AGAMA DAN PERANANNYA DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
1. Kebenaran untuk Prinsip Moral (Sanctions for The Principles of Morality)
]
Agama
menyediakan bukti prinsip-prinsip moral seperti keadilan, kejujuran, kebenaran,
toleransi, pengorbanan, persaudaraan, kebajikan dan bantuan kepada orang-orang
miskin serta lain-lain
]
Kualiti-kualiti
moral dan sosial ini sudah tentu boleh diperolehi tanpa melalui agama
]
Namun,
jika tiada kepercayaan agama yang kukuh, maka nilai-nilai tersebut kehilangan
maknanya dan ia hanya akan menjadi cadangan dan nasihat semata-mata di mana
nasihat dan cadangan sama ada hendak diterima atau ditolak oleh seseorang
individu adalah kebebasannya
]
Kualiti
moral ini adalah berdasarkan kepada perasaan dalaman dan juga iman
]
Secara
semula jadi, ia adalah berada di luar skop undang-undang yang biasa
]
Agama
ini bermaksud kepercayaan seseorang kepada kewujudan sesuatu kuasa atau Tuhan
dan seseorang itu hanya akan beriman kepada-Nya sahaja di mana kewujudan
tersebut mengetahui seseorang individu itu sama ada dari segi dalamannya atau
luarannya serta mempunyai kawalan yang sepenuhnya ke atas individu tersebut,
serta menanam sifat-sifat atau nilai-nilai yang baik dalam individu tersebut
yang mendorong individu tersebut untuk menjalakan tanggungjawabnya dan jika perlu
berkorban demi orang lain
]
Tanpa
sokongan agama, moral adalah sekadar moral yang biasa sahaja kerana tanpa
agama, rasa tanggungjawab juga akan turut hilang
2. Kuasa Untuk Mengatasi Masalah Kehidupan
S
Agama
menyediakan kuasa untuk seseorang menghadapi masalah atau kesukaran dalam hidup
S
Ia
juga berfungsi sebagai benteng kepada seseorang apabila mereka berasa putus
harapan ataupun putus asa
S
Seseorang
yang mempunyai iman dan kepercayaan yang kuat kepada Tuhan tidak akan berasa
dirinya berada dalam kesusahan atau keadaan yang terdesak
S
Hal
ini kerana ia percaya bahawa Tuhan akan melindunginya dan menunjukkannya jalan
penyelesaian yang terbaik bagi menghadapi kesusahannya
S
Dengan
iman yang kuat ini, maka seseorang percaya bahawa setiap masalah dapat
diselesaikan dengan bantuan daripada yang Maha Berkuasa tersebut dan ia juga
dapat mengelakkan seseorang berasa kecewa dan putus asa
S
Jadi,
bagi seseorang yang mempunyai iman yang kuat, ia tidak akan melakukan perbuatan
yang bodoh seperti membunuh diri, atau menghidap penyakit-penyakit seperti
masalah mental atau tekanan emosi atau masalah psikologi yang merupakan punca
daripada rasa kesedihan dan kekecewaan
S
Oleh
itu, agama merupakan motivasi kepada seseorang manusia dan juga merupakan salah
satu faktor yang menyebabkan manusia menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran
serta menyelamatkan ia daripada kesan buruk kegagalan dan kekecewaan
3. Pertemuan dengan Ideologi Vacuum
«
Seseorang individu tidak boleh hidup dalam
ideologi vacuum terlalu lama kerana kecenderungan untuk ke arah fahaman yang
salah serta nilai-nilai yang palsu adalah lebih besar
«
Hal
ini kerana pengaruh daripada kepercayaan-kepercayaan yang karut akan
menyebabkan seseorang mempunyai fahaman yang salah
«
Cth:
Penyembahan berhala, kepercayaan khurafat
«
Semua
ini berasal daripada “spiritual vacuum”
«
Hanya
agama sahaja yang boleh mengisi “ideological and intellectual vacuum” dan boleh
menyelamatkan daripada terjeremus dalam ideologi dan pemikiran yang tidak
rasional
«
Oleh
itu, pemahaman terhadap agama amatlah penting kerana dapat memerangi
kepercayaan khurafat
«
Dan
jika agama itu tidak difahami betul-betul oleh seseorang individu, maka ia juga
boleh menggalakkan kepada kepercayaan karut
4. Bantuan dalam Kemajuan Sains dan Pengetahuan
6
Agama
boleh membantu dalam memajukan sains dan pengetahuan kerana asasnya diletakkan
pada “freedom of will” dan semua orang adalah bertanggungjawab terhadap
perbuatan mereka sendiri
6
Iman
dalam agama mengajar bahawa pengetahuan tanpa batas adalah sumber alam semesta
6
Setiap
sumber dalam alam semesta ini akan mendorong seseorang untuk terus mengkaji dan
mencari kebenaran
6
Sikap
ini akan terus merangsang pemikiran berterusan terhadap mekanisme penciptaan
dan seterusnya membawa kepada kemajuan dalam sains dan pengetahuan
6
Hal
ini kerana naluri manusia pada dasarnya adalah berasaskan kepada agama
6
Selain
itu, seseorang saintis yang sanggup mengorbankan dirinya untuk mencari sesuatu
kebenaran di alam semesta ini
6
Cth:
Newton (berkaitan dengan graviti)
6
Bagi
seseorang yang benar-benar mengikuti ajaran agama, maka ia dapat menemui banyak
rahsia alam semesta ini melalui kajian yang dilakukannya
5. Memerangi Diskriminasi
T
Agama
sangat menentang diskriminasi berdasarkan warna kulit, bangsa atau kelas
T
Hal
ini kerana agama menganggap bahawa setiap manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan
dan semua negara adalah negara Tuhan
T
Maka,
semua adalah sama di mata Tuhan dan menikmati kasih sayang dan kebaikan
daripada Tuhan
T
Menurut
ajaran Islam, tidak ada seorang pun yang lebih superior kepada orang lain
berdasarkan kepada warna kulit, bangsa, keturunan, bahasa atau kelas
6. Roots of Religious Sense
Y
Agama
telah berakar umbi dalam kehidupan manusia sekian lama dan ia boleh dilihat
melalui rekod-rekod sejarah berkaitan dengan kehidupan manusia
Y
Kajian-kajian
yang dijalankan oleh ahli sosiologi dan ahli sejarah terdapatnya tempat-tempat
ibadat dalam sesebuah masyarakat dan ia mempunyai pengaruh ke atas kehidupan
sesebuah masyarakat
Y
Dari
sudut pandangan psikologi, perhubungan antara manusia dengan agama telah
membuktikan bahawa perasaan beragama adalah naluri asas yang terdapat dalam
setiap manusia adalah unsur-unsur semula jadi manusia
Comments
Post a Comment