Skip to main content

Agama dan Masyarakat: Teori-Teori Berkaitan Dengan Sosiologi Agama


TEORI-TEORI BERKAITAN DENGAN SOSIOLOGI AGAMA

Ibn Khaldun
Y Ilmu sosiologi sains telah wujud seawal zaman Ibn Khaldun
Y Dikenali sebagai Bapa Sosiologi Islam
Y Dalam buku “Mukaddimah” telah memberi impak yang besar terhadap perkembangan moden
Y Kajian Khaldun telah mendahului kaedah-kaedah kajian klasik Barat
Y Namun, tidak ramai yang mengakui Khaldun sebagai Bapa Sosiologi Moden kerana tindakan beliau yang tidak memisahkan agama daripada kehidupan sosial
Y Kehidupannya dipenuhi dengan perjuangan sosial sehingga beliau dipenjarakan kerana tindakannya yang mengkritik pemerintah
Y Mengkaji faktor-faktor ekonomi, sosial dan politik
Y Terdapat persamaan antara sosiologi Barat dengan sosiologi Khaldun
Y Interaksionisme: Khaldun meletakkan landasan ilmunya berdasarkan kepada interaksi manusia
Y Penyelidikan Khaldun setara dengan penyelidikan Barat kerana:
« Mengkaji perubahan dan fenomena sosial
« Mengkaji perkaitan antara institusi sosial
« Membezakan antara masyarakat primitif dengan moden
« Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah
« Penyelidikan secara saintifik dan empirikal
©   Seorang aktivis dan kehidupannya dipenuhi dengan perjuangan sosial
©   Sentiasa mempersoalkan keadilan dalam masyarakat kerana keadilan adalah untuk kesejahteraan manusia
©   Mengiktiraf kewujudan masyarakat yang berstratifikasi tetapi menolak ketidakadilan
©   Ini dibuktikan dengan kesanggupan berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah, memberi nasihat dan teguran
©   Tidak menganjurkan pertentangan revolusi tetapi mahu perubahan secara reformasi sosial
©   Berbeza dengan teori Marx yang berlandaskan kepada konflik dan bergerak dengan tema revolusi dalam menentang stratifikasi
©   Sosiologi daripada perspektif Islam:
« Berteraskan agama
« Berbentuk aktivisme sosial
« Mengkaji interaksi mikro dan makro
« Keadilan untuk kesejahteraan masyarakat
« Tidak memisahkan agama dengan aspek-aspek lain seperti ekonomi, sosial dan politik

Sosiologi Islam
S Bersifat teoritikal (menerokai prinsip-prinsip kehidupan sosial berlandaskan Al-Quran)
S Kritikal (mengkaji masyarakat berdasarkan kaedah yang sejajar dengan idealisme Islam)
S Strategi (mempunyai rancangan mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat berlandaskan Islam)
S Manusia mempunyai pelbagai etnik di mana manusia dijadikan sebagai suku-suku dan berbangsa yang memerlukan interaksi antara satu sama lain
S Manusia bertingkah laku hasil daripada interaksi mereka
S Perangai manusia adalah berbagai-bagai sama ada dari buruk sehinggalah baik
S Teori Interaksionalisme: Manusia adalah mahkluk terbaik berbanding dengan segala yang wujud di dunia ini di mana manusia mempunyai kebolehan untuk mendapatkan segala ilmu pengetahuan dan membuat pertimbangan sendiri mengenai pelbagai aspek dalam kehidupan
S Dengan fikiran yang waras, manusia boleh membuat keputusan berkaitan dengan aksi dan tindakan mereka
S Konflik dalam masyarakat sukar untuk dielakkan dalam proses berinteraksi antara satu sama lain
S Konflik berpunca daripada niat manusia untuk mencapai hasratnya yang tidak sama dengan pihak lain
S Menekankan pencarian jalan untuk mencapai kesejahteraan melalui interaksi dalam masyarakat dengan melakukan kebaikan atas prinsip keadilan


Teori Fungsionalisme
Emile Durkheim
µ Meletakkan dirinya dalam tradisi positivis
µ Kajiannya berkaitan dengan masyarakat bersifat objektif (tidak dipengaruhi oleh perasaan) dan secara saintifik
µ Agama merupakan sesuatu diekspresi daripada kesepaduan sosial
µ Mengkaji agama primitif dalam kalangan masyarakat asli di Australia
µ Untuk memahami bentuk asas sesebuah kehidupan beragama untuk semua masyarakat
µ Agama atau kepercayaan yang masyarakat asli tersebut hormati sebenarnya adalah ekspresi terhadap pemahaman dan anggapan mereka tentang masyarakat itu sendiri
µ Ini ditujukan kepada semua masyarakat di seluruh dunia
µ Agama bukanlah rekaan, khayalan atau imaginasi walaupun beliau menafikan apa intipati yang diperoleh para penganut agama
µ Agama merupakan sesuatu yang benar dan hak
µ Agama merupakan suatu ekspresi oleh sesebuah masyarakat itu sendiri
µ Sudah tentu tiada satu masyarakat pun yang tiada agama
µ Agama sebagai kuasa yang lebih hebat dan besar daripada diri kita
µ Agama adalah kehidupan sosial kita dan memberi persepsi tersebut sebuah “wajah” supernatural
µ Kemudian, mengekspresikan diri kita secara beragama dalam kelompok atau berkumpulan
µ Agama adalah ekspresi daripada kesedaran terkumpul kita di mana ia menjadi penyambung bagi semua kesedaran individu dan kemudiannya mencipta sebuah realiti tentangnya
µ Masyarakat kurang kompleks mempunyai sistem keagamaan yang kurang kompleks
µ Semakin kompleks sesebuah masyarakat, maka kecenderungan untuk sesebuah sistem agama berkembang secara universal
µ Agama (Elementary Forms) adalah sesebuah kesatuan sistem kepercayaan dan amalan yang berelatif serta berkaitan dengan sesuatu yang suci dan agung
µ Kepercayaan dan amalan bersatu ke dalam sesebuah komuniti bermoral
µ Agama sebagai sebuah perbandingan yang jelas antara kesucian dan kekarutan serta ia boleh diselarikan dengan perbezaan antara Tuhan dan manusia

Teori Konflik
Karl Marx
ù Melihat agama sebagai “candu” yang merosakkan masyarakat
ù Pernyataan ini amat popular dalam kajiannya yang bertajuk “A Contribution to The Critique of Hegel ‘s Philosophy of Right”
ù Percaya agama memberi ubat penenang yang salah kepada masyarakat untuk mengurangkan penderitaan akibat daripada pemerintahan yang kejam
ù Menyalahkan kepercayaan kepada Tuhan yang dianggap menjadi penghalang kepada perkembangan fahaman Marxist
ù Digambarkan sebagai anti-semitisme ataupun dipanggil anti-yahudi

Max Weber
{ Mengkaji kesan tindakan agama dan ketidakadilan agama
{ Agama sebagai suatu salah faham dan perpaduan sosial
{ Tidak cuba untuk mengurangkan intipati agama
{ Mengkaji bagaimana idea dan kumpulan agama berinteraksi dengan aspek lain dalam kehidupan sosial
{ Sering berusaha untuk mendapatkan maskud subjektif agama kepada individu
{ Memberi penghargaan kepada agama kerana membentuk imej seseorang di dunia dan imej ini boleh memberi kesan kepada pandangan individu terhadap minat dan bagaimana individu membuat keputusan untuk mengambil tindakan
{ Agama adalah terbaik untuk difahami bagaimana ia bertindak balas kepada kehendak manusia berkaitan dengan ketuhanan
{ Manusia menghadapi pelbagai masalah
{ Persoalan tentang ketuhanan iaitu bagaimana kuasa luar biasa Tuhan yang suci berkait rapat dengan ketidaksempurnaan dunia yang telah dicipta oleh-Nya
{ Bagi Weber, manusia harus tahu mengapa wujud ketidaklayakan “nasib baik” dan penderitaan dunia
{ Agama menawarkan jawapan iaitu “penyelamatan” (terlepas dari penderitaan dan makna ketenangan)
{ Pemburuan kepada keselamatan adalah sama seperti pemburuan terhadap kekayaan (menjadi motivasi kepada manusia)
{ Ini kerana agama membantu mendefinisikan motivasi
{ Percaya agama membantu membangkitkan kapitalisme moden
{ Dalam The Protestant Ethic, Weber menyatakan kapitalisme berkembang di Eropah kerana bagaimana kepercayaan terhadap takdir diinterpretasikan oleh Puritan Inggeris
{ Teologi Puritan: Di mana bukan semua orang harus diselamatkan, hanya beberapa insan terpilih sahaja yang boleh mengelakkan diri mereka daripada kemusnahan dan menyimpang daripada ketentuan Tuhan

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa