Contoh Soalan:
1. Dalam
usaha mendapat peluang hidup yang lebih dalam masyarakat, seseorang mungkin
sanggup melakukan perkara yang menyimpang dari norma masyarakat. Apakah
faktor-faktor sosial yang menyumbang kepada berlakunya perlakuan devian dalam masyarakat
demi mendapat peluang hidup yang lebih baik.
2. Dalam
usaha seseorang untuk mendapat kedudukan yang lebih baik dalam masyarakat,
pelbagai usaha perlu diambil. Adakalanya individu menggunakan cara yang
dipersetujui oleh masyarakat dan adakala berlaku sebaliknya. Kemukakan dua
contoh usaha yang dipersetujui dan dua contoh yang tidak dipersetujui dalam
usaha mendapat kedudukan yang lebih baik.
Kepelbagaian
Isu Sosial dalam Devian
1. Ras dan Devian
Y
Golongan African American (kulit hitam) adalah
lebih cenderung untuk melakukan kesalahan jenayah dan kecurian serta ditangkap
berbanding dengan golongan Asian American (kulit putih) yang mempunyai kadar
jenayah dan tangkapan yang lebih rendah
Y
Asian American dikatakan mempunyai hubungan
kekeluargaan yang lebih rapat menghalang mereka daripada terlibat dalam
sebarang aktiviti jenayah kerana tidak ingin memalukan ahli keluarga mereka
2. Kelas dan Devian
Y
Remaja dari golongan berpendapatan rendah atau
tinggi mungkin terlibat dalam tingkah laku devian yang sama seperti penggunaan
dadah, mabuk dan ponteng
Y
Remaja dari golongan bawahan mungkin akan
melakukan jenayah yang lebih serius seperti “street crimes”
Y
Remaja golongan atasan pula mungkin terlibat dalam
jenayah kolar putih atau jenayah koporat disebabkan oleh semakin longgar
kawalan sosial ke atas golongan atasan ini
3. Gender dan Devian
Y
Devian kerap kali merupakan aktiviti lelaki
kecuali mungkin dalam pelacuran
Y
Lelaki adalah lebih cenderung untuk terlibat dalam
hampir semua bentuk jenayah dari jenayah ekonomi kecil (pemalsuan, penipuan dan
kecurian) kepada jenayah ekonomi berat (kecurian, pembunuhan dan menyerang)
Y
Angka lelaki yang terlebih adalah lebih banyak
berbanding dengan wanita
Y
Antara sebabnya adalah sosialisasi, kawalan sosial
dan kurang peluang untuk terlibat dengan aktiviti devian
Faktor-Faktor
Sosial yang Menyumbang kepada Berlakunya Perlakuan Devian
1. Kepincangan dalam Sistem
Pengagihan
©
Sistem perundangan yang kekurangan sumber-sumber
ekonomi untuk memperuntukkan perkhidmatan-perkhidmatan yang sewajarnya untuk
semua yang kurang berkemampuan yang dituduh melakukan jenayah
2. Bias dalam Ras, Etnik dan Gender
ª
Ahli dalam sesuatu kumpulan mungkin menjadi mangsa
diskriminasi, prejudis dan layanan tidak baik secara sengaja atau tidak
ª
Bias ini akan menyebabkan kehidupan seseorang
berada dalam keadaan yang tidak menentu
ª
Oleh itu, seseorang itu mungkin akan bertindak
dengan melakukan tingkah laku devian supaya ia tidak dilayan tidak baik oleh
orang lain
ª
Cth: Seseorang pelajar yang didiskriminasi oleh rakan
sekelasnya mungkin akan bertindak dengan ganas atau agresif terhadap seseorang
supaya orang tersebut
3. Persekitaran Sosial-Ekonomi
¨
Mereka dari kulit berwarna hitam dan miskin
biasanya tinggal di kejiranan yang menyediakan sumber-sumber yang terhad
¨
Cth: Pasar raya besar tidak sanggup untuk membuka
cawangan di lokasi-lokasi sebegini
¨
Jadi, persekitaran orang susah akan mempunyai
keadaan hidup yang susah dan kadar jenayah yang lebih tinggi
4. Gaya Hidup
§
Orang miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam
gaya hidup tidak sihat
§
Cth: Merokok, minum arak dan masalah kegemukan
adalah lebih kerap dalam kalangan golongan bawahan dalam sistem stratifikasi
dan dikaitkan dengan risiko tinggi pelbagai penyakit
§
Ini termasuk kekurangan berat badan bayi da faktor
jangka hayat bayi
§
Apabila golongan kelas bawahan hidup dalam gaya
hidup sebegini, maka ia akan mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam
tingkah laku yang devian atau menyimpang
§
Cth: Untuk meningkatkan taraf hidup menjadi lebih
baik, mereka mungkin akan menjadi seorang pencuri
§
Cth: Bagi kanak-kanak yang kelaparan, mereka
mungkin akan mencuri makanan untuk memenuhi kelaparan mereka
§
Hal ini akan menyebabkan mereka menjalani gaya
hidup yang tidak sihat dengan menjadi seorang pencuri
Comments
Post a Comment