Skip to main content

Gender dan Agama: Wanita dan Agama Islam


Contoh Soalan:
Undang-undang yang mengatur institusi perkahwinan adalah salah satu punca kelemahan status kewarganegaraan dan autonomi seorang wanita Muslim. Namun, perubahan dalam perundangan syariah boleh mengangkat status wanita melalui kesetaraan antara suami dan isteri.

Huraikan penggubalan semula undang-undang Syariah di Morroco dan Tunisia yang bertujuan untuk mempertingkatkan hak wanita Muslim yang berkahwin daripada aspek-aspek yang berikut:
a)   Poligami
b)  Peranan wali dalam majlis pernikahan
c)   Perceraian

PENGGUBALAN SEMULA UNDANG-UNDANG SYARIAH DI TUNISIA DAN MOROCCO
   Kedua-dua negara majoriti Muslim di Afrika Utara iaitu Tunisia dan Morroco merupakan contoh negara yang memperkenalkan perubahan kepada undang-undang Syariah berkaitan perkahwinan dan poligami
   Rang undang-undang keluarga dan status diri di Morroco digelar Mudawwana manakala Tunisia pula dikenali sebagai Majalla

Peranan Wali dalam Majlis Pernikahan
1.  Tunisia
v Pengantin perempuan tidak memerlukan wali dalam majlis pernikahan
v Kedua-dua pihak mempunyai hak untuk menjalankan perkahwinan sendiri atau melantik wakil
v Hal ini menunjukkan definisi perkahwinan untuk wanita Muslim telah berubah
v Perubahan ini juga telah memberi wanita kuasa dalam akad nikah
v Hak untuk berkahwin telah berubah daripada tanggungjawab wakil-wakil keturunan (patrilineal) kepada hak individu
v Melemahkan kuasa lelaki dalam mengatur pernikahan ahli keluarganya
v Perkahwinan paksa juga diharamkan
v Clause yang menyatakan bahawa tanggungjawab isteri untuk mematuhi suaminya juga dikeluarkan daripada Majalla
v Perempuan dan lelaki mempunyai hak yang sama dalam perkahwinan

2.  Morroco
v Wali tidak boleh memaksa pengantin perempuan untuk berkahwin
v Melarang perkahwinan paksa kerana amalan tersebut bertentangan dengan undang-undang Syariah
v Berpendapat bahawa sesiapa yang memaksa seseorang wanita itu untuk berkahwin tanpa kerelaan adalah mengingkari perintah Allah dan Rasul serta merupakan satu bentuk ketidakadilan yang nyata dan tidak menepati nilai-nilai dan ciri-ciri dalam Islam
v Namun, wali boleh meneruskan pernikahan tanpa persetujuan pihak perempuan jika wanita tersebut pernah melakukan perbuatan yang “kurang sopan” di mata keluarga
v Pengantin perempuan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki yang tidak direstui oleh wali bagi pihak perempuan

Poligami
1.  Tunisia
v Poligami adalah dilarang sama sekali untuk lelaki
v Lelaki yang berpoligami akan dipenjarakan atau didenda atau kedua-duanya


2.  Morroco
v Poligami dibenarkan dengan syarat yang ketat dan tertakluk kepada pengawasan kehakiman

Perceraian
1.  Tunisia
v Menghentikan keistimewaan talak
v Perceraian hanya boleh berlaku dan disahkan di mahkamah
v Wanita juga boleh meminta dan mengusulkan perceraian atas sebab-sebab dan cara yang sama dengan lelaki
v Seorang wanita yang diceraikan tanpa sebab musabab boleh diberikan mu’tah (bayaran pampasan dari suami kepada isteri, dibayar selepas bercerai secara talak atau di mana kesalahan berada di pihak suami) dalam bentuk jumlah wang yang besar, pindah milik harta atau bayar secara ansuran bulanan
v Jumlah yang dibayar tersebut hendaklah ditentukan berdasarkan taraf hidup yang bersesuaian dengan wanita tersebut

2.  Morroco
v Talak hanya boleh dilakukan dengan sah selepas rundingan/merujuk dan di hadapan hakim Syariah
v Membenarkan penceraian kepada kedua-dua pihak suami dan isteri dengan alasan tiada persefahaman









SUNAT ATAU KHITAN UNTUK ANAK PEREMPUAN

Apa itu Khitan/Sunat untuk Perempuan?
ƒ  Khitan untuk perempuan adalah berbeza daripada lelaki
ƒ  Ia juga mempunyai cara yang berbeza dan perbezaan tersebut bergantung kepada budaya yang berlainan
ƒ  Di Malaysia, Khitan melibatkan potongan kecil atau tusukan dengan jarum pada lapisan luar kelentit
ƒ  Khitan secara lazimnya dilakukan oleh bidan ke atas bayi perempuan daripada umur 2 minggu atau sebelum 2 tahun di Asia hingga 15 tahun di Afrika

Khitan dalam Masyarakat Islam
ƒ  Amalan khitan tidak ternyata dalam al-Quran. Namun ia terkandung dalam hadis yang dikumpulkan oleh Abu Dawud
ƒ  Sesetengah ulama berpendapat bahawa amalan khitan ternyata dalam hadis yang lemah
ƒ  Cara mengamal dan tujuan ia diamalkan juga tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci
ƒ  Ulama di seluruh dunia mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu khitan ini: ada yang mewajibkannya, ada yang menentang keras amalan ini, ada yang menasihatkan supaya tidak keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan dan menekankan kemakruhan amalan tersebut

Sebab-Sebab Khitan Diwajibkan
ƒ  Kedua-dua lelaki dan perempuan terutamanya ahli keluarga menerima amalan khitan ini
ƒ  Anak perempuan yang tidak berkhitan dianggap sebagai “kotor” dan sukar mendapat pasangan yang menerimanya
ƒ  Maka, terdapat tekanan sosial untuk melaksanakan amalan khitan atas anak perempuan
ƒ  Wanita yang berkhitan dianggap mempunyai keinginan seksual yang rendah di mana berkhitan ini dianggap dapat mengawal seksualiti wanita secara fizikal

Kesan Khitan Terhadap Golongan Perempuan
ƒ  Kesan khitan bergantung kepada jenis, kemahiran orang melakukannya, kebersihan alat yang digunakan dan keadaan anak perempuan semasa prosedur dijalankan
ƒ  Kesan jangka masa pendek adalah kejutan, kesakitan, infeksi, septicemia dan kematian
ƒ  Kesan jangka panjang pula adalah termasuk kesulitan semasa melahirkan anak, kesulitan menahan pembuangan air kencing, masalah seksual dan trauma

PERKAHWINAN BAWAH UMUR
_ Perkahwinan bawah umur 16 tahun merupakan satu isu yang kompleks dan saling berhubungkait dengan budaya-sosial dan ekonomi
_ Ibu bapa yang miskin boleh membuat pilihan untuk mengahwini anak mereka sebagai satu bentuk perlindungan
_ Namun, perkahwinan bawah umur digunakan untuk menutup aib perogol dan keluarga mereka
_ Ini bermakna seorang perempuan berumur 9-15 tahun perlu berkahwin dengan perogol mereka
_ Bilangan kes perkahwinan bawah umur adalah tinggi
_ Perogol boleh menawarkan sebanyak RM5000 kepada keluarga mangsa untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah dengannya
_ Malaysia mempunyai perundangan yang menjadikan “grooming” untuk tujuan perkosaan kanak-kanak bawah umur satu jenayah yang berat
_ Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan seumur 9 tahun cukup bersedia daya tahan fizikal dan psikologi untuk bernikah dan membuat hubungan seksual
_ Dalam erti lain, peranan seorang isteri di Malaysia adalah untuk memuaskan nafsu lelaki dan melahirkan anak sahaja
_ Di Malaysia, hubungan seksual dengan seorang remaja bawah umur 16 tahun adalah dilarang di sisi undang-undang
_ Ia adalah dilarang walaupun hubungan seksual tersebut secara suka sama suka dan ia dianggap sebagai merogol di bawah umur
_ Perundangan di Malaysia juga tidak melarang/menjadikan perkosaan dalam perkahwinan (marital rape) satu jenayah
_ Perkosaan dalam perkahwinan merupakan keganasan yang menyokong fahaman sosial mengenai status seorang isteri yang tidak boleh menolak permintaan seksual dan wujud sebagai objek seksual untuk suaminya
_ Perkosaan dalam perkahwinan akan menyebabkan mangsa bawah umur untuk terus menderita
_ Malaysia mempunyai masalah dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak
_ Namun kini, nikah bawah umur boleh digunakan untuk menutup kes jenayah deraan seksual terhadap kanak-kanak

Kesan Nikah Bawah Umur kepada Anak Perempuan
_ Boleh mendatangkan kesulitan semasa hamil dan bersalin terutamanya kepada perempuan yang berusia antara 14-19 tahun
_ Menyukarkan pengalaman bersekolah dan pilihan untuk meneruskan pendidikan
_ Kecenderungan terhadap keganasan rumah tangga (remaja perempuan menjadi mangsa) adaah tinggi terutamanya apabila jarak umur antara suami dan isteri adalah besar
_ Perkahwinan bawah umur ini melanggar hak asasi kanak-kanak
_ Menurut fatwa yang dikemukakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2014, perkahwinan bawah umur tidak wajib dan tidak digalakkan


Langkah-Langkah untuk Membasmi Perkahwinan Bawah Umur
_ Memperkasakan anak perempuan dengan maklumat mengenai kesan perkahwinan bawah umur dan perundangan, kemahiran (berkomunikasi, negosiasi, berdikari) dan rangkaian sokongan seperti keluarga, sekolah dan komuniti
_ Mendidik keluarga dan ahli-ahli komuniti untuk mencabar tradisi dan budaya yang membatas peluang kanak-kanak perempuan
_ Meningkatkan peluang dan akses anak-anak perempuan kepada pendidikan berkualiti; menawarkan insentif seperti baju seragam baru dan biasiswa untuk yuran, makan, buku dan peralatan asas
_ Memberikan insentif kewangan dan kursus kemahiran yang menjana pendapatan kepada keluarga yang menggalakkan anak perempuan untuk meneruskan pendidikan di sekolah
_ Menyokong dan beradvokasi untuk perundangan yang melarang perkahwinan bawah umur, meningkatkan kesedara awam

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Menjawab Rumusan - Carta Pai (独中, UEC, 统考)

Hi, semua...Kali ini saya ingin mengajar cara untuk menjawab soalan rumusan bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian ataupun dikenali sebagai 独中. 这个教法只是给学生们做参考而已。如果你们的学校有用自己的方式,那你们就跟着学校的方式。 首先,我们需要知道独中 RUMUSAN 是要有 四段 。记得, 一定要四段 。 没有四段的话,会被扣分 的。所以,不想被扣分,就一定要写四段哦!字数也 不能超过 120个字。 那么那四段是要写什么呢?详细的,之后会在慢慢说。 Perenggan pertama (第一段) 是写 pendahuluan . Pendahuluan 要写什么呢?Pendahuluan 要写 rumusan 的题目。第一段只需要写 一个句子 。 Perenggan kedua (第二段) 是写 isi tersurat . 要到哪里找呢?这个 isi tersurat 已经在你们的眼前了。就是图里所有的资料都能写。那么 isi tersurat 需要写几个呢? 最少写四个 , 最多只能写六个 。 Perenggan ketiga (第三段) 是写 isi tersirat . Isi tersirat 要在哪里找呢?图里有吗?名字都是 isi tersirat, 当然图里没有了。你们需要自己想 isi tersirat. 能写的 isi tersirat 包括 sebab/faktor/punca (原因),kesan/implikasi (结果/后果), langkah/cara/usaha (方法)。   Perenggan keempat (第四段)  是写 kesimpulan . 记得这个 kesimpulan 一定要写三个重要的字。那就是 Kesimpulannya, haruslah, supaya/agar . 这三个字一定要写,不然你们会被扣分。Contoh ayat: Kesimpulannya , ..... 谁 ...... haruslah ..... 做什么 ....... supaya/agar ..... 得到怎样的结果 ..

Teknik Menjawab Rumusan - Jadual (独中, UEC, 统考)

  Hai, semua. Sebelum ini, saya sudah menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk carta pai. Kali ini, saya ingin menunjukkan cara untuk menjawab soalan rumusan berbentuk jadual. 那我们就来看看 jadual 的样子吧! Contoh Soalan: Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu di jalan raya tahun 2019. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan . Kesalahan yang Dilakukan oleh Para Pemandu di Jalan Raya Tahun 2019 Jenis Kesalahan Jumlah (kes) Memotong di garisan berkembar 55 Melanggar lampu isyarat 100 Memandu melebihi had laju 150 Memandu tanpa lesen 88 Memandu di lorong kecemasan 40   之前已经向大家解释了要怎么写 rumusan. 所以,这次的 rumusan 我不会再详细的解释。因为 jadual 的写法是跟 carta pai 的差不多。所以,你们可以根据 carta pai 的写法来写 jadual 的 rumusan. 好了,不浪费时间了!我们马上开始写!   Rumusan Lengkap

Prinsip Kerja Sosial: Peranan Pekerja Sosial

1.   Enabler Menyatakan keperluan, menjelaskan dan mengenal pasti masalah, meneroka pelbagai strategi penyelesaian, memilih dan mengaplikasikan strategi serta membangunkan potensi klien supaya mereka berupaya mengendalikan masalah dengan lebih berkesan. Biasanya, pekerja sosial juga akan memberi kaunseling bagi membantu klien bertindak melakukan perubahan 2.   Orang Tengah (Broker) Menhubungkan klien yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang tidak tahu untuk mendapatkan sumber dengan menyediakan sumber-sumber yang ada di persekitaran. Pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti sumber dan peluang yang boleh digunakan oleh klien dalam proses memberi pertolongan. Pekerja sosial juga haruslah pandai untuk menilai keadaan klien berkaitan dengan budaya, kelemahan, keupayaan lisan, kestabilan emosi, kecerdasan/kebijaksanaan dan komitmen klien untuk berubah. Pekerja sosial juga haruslah pandai menilai sumber iaitu mereka mesti memahami apakah perkhidmatan yang ditawa