Skip to main content

Ketaksamaan Sosial: Gender


Contoh Soalan:
1.   Status seorang wanita adalah berbeza dalam satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Bincangkan apakah indikator-indikator yang digunakan untuk melihat status wanita dalam masyarakat.
2.  Apakah aspek-aspek yang wujud dalam isu ketaksamaan gender. Nilai dan bincangkan dua daripada aspek ini secara kritikal.

Aspek gender dan ketaksamaan dapat dilihat dalam hubungan
1. Gender dan Keluarga
« Peranan suami dan isteri yang berbeza
« Suami sebagai ketua keluarga dan membuat segala keputusan
« Suami bekerja di luar dan mencari pendapatan
« Isteri pula sebagai penyokong kepada suami dan menyetujui keputusan yang dibuat oleh suami
« Isteri menjaga keperluan suami dan anak-anak di rumah
« Isteri juga bertindak sebagai memberi motivasi dan sokongan kepada suami dengan melayan suami
« Perbezaan antara layanan kepada anak lelaki dan anak perempuan
« Anak lelaki diajar dengan cara untuk bersifat kuat, gagah dan tidak boleh menangis
« Diberi peluang untuk berdikari berbanding anak perempuan
« Tidak perlu membuat kerja-kerja di rumah
« Anak perempuan pula diajar dengan sifat lemah-lembut, penyayang
« Perlu membantu ibu di rumah dengan memasak, membersihkan rumah
« Tidak diberi peluang untuk berdikari kerana anak perempuan dan ibu bapa takut terjadi apa-apa kepada anak perempuan mereka jika berdikari dan tinggal berjauhan dengan keluarga
« Layanan antara anak sulung dan anak bongsu
« Anak sulung dikehendaki bertanggungjawab terhadap urusan di dalam rumah seperti membantu ayah dan ibu membuat kerja
« Anak sulung mempunyai tanggungjawab dan peranan yang lebih berat
« Anak bongsu pula sentiasa dimanjakan dan tidak perlu membuat apa-apa pekerjaan
« Anak bongsu akan diberikan segala keperluan yang mereka perlu

2. Gender dan Kumpulan Sebaya
Z Kanak-kanak yang belajar dan bermain
Z Kanak-kanak perempuan akan bermain dengan kanak-kanak perempuan
Z Cth: Permainan masak-masak, Barbie
Z Kanak-kanak lelaki pula bermain permainan yang bersifat lebih agresif
Z Cth: Permainan polis dengan pencuri, permainan kereta

3. Gender dan Pendidikan
[ Di sekolah, pelajar lelaki lebih diberikan perhatian yang lebih daripada pelajar perempuan
[ Zaman dahulu, lelaki lebih diberi peluang untuk mendapatkan peluang pendidikan berbanding perempuan
[ Terdapat bidang-bidang pendidikan yang hanya memerlukan lelaki kerana bagi mereka bidang tersebut tidak sesuai dengan perempuan
[ Cth: Bidang kejuruteraan
[ Terdapat juga bidang pendidikan yang hanya ditawarkan kepada perempuan kerana dilihat lebih sesuai dengan sifat perempuan yang penyayang, penyabar, lemah lembut
[ Cth: Bidang pendidikan, bidang kejururawatan

4. Gender dan Media Massa
Y Lelaki disifatkan sebagai maskulin dan wanita pula disifatkan sebagai feminin
Y Terdapat iklan-iklan yang menunjukkan wanita sebagai objek seks
Y Filem-filem serta cerita-cerita di televisyen juga menunjukkan perwatakan-perwatakan lelaki (maskulin) dan wanita (feminin)
Y Menunjukkan wanita adalah lemah dan perlu perlindungan daripada lelaki
Y Lelaki pula disifatkan sebagai kuat dan dapat melindungi wanita

Ketaksamaan boleh dilihat melalui beberapa bentuk
1. Pendapatan
v Perbezaan dalam pendapatan adalah dilihat sebagai elemen utama yang memaparkan ketaksamaan yang wujud
v Empat faktor yang menyebabkan ini berlaku adalah:
Y Kewujudan diskriminasi gender di mana wanita mendapat gaji yang kurang daripada lelaki
Y Bebanan tanggungjawab domestik ini telah mengurangkan pendapatan wanita kerana wanita turut perlu menjaga anak, membuat kerja rumah dan menjaga orang tua
Y Wanita lebih tertumpu dalam pekerjaan bergaji rendah dan sektor industri di mana wanita akan mendapat gaji yang kurang daripada lelaki
Y Kerja yang dilakukan oleh wanita dianggap kurang bernilai berbanding dengan kerja yang dilakukan oleh orang lelaki kerana melibatkan kurang kemahiran. Cth: Lelaki di US yang bekerja sebagai pemasang telefon boleh mendapat USD800 seminggu berbanding dengan guru tadika USD700 seminggu
v Walaupun lelaki dan wanita melakukan pekerjaan yang sama, namun pendapatan wanita adalah lebih kurang daripada lelaki

2. Keganasan Lelaki Terhadap Wanita
v Keganasan dan tindakan agresif lelaki terhadap golongan wanita juga merupakan suatu situasi yang tidak asing
v Cth: Kes rogol, pronografi dan ganggguan seksual
v Wanita selalunya menjadi mangsa kepada lelaki sama ada semasa bercinta ataupun setelah berumah tangga
v Cth: Banyak berita yang mengenai keganasan rumah tangg di mana suami melakukan penderaan dan penyeksaan secara fizikal terhadap isterinya
v Hal ini mungkin terjadi kerana isteri tidak dapat memberi kepuasan kepada suami ataupun suami yang berasa tertekan di tempat kerja dan melepaskan tekanannya terhadap isterinya
v Selain penderaan fizikal, terdapat juga suami yang melakukan penderaan secara seksual terhadap isteri
v Cth: Penderaan seksual termasuklah meminta isteri melakukan hubungan seks secara paksa ataupun menyakitkan isteri semasa melakukan hubungan seksual



3. Penjagaan kanak-kanak
v Kebanyakan wanita tidak dapat bekerja di luar rumah atau membuat kerja sambilan disebabkan tiada pilihan untuk menjaga anak dan membayar kos pusat penjagaan
v Budaya dalam masyarakat bahawa kerja menjaga kanak-kanak merupakan kerja wanita
v Sejak zaman dahulu lagi, wanita diberikan peranan sebagai penjaga sama ada penjaga kepada kanak-kanak, orang tua atau pesakit
v Bagi seseorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, maka tanggungjawabnya adalah untuk menjaga anak serta suami dan rumah tangganya
v Maka, wanita tidak dapat bekerja di luar rumah kerana peranan yang telah ditetapkan olehnya
v Sifat wanita yang ditetapkan sebagai penyayang dan penyabar merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wanita terlibat dalam hal penjagaan kanak-kanak berbanding lelaki

4. Pendidikan
v Cara sekolah mengatur dan mengajar dalam sesuatu kelas juga wujud ketaksamaan gender
v Cth: Ditentukan bentuk pakaian lelaki dan wanita berdasarkan jantina sebagaimana yang dipaparkan sebagai imej satu-satu gender
v Walaupun pada zaman moden ini, ramai wanita yang telah mendapatkan pendidikan yang formal, namun masih terdapat segelintir wanita terutamanya wanita yang menetap di luar bandar dan berada dalam kemiskinan tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan
v Hal ini kerana keluarga mereka berpendapat bahawa walaupun setinggi mana wanita belajar, mereka masih perlu berkahwin dan akan masuk dapur juga
v Selain itu, terdapat juga sesetengah masyarakat yang berpendapat bahawa wanita seharusnya berkahwin semasa usia mereka masih muda
v Hal ini kerana jika muda, maka mereka akan mudah untuk mencari pasangan dan jika sudah tua, maka tiada sesiapa yang inginkan wanita tersebut
v Pendapat-pendapat sebegini yang menyebabkan wanita tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan formal yang sempurna
v Wanita tidak berpeluang untuk melanjutkan pendidikan ke tahap yang tinggi kerana keluarga bimbang wanita tidak dapat menjaga diri mereka dengan baik berbanding dengan lelaki
v Jika di sekolah, pelajar lelaki selalunya dilihat sebagai pelajar yang pintar berbanding pelajar perempuan
v Buku-buku teks di sekolah juga mempunyai ketaksamaan gender melalui gambar-gambar
v Bahasa sebagai komunikasi di sesebuah sekolah juga boleh menjadi salah satu aspek yang menjadi ketaksamaan sosial

5. Politik
v Walaupun kini semakin ramai wanita yang memegang jawatan tinggi dalam bandar atau negeri, tetapi perubahan yang berlaku sangat perlahan
v Wanita kurang melibatkan diri dalam bidang politik berbanding dengan lelaki
v Hal ini kerana untuk melibatkan diri dalam bidang politik, maka seseorang haruslah mempunyai mental yang kuat
v Bagi wanita yang mudah beremosi, mereka kurang sesuai untuk melibatkan diri dalam bidang politik
v Mungkin kerana sesetengah berpendapat bahawa wanita tidak sesuai untuk melibatkan diri dalam politik kerana politik ini melibatkan proses pembuatan keputusan, kuasa, kepimpinan
v Sesetengah masyarakat berpendapat wanita tidak mampu untuk memimpin dan halangan-halangan lain seperti hal-hal berkaitan dengan keluarga menyebabkan mereka tidak melibatkan diri dalam sebarang bidang politik




Mengukur Ketaksamaan Gender
1. Peluang dan Pencapaian dalam Pendidikan
©   Wanita pada zaman moden ini telah berjaya untuk mendapat pendidikan sehingga ke peringkat yang tinggi
©   Namun, peluang dan pencapaian mungkin adalah berberza dalam kalangan wanita dan lelaki
©   Terdapat sesetengah bidang yang hanya ingin mengambil kaum lelaki sahaja dan sesetengah bidang pula hanya ingin mengambil kaum wanita sahaja
©   Cth: Bidang kejuruteraan lebih ingin mengambil pelajar lelaki berbanding wanita
©   Bagi keluarga yang miskin, wanita mungkin akan disuruh untuk berhenti sekolah ataupun tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran kerana keadaan keluarga mereka yang miskin
©   Namun, pada zaman moden, adalah lebih ramai pelajar perempuan berbanding dengan pelajar lelaki terutamanya di sekolah menengah
©   Ramai pelajar lelaki yang berhenti sekolah berbanding pelajar perempuan kerana mereka tidak berminat untuk belajar berbanding dengan pelajar perempuan

2. Penambahbaikan dalam Kesihatan
ª   Zaman dahulu, perempuan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada lelaki terutamanya yang melahirkan anak
ª   Hal ini kerana zaman dahulu tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang dapat menyelamatkan wanita yang sudah bersalin
ª   Zaman moden ini, teknologi dan perubatan yang maju telah dapat membantu wanita dalam memanjangkan hayat mereka
ª   Wanita yang bersalin di hospital juga adalah lebih selamat kerana dengan adanya segala kemudahan dan teknologi yang canggih untuk membantu wanita yang bersalin
ª   Ubat-ubatan yang terdapat di hospital juga dapat menyelamatkan orang ramai dan seterusnya memanjangkan hayat mereka
ª   Doktor-doktor pakar dalam sesuatu bidang seperti pakar pemakanan akan menjelaskan pemakanan yang seimbang kepada semua masyarakat
ª   Pemakanan yang seimbang ini dapat menjamin kehidupan yang sihat dan seterusnya menjamin hayat yang lebih panjang

3. Indeks Sama Rata dalam Legal dan Ekonomi bagi Wanita dalam Masyarakat dan Perkahwinan
¨   Masa kahwin dan wang hantaran bergantung kepada status wanita
¨   Jika seseorang wanita itu merupakan anak dara, maka mereka akan menerima mas kahwin dalam bentuk perhiasan baranngan kemas dan barangan yang mempunyai simbolik agama seperti al-Quran dan buku agama
¨   Jika seseorang itu berstatus janda, maka mas kahwinnya adalah dalam bentuk mata wang
¨   Nilai mas kahwin anak dara adalah lebih tinggi nilainya daripada janda
¨   Pendidikan dan pendapatan juga mempunyai kesan ke atas mas kahwin
¨   Dowry merupakan bayaran perkahwinan daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki dalam bentuk kewangan atau barangan berdasarkan kemampuan pihak perempuan
¨   Di India, individu dari kelas sosial atasan tidak akan berkahwin dengan individu dari kelas sosial bawahan
¨   Pembayaran dowry ini menyebabkan tekanan emosi kepada kaum wanita dan bebanan kepada pihak keluarga wanita
¨   Hal ini melihat kepada wanita tidak mempunyai hak dalam hal dowry ini kerana mereka perlu menyediakan wang bagi perkahwinan mereka dan jumlah pembayaran adalah bergantung kepada kelas sosial pihak lelaki
¨   Jika pihak lelaki dari golongan yang kaya dan mempunyai status yang tinggi, maka pihak keluarga wanita perlu menyediakan pembayaran yang setimpal dengan status sosial lelaki


4. Ukuran Kekuasaan Wanita
§   Wanita tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat keputusan terutamanya hal-hal yang penting
§   Walau bagaimanapun, dalam sesetengah perkara, lelaki masih meminta pendapat daripada wanita
§   Cth: Dalam sesebuah majlis makan, mungkin lelaki yang sebagai pengarah majlis tersebut akan meminta pendapat daripada wanita berkaitan dengan jenis-jenis makanan kerana wanita lebih mahir dari segi masakan ini
§   Dalam hal berkaitan dengan keluarga pula, seseorang suami akan bertanya isterinya berkenaan dengan keputusan-keputusan berkaitan dengan anak-anak kerana kebiasaannya anak-anak lebih dekat dengan ibunya dan ibu lebih memahami keadaan anak-anak berbanding ayah


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa