Contoh Soalan:
1) Aspek
mobiliti sosial adalah penting dalam sistem kelas terbuka. Huraikan
faktor-faktor yang dapat mempengaruhi mobiliti sosial seseorang dalam
masyarakat.
2) Terdapat
tiga dimensi dalam melihat kelas sosial iaitu atasan, menengah dan bawahan.
Bincangkan dengan ringkas dimensi-dimensi ini dan kesan-kesan yang wujud dalam
kelas sosial.
3) Apakah
maksud status kepada anda? Apakah status sosial dan bagaiman ia memberi kesan
kepada kehidupan anda?
Mobiliti
Sosial
È Merujuk
kepada pergerakan antara individu dan kumpulan kepada kedudukan sosio-ekonomi
yang berbeza
Bentuk-Bentuk
Mobiliti Sosial
1) Anjakan Mobiliti Keatas (Upward
Mobility)
é
Merujuk kepada anjakan individu dalam kumpulan
daripada status bawahan kepada atasan dalam sistem stratifikasi sosial
é
Cth: Seseorang yang berasal dari kasta yang rendah
berjaya menduduki kedudukan yang lebih tinggi apabila dia memenangi pilihan
raya dan menjadi seorang menteri
é
Cth: Seorang kanak-kanak perempuan yang dari
keluarga yang miskin berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti dan
berjaya mendapat pekerjaan yang profesional dan dihormati oleh masyarakat
2) Anjakan Mobiliti Kebawah
(Downward Mobility)
ê
Merujuk kepada anjakan individu dalam kumpulan
daripada status atasan kepada bawahan dalam sistem stratifikasi sosial
ê
Cth: Seseorang individu yang mempunyai pekerjaan
yang dihormati oleh masyarakat dan tiba-tiba terjebak dalam gejala rasuah dan
ditangkap oleh pihak berkuasa serta dipenjarakan. Individu tersebut dianggap
sebagai penjenayah seumur hidup dan menduduki kedudukan yang lebih rendah dan
dipandang hina oleh masyarakat
ê
Cth: Dalam sistem kasta di India, jika seseorang
wanita dari kedudukan Brahmin berkahwin dengan seorang lelaki dari kedudukan
Sudra, maka wanita tersebut akan dianggap sebagai mobiliti anjakan ke bawah di
mana wanita tersebut dari kedudukan yang tinggi ke kedudukan yang rendah
3) Mobiliti Melintang/Mendatar
(Horizontal Mobility)
èMelibatkan
perubahan dalam status seseorang tetapi tidak memberi kesan kepada kelas sosial
mereka
èCth:
Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia ditukarkan kepada pensyarah di
Universiti Malaya
èCth: Doktor,
jurutera dan pensyarah boleh menikmati status yang sama walaupun mereka berubah
tempat kerja kerana mereka masih melakukan kerja yang sama dengan status pekerjaan
mereka
4) Mobiliti Menegak (Vertical
Mobility)
ì
Pergerakan daripada satu kedudukan kepada satu
kedudukan yang lain dan anjakan ini boleh menjadi anjakan ke atas ataupun
anjakan ke bawah
ì
Perubahan yang berlaku dalam status pekerjaan,
ekonomi atau politik seseorang yang membawa kepada perubahan kedudukan mereka
ì
Anjakan ke atas adalah pergerakan seseorang
individu yang berkedudukan rendah kepada kedudukan yang tinggi
ì
Cth: Seseorang individu yang bekerja sebagai
seorang penyapu sampah dan diberi peluang untuk berniaga. Dia berkemahiran
dalam berniaga dan akhirnya perniagaannya membawa banyak keuntungan
ì
Anjakan ke bawah pula adalah pergerakan seseorang
individu yang berkedudukan tinggi kepada kedudukan yang rendah
ì
Cth: Seorang ahli perniagaan yang mengalami kerugian
dalam perniagaannya sehingga menyebabkan dia diisytiharkan muflis
5) Mobiliti Intergenerasi
(Intergenerational Mobility)
Ì
Pergerakan ini merujuk kepada perubahan dalam
kedudukan sosial kanak-kanak relatif kepada ibu bapa mereka
Ì
Cth: Golongan dari kelas bawahan boleh memberi
kemudahan kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan, latihan atau
kemahiran yang tinggi untuk mengubah status anak-anak mereka
Ì
Cth: Jika bapa seorang tukang kasut tetapi anaknya
merupakan seorang kerani atau cikgu selepas memperoleh pendidikan
6) Mobiliti Intragenerasi
(Intragenerational Mobility)
Ë
Pergerakan ini merujuk kepada perubahan dalam
kedudukan sosial dalam kehidupan dewasa seseorang
Ë
Cth: Ali bekerja sebagai seorang pencuci pinggan
di sebuah restoran. Ali diberi peluang oleh majikannya untuk mendapatkan
latihan dan kemahiran dalam memasak. Maka, dalam tempoh tersebut, Ali berjaya
untuk menjadi seorang tukang masak yang hebat di restoran tersebut. Hal ini
menunjukkan Ali telah berjaya bergerak ke kedudukan yang atas dan menduduki
kelas sosial yang tinggi berbanding dengan semasa Ali memulakan pekerjaannya
Faktor-Faktor
Mempengaruhi Mobiliti Sosial
1) Kerja Keras
Seseorang
haruslah bekerja keras untuk berjaya dan mengubah status kedudukannya
Cth:
Seseorang individu dari keluarga yang miskin dan diberi peluang untuk
mendapatkan pendidikan sehingga ke tahap yang tinggi. Maka, ia haruslah
menggunakan peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan kerja keras supaya
ia boleh mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya boleh mendapat
pekerjaan yang baik untuk mengubah statusnya
2) Tahap Pendidikan
Pendidikan
memberi seseorang pengetahuan dan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik
Cth: Seseorang
yang ingin menjadi seorang doktor haruslah menguasai bidang kedoktoran dan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang kedoktoran sekurang-kurangnya
ijazah
Melalui
pendidikan, seseorang mampu untuk mengubah status kedudukannya
3) Perkahwinan
Juga
boleh mengubah status seseorang sama ada menduduki status sosial yang tinggi
ataupun rendah
Cth:
Seorang rakyat biasa berkahwin dengan golongan diraja
Cth:
Seseorang berkahwin dengan seorang yang mempunyai gelaran Dato, Datin
4) Nasib
Cth:
Program Tunjuk Ajarku Sifu di televisyen yang mengenai penyanyi-penyanyi
tempatan yang mengambil orang-orang biasa untuk dijadikan sebagai anak murid.
Jika seseorang yang biasa dan ingin mencuba nasib dengan pergi uji bakat dan
seterusnya ia terpilih untuk menyertai program ini.
Cth:
Seseorang yang tidak membuat persediaan untuk menghadapi temu duga untuk
pekerjaannya. Tetapi ia tetap terlepas daripada temu duga tersebut dan diterima
bekerja kerana pada masa tersebut hanyalah dia seorang sahaja yang meminta
jawatan kosong tersebut
5) Migrasi
Migrasi
juga merupakan salah satu faktor yang membolehkan mobiliti sosial
Orang
berhijrah dari satu tempat ke tempat lain adalah kerana faktor penarik dan
faktor penolak di sesebuah tempat
Cth:
Sesebuah tempat itu tidak mempunyai peluang dan kemudahan untuk seseorang
memperbaiki status sosialnya. Maka, ia membuat keputusan untuk berpindah atau
berhijrah ke tempat yang dapat memberi peluang kepadanya
Di
tempat-tempat baru ini mungkin mempunyai peluang yang berbeza dan terbuka
Mereka
merebut peluang sosial yang ada ini untuk membaiki kedudukan mereka
Cth:
Orang berhijrah dari kampung ke bandar kerana pusat-pusat bandar mempunyai
kemudahan serta peluang pekerjaan yang lebih banyak berbanding kampung
Mereka
datang ke kawasan bandar adalah untuk mendapatkan pendidikan dan kemahiran yang
ada di bandar. Seterusnya, mendapatkan pekerjaan yang lebih baik daripada ibu
bapa ataupun saudara mereka yang berada di kampung
Kelas
Sosial
_Kelas
sosial adalah pembahagian masyarakat yang terdiri daripada orang-orang yang
mempunyai ciri-ciri sosial tertentu yang diambil untuk memenuhi syarat mereka
untuk hubungan status yang intim, hubungan status yang sama antara satu sama
lain dan menyekat interaksi mereka dengan ahli-ahli kelas sosial yang lain
_Manusia yang
menduduki lapisan sosial berasaskan kepada kriteria ekonomi
Status
_Taraf
atau kedudukan seseorang
_Pangkat
atau kedudukan seseorang dalam konteks tertentu
Status
Sosial
_Juga
dikenali sebagai kedudukan sosial
_Kelas
sosial timbul kerana adanya perbezaan dari segi penghormatan dan status
sosialnya
_Seseorang
yang dihormati kerana ia mempunyai status sosial yang lebih tinggi
_Manakala,
bagi seseorang yang datang daripada latar belakang yang miskin ataupun dari
golongan yang rendah, dia tidak akan dipandang hina atau tidak dihormati oleh
masyarakat kerana daripada status sosial yang rendah
_Kedudukan
sosial seseorang itu dalam masyarakat yang diperoleh melalui kerja keras
ataupun pemberian
_Status
yang tinggi akan lebih berpengaruh dan akan menerima layanan yang berbeza
daripada masyarakat
_Boleh
terdiri daripada status yang diwarisi (ascribed status), status yang dicapai
(achieved status), status yang diberikan (assigned status)
_Ascribed
status adalah status yang tidak boleh dipilih dan ia ada diwarisi (ibu bapa, anak,
adik-beradik)
_Achieved
status pula adalah status yang dicapai oleh seseorang melalui kerja keras
(pengurus, cikgu)
Kelas-Kelas
Sosial yang Wujud dalam Sistem Kelas
1) Kelas Atasan
S Terdiri
daripada mereka yang kaya, berpengaruh dan pemilik usahawan yang besar dan
mewah
S Kekayaan
bergantung kepada aset-aset seperti saham, sekuriti dan harta tanah
S Mereka
juga menyediakan pekerjaan dan menentukan nasib golongan masyarakat yang lain
S Mereka
mempunyai harta dan wang yang baik
S Boleh
memberi anak-anak mereka pendidikan yang terbaik dengan mencari sekolah yang
terbaik serta mendapatkan cikgu yang terbaik untuk mengajarkan anak mereka
S Mempunyai
masa yang lebih banyak untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial ataupun
meluangkan masa bersama dengan ahli keluarga
S Tempat
berkumpul mereka juga adalah lebih eksklusif dan bersifat mewah serta mahal
S Mempunyai
lebih banyak pengaruh dan kuasa sama ada dalam kalangan mereka sendiri ataupun
dunia
S Mewakili
kepimpinan institusi, ketua syarikat multinasional, yayasan atau universiti
S Memiliki
sumber-sumber pengeluaran dan memegang peranan ekonomi sebagai pelabur
S Cth:
Golongan borjuis yang wujud dalam masyarakat industri kapitalis di mana mereka
mempunyai kuasa serta harta yang dapat mereka gunakan
2) Kelas Menengah
S Terdiri daripada
mereka yang bekerja keras dan mendapat gaji yang sederhana seperti usahawan
kecil, guru, jururawat
S Merasai
keselamatan bekerja tetapi diancam oleh inflasi dan cukai
S Mampu
untuk memperbaiki nasib dengan menggandakan usaha
S Pada
masyarakat industri kapitalis, adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai
kelayakan pendidikan atau latihan teknikal dan memegang peranan ekonomi sebagai
pekerja kolar putih
S Pekerja
kolar putih yang menerima gaji untuk perkhidmatan mereka dalam mengendalikan
berbagai aktiviti pengurusan dan pentadbiran sama ada dalam sektor swasta atau
sektor awam
S Terdiri
daripada golongan profesional, pemilik sesebuah perniagaan ataupun mereka yang
memiliki perbadanan yang dimiliki oleh kapitalis
S Berpendidikan
tinggi dan ramai yang mempunyai ijazah, pasca-ijazah dan mampu menghantar
anak-anak ke institusi pengajian tinggi swasta
S Cth:
Pekerja-pekerja profesional spt doktor, jurutera, peguam
S Terdiri
daripada kelas menengah atasan dan kelas menengah bawahan
S Golongan
yang tergolongan dalam kelas menengah atasan adalah yang berpendidikan tinggi,
profesional dan dengan pendapatan yang tinggi
S Golongan
kelas menengah bawahan pula terdiri daripada orang yang kurang berpendidikan
dan mempunyai gaji yang rendah seperti pengurus, cikgu dan setiausaha
3) Kelas Pekerja
S
Terdiri daripada pekerja-pekerja yang melakukan
tugas-tugas rutin yang memerlukan penyeliaan seperti pekerja kilang, buruh
kasar
S
Biasanya tidak berpendidikan tinggi dan pendapatan
mereka amat dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa
S
Selalunya dipanggil dengan “working poor”
S
Juga terdiri daripada pekerja-pekerja yang mahil
seperti tukang kayu, tukang paip, juruelektrik yang dipanggil sebagai pekerja
kolar biru
S
Produktif (penghasilan barangan) dan tidak
produktif (memberi perkhidmatan)
S
Kesan perindustrian juga membawa kepada keperluan
tenaga buruh yang mahir terutamanya yang bagi yang pandai menggunakan teknologi
moden
S
Terbahagi kepada buruh mahir, buruh separuh mahir
dan buruh tidak mahir
S
Buruh mahir dibayar dengan gaji yang lebih tinggi
berbanding dengan buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir
S
Kebanyakan buruh tidak mahir pula menerima
pendapatan yang rendah atau dibayar gaji yang kurang (selalunya dipanggil
sebagai kelas pekerja miskin)
4) Kelas Bawahan
S Terdiri
daripada mereka yang bergelut dengan kemiskinan kerana tidak mempunyai
pekerjaan yang tetap
S Taraf
pendidikan adalah amat rendah dan sukar untuk mengubah status kepada lebih
tinggi
S Biasanya
juga disebut sebagai kelas pekerja
S Terlibat
dalam pekerjaan-pekerjaan yang bersifat tenaga dan buruh
S Kemiskinan,
kehilangan tempat tinggal dan pengangguran
S Menghadapi
pelbagai masalah iaitu keperluan-keperluan asas seperti makanan dan minuman serta
pakaian yang tidak mencukupi, masalah kesihatan
S Dalam
masyarakat kapitalis, kelas ini adalah kelas yang tidak mempunyai sebarang
sumber atau alat pengeluaran
S Telah
digunakan oleh kelas pemodal sebagai tenaga kerja dalam pengeluaran
Pengaruh
Kelas Ke Atas Masyarakat
1) Peluang Kehidupan
] Mereka
yang berada di kelas atasan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menikmati
penginapan, makanan dan pakaian yang lebih selesa berbanding kelas lain
] Kelas
atasan juga berpeluang untuk hidup lebih lama dan lebih sihat berbanding kelas
bawahan
] Kelas
atasan selalunya tinggal di perumahan yang mewah dan dilengkapi dengan segala
kemudahan
] Selalunya
orang yang tinggal di rumah mewah ini terdiri daripada kelompok orang yang kaya
] Kelas
bawahan pula hanya tinggal di rumah yang tidak seberapa, kotor dan tidak selesa
serta tidak mempunyai kemudahan
] Makanan
yang dimakan oleh golongan dari kelas atasan adalah lebih mewah dan mahal
seperti Lobster, Chicken Chop berbanding dengan golongan dari kelas bawahan
yang hanya makan nasi dengan lauk yang tidak seberapa ataupun terdapat
sesetengah yang terlalu miskin dan mereka tidak berpeluang untuk membeli
makanan dan sentiasa kelaparan
] Pakaian
bagi golongan kelas atasan adalah terdiri daripada jenama yang mahal dan
kualitinya adalah bagus (Chanel, Hermes). Mereka juga bangga dengan
jenama-jenama dari luar negara
2) Gaya Hidup
]
Kelas atasan dan menengah adalah lebih cenderung
untuk terlibat atau aktif dengan aktiviti di luar rumah
]
Mereka juga lebih cenderung untuk berkawan atau
berhubungan dengan kawan-kawan sekerja atau pelbagai komuniti, kelab
]
Kehidupan sosial kelas bawahan pula tertumpu
kepada keluarga dan sanak-saudara
]
Mereka dari kelas berbeza juga cenderung untuk
memilih surat khabar, majalah, buku atau program-program di kaca televisyen
atau filem yang berbeza
]
Kelas atasan biasanya tidak menggemari menonton tv
yang dianggap bosan atau untuk remaja sahaja
Comments
Post a Comment