasa yang penuh dan bebas
ª     Pada masa yang sama, beliau adalah bergantung serta bawahan kepada suami beliau iaitu Vishnu

Kesan Mitos Dewi-Dewi Kepada Kedudukan Dan Status Wanita
v Hal ini memberi kesan kepada kedudukan dan status wanita
v Dewi-dewi ini telah menjadi “role model” kepada wanita-wanita India
v Wanita-wanita India juga harus mencontohi gambaran-gambaran yang ditunjukkan dalam epik-epik tersebut untuk menjadi seorang wanita yang baik

1)  Mahabharata
©    Cerita mengenai Savitri
©    Ketaatan beliau kepada suami beliau telah berjaya menghidupkan kembali suami beliau yang telah meninggal dunia
©    Ini mengambarkan konsep konvensional Hindu mengenai wanita sebagai pemberi nyawa
©    Tugas utama mereka adalah berkhidmat dengan taat kepada suami sebagai dewa mereka
©    Isteri dikehendaki untuk memuja suami sebagai dewa
©    Mengidentifikasikan diri mereka sepenuhnya kepda identiti-identiti, minat-minat dan kepentingan keluarga mereka
©    Savitri melambangkan ideal Sati iaitu isteri yang taat dengan mengelakkan diri daripada menjadi balu dengan mengorbankan nyawa sendiri untuk mengubah takdir karma suami beliau

2)  Sati (Isteri Siva)
©    Sati dijelaskan dalam mitos-mitos sebagai anak Daksa dan isteri Siva yang berasa terhina apabila bapa beliau mengabaikan suami beliau iaitu Siva dalam upacara keagamaan yang agung
©    Sati terlalu marah dan membunuh diri dalam api tersebut untuk menuntut kembali kehormatan suami beliau
©    Sati dilahirkan semula sebagai Parvati

3)  Sita (Isteri Rama)
©    Heroin Ramayana dikaitkan dengan imej kesuburan
©    Digambarkan sebagai isteri yang ideal di mana beliau kekal taat kepada suami beliau iaitu Rama apabila diculik oleh Ravana
©    Perjuangan antara Rama dan Ravana adalah tema utama dalam epik ini
©    Sita berperanan penting dalam memberi motivasi kepada kepahlawanan Rama
©    Sita menjadi mangsa dua kali
©    Pertama apabila beliau diculik dan dipenjarakan untuk waktu yang lama
©    Kali kedua setelah diselamatkan daripada Ravana, beliau terpaksa membuktikan diri sendiri adalah suci dan taat kepada Rama
©    Untuk membuktikan kesucian tersebut, beliau melompat ke dalam api dan tidak terbakar
©    Dengan cara ini, beliau dapat mengembalikan harga diri beliau serta melindungi nama baik (reputation) suami beliau

KESIMPULAN
[ Kenyataan paradigma ke atas isteri yang ideal sebagaimana yang dilihat dalam watak-watak seperti Savitri, Sati dan Sita mengaplikasikan konstruk feminin yang didapati dalam mitos-mitos mengenai dew-dewi iaitu Durga, Parvati dan Laksmi
[ Kepentingan imej-imej paradigma tidak hanya di dalam arena ideologi tetapi juga dalam arena sejarah sosial
[ Maka, bahagian ketiga yang menyumbang kepada konstruk Brahmanic mengenai peranan wanita terkandung dalam amalan Hindu dalam tradisi Brahmanic


Contoh Soalan: Bincangkan reformasi-reformasi yang berlaku dalam masyarakat Hindu di India untuk menjamin keadilan untuk wanita sebelum kemerdekaan

PENDAHULUAN
| Masyarakat India melalui suatu proses untuk menilai semula sistem kepercayaan mereka dan untuk menyiasat ketidaksamaan, ketidakadilan dan penindasan yang dihadapi oleh wanita dan budaya mereka sendiri
| Ini telah mewujudkan suatu pergerakan untuk reformasi sosial
| Maka, pembasmian amalan-amalan dan budaya yang membawa kepada penderitaan wanita menjadi agenda penting untuk reformasi sosial
| Perjuangan Raja Ram Mohan Roy untuk menghapuskan sati menandakan permulaan pergerakan untuk reformasi bagi pihak wanita
| Pergerakan ini bermula pada 1930-an dan merupakan usaha emansipasi (pembebasan) wanita

ISI
1.  Pergerakan ini Dimulakan oleh Kaum Lelaki
@ Kaum wanita hanya menyertai pergerakan ini pada penghujung abad ke-20
@ Antara lelaki yang memperjuangkan nasib wanita ialah Raja Ram Mohan Roy, Ishwar Chandra Vidyasagar, Keshav Chandra Sen, Malabari, Phule, Agarkar, Ranade, Karve
@ Usaha-usaha mereka meliputi
F Pembasmian sati
F Adat perkahwinan kanak-kanak
F Adat menghina balu
F Larangan perkahwinan semula balu Hindu kasta atasan
@ Mereka juga terlibat dalam
F Meningkatkan status wanita dengan menggalakkan pendidikan
F Mendapatkan hak yang sah ke atas harta
F Memastikan bahawa undang-undang mengambil kira status dan hak wanita

2.  Konflik dalam Tujuan
@ Pergerakan ini berjuang reformasi bagi pihak wanita tetapi tidak mendapat sokongan daripada pihak British
@ Hal ini kerana mereka bimbang bahawa penglibatan mereka dalam budaya India akan menggugat kestabilan pemerintahan mereka
@ Tetapi orang-orang India yang berpendidikan Inggeris telah berjuang untuk perubahan bagi wanita
@ Pergerakan ini bertembung dengan pihak nasionalis
@ Wujud konflik antara obligasi untuk reformasi dan komitmen untuk kemerdekaan
@ Hal ini untuk mendapatkan kemederkaan daripada pihak British ia amat penting untuk berpegang teguh kepada budaya dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat sendiri
@ Konflik ini mempunyai pengaruh yang penting dalam membentuk status wanita dalam abad ke-20

3.  Kemunculan Nasionalisme
@ Pada permulaannya, liberalisme Eropah mempengaruhi masyarakat India untuk membayangkan budaya, amalan serta adat mereka sendiri
@ Ia membawa kepada pergerakan reformasi sosial
@ Pada masa tersebut, seorang India yang mendapat pendidikan Barat mengagung-agungkan pemikiran moral dan falsafah orang Barat
@ Mereka juga berpendapat bahawa sebagai golongan liberal, pemerintah British akan membawa perubahan untuk memajukan masyarakat India dengan sistem nilai liberal

4.  Pembahagian Atas Isu Reformasi
@ Pergerakan nasionalis bermula dengan ideologi yang sama dengan sentimen pergerakan reformasi sosial
@ Pada akhir abad ke-19, wujud pembahagian kepada 2 puak iaitu:
F Mereka yang menganggap kemerdekaan lebih penting
F Mereka yang ingin mengabungkan perjuangan untuk kemerdekaan serta perjuangan untuk reformas
@ Kumpulan I yang diketuai oleh Tilak menolak segala-galanya yang datang daripada British termasuk reformasi
@ Reformasi yang melibatkan wanita juga dianggap sebagai tidak penting
@ Kumpulan II juga berasa bahawa diri mereka ditipu oleh pihak British dan mereka bersatu dengan kumpulan I. Kumpulan II ini menganggap bahawa British tidak mahu bersatu untuk mengubah budaya India
@ Akibat kesatuan ini, maka aspirasi untuk kemajuan status wanita di India tergabung dengan konsep pembentukan masyarakat yang baru dalam proses penglibatan negara India yang bebas

5.  Stree Shakti dan Arah Baru dalam Nasionalisme
@ Di bawah kepimpinan Tilak, perjuangan untuk kemerdekaan berbentuk militan
@ Mereka sedar bahawa sebuah negara yang miskin seperti India mesti menggunakan strategi yang lain untuk melawan British yang lebih berkuasa dari segi ketenteraan
@ Jawapannya datang daripada falsafah Gandhi iaitu Ahimsa atau non-violence
@ Bila Gandhi muncul sebagai pemimpin politik, beliau menyeru rakyat India untuk mengisytiharkan pemansuhan sistem kasta, penerimaan kesaksamaan untuk wanita, membebaskan diri daripada pantang larang serta ketakutan yang datang daripada kepercayaan-kepercayaan yang karut dan penamaan falsafah humanisma dalam moraliti rakyat India
@ Gandhi secara terus mendeklarsikan kesaksamaan hak wanita sebagai objektif penting dalam program politikal beliau
@ Apabila menjelaskan konsep Ahimsa, beliau menyamakan perjuangan non-violence dengan kekuatan wanita yang suci dan lembut yang beliau jelaskan wanita sentiasa pamerkan dalam kehidupan mereka
@ Beliau menganggap bahawa penglibatan wanita dalam perjuangan kemerdekaan sebagai imperatif
@ Dengan karisma, beliau telah menyeru kaum wanita untuk melangkah keluar dari rumah untuk berganding bahu dalam perjuangan kemerdekaan

6.  Sokongan dan Agama
@ Gandhi menggunakan konsep stree shakti iaitu kuasa moral kewanitaan (the moral power of womanhood) dengan begitu berkesan dan ini berjaya kerana agama Hindu mengaitkan prinsip-prinsip kewanitaan dengan kuasa
@ Dewi-dewi Hindu yang berpasangan seperti Shiva dan Shakti, Purusha dan Prakriti, Rama dan Sita bermaksud bahawa kedua-dua lelaki dan wanita mewakili kuasa yang disanjung tinggi
@ Ia adalah penting untuk mengetahui bahawa pengetahuan (Saraswati) dan kekayaan (Laksmi) adalah prinsip wanita
@ Kepercayaan dalam agama Hindu bahawa permintaan wanita-wanita yang suci akan mendapat balasan daripada Tuhan juga dianggap penting dalam perjuangan kemerdekaan

7.  Pembentukan Kesamaan
@ Sewaktu kemerdekaan, wanita telah membentuk diri mereka sebagai sama dengan lelaki
@ Dalam kehidupan politik, ini adalah akibat sumbangan mereka demi kemerdekaan dan sebagai menegaskan komitmen Gandhi kepada kesamaan hak wanita dan lelaki
@ Perkembangan India secara luaran dan kategorikal memberi kesamaan hak berasaskan jantina
@ Perlembangaan India mengisytiharkan wanita, golongan di kasta bawahan dan masyarakat pribumi/tribal sebagai “bahagian yang lemah-weaker sanctions” dalam masyarakat India dan perlu diberi bantuan yang khusus untuk mencapai kesamaan

8.  Memenuhi Janji
@ Sejak kemerdekaan, kerajaan telah memberi perhatian kepada kesihatan, pendidikan, pekerjaan serta kebajikan wanita. Tetapi, masalah masih wujud
@ Ini tidak bermakna bahawa kedudukan wanita di India adalah memuaskan
@ Nisbah wanita dengan lelaki menunjukkan bahawa wanita lebih kurang yang menandakan penjagaan yang tidak memuaskan untuk kanak-kanak perempuan dan kadar kematian yang lebih tinggi dalam kalangan wanita yang melahirkan anak
@ Wanita juga lebih buat huruf berbanding dengan lelaki, penglibatan yang kurang dalam tenaga kerja dan kadar keciciran yang tinggi di sekolah
@ Apa yang menyedihkan adalah status rendah wanita seperti dalam alaman pembunuhan bayi perempuan, sati dan perkahwinan kanak-kanak masih berkekalan di kawasan terpencil di India sehingga hari ini
@ Amalan seperti dowri dan poligami masih berterusan
@ Peningkatan kematian wanita berkait dengan dowri juga mengerunkan walaupun wujud perlindungan perlembagaan tetapi wanita masih menderita

KESIMPULAN
| Walaubagaimanapun, pada akhir 3 dekat abab ke-19, pandangan masyarakat India terhadap pemerintah British berubah kerana keengganan pihak British untuk memulakan pergerakan reformasi
| Maka, masyarakat India menjadi skeptikal dengan niat British
| Skeptisme bersama impak ideologi politik yang liberal menghasilkan keinginan untuk kemerdekaan dan bermulalah pergerakan nasionalis

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa