Strategi Perlindungan Sosial (Social Security/Protection
Strategies)
@ Merangkumi sekumpulan program perlindungan yang
disediakan sendiri oleh anggota masyarakat menerusi siri intervensi @ kaedah
awam. Program perlindungan ini diperlukan bagi bertindak balas dengan
pemberhentian pendapatan @ pengurangan dalam tahap pendapatan/ekonomi
individu/masyarakat yang berpunca daripada keuzuran, menghindari penyakit, cuti
bersalin, kemalangan pekerjaan, diberhentikan kerja, pengangguran, keilatan,
umur tua dan kematian yang dialami oleh pencari nafkah utama sesebuah keluarga.
Ia juga meliputi bantuan perubatan/kesihatan dan pemberian subsidi kepada
keluarga individu
@ Umumnya, perlindungan sosial ini adalah disediakan oleh
masyarakat secara kolektif bagi meningkatkan, menjamin dan melindungi
kesejahteraan masyarakat dan merangkumi program-program perlindungan sosial
yang disediakan secara kolektif dengan berasaskan sukarela
Objektif Perlindungan Sosial
1.
Untuk
mengurangkan bebanan ekonomi
2.
Untuk
mencegah, mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan
3.
Pengurusan
risiko
@ Tujuan perlindungan sosial adalah untuk meramalkan
keadaan sosial yang boleh membawa kepada kemiskinan, penggangguran, persaraan
dan lain-lain serta membuat peruntukan yang disediakan dalam keadaan tersebut
supaya tiada sesiapa yang akan jatuh ke dalam kemiskinan
4.
Untuk
mengagihkan semula sumber-sumber ekonomi
5.
Untuk
menggalakkan pertumbuhan ekonomi
6.
Untuk mengintegrasikan
masyarakat sebagai sebuah entiti yang kolektif
Ciri-ciri Asas Prinsip Insurans Sosial
1. Penyertaan
wajib/mandatori
| Cth: Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1951 mewajibkan
rakyat mencarum ke dalam KWSP dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
2. Tajaan selia
kerajaan
| Memantau, menyelia dan campur tangan dalam hal-hal
tertentu sahaja
| Cth: Program Pencen Awal di Malaysia
3. Melibatkan
sumbangan/caruman kewangan
| Sumber utama bagi membiayai program perlindungan sosial
dipungut dan dikumpul daripada sumbangan dan caruman yang dibuat oleh pekerja,
majikan @ kedua-dua pihak
| Cth: Kadar caruman semasa skim KWSP, skim PERKESO (Skim
Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat)
4. Kelayakan
berdasarkan caruman/sumbangan
| Berdasarkan kepada rekod caruman/sumbangan yang telah
dibuat
5. Manfaat
dinyatakan dan tertakluk oleh undang-undang negara
| Ditentukan oleh sekumpulan peraturan dan undang-undang
yang dikawal ketat oleh kerajaan
| Cth: Akta PERKESO 1969 telah menetapkan siapa yang layak
menjadi ahli PERKESO
6. Kewujudan manfaat
tambahan yang tidak berdasarkan kepada caruman yang dibuat
| Mempunyai mekanisme agihan semula kepada pekerja yang
berpendapatan rendah
| Cth: Skim-skim insurans kesihatan dan program pencen
manfaat serata
7. Melibatkan
perancangan dan pelaburan kewangan yang selamat bagi jangka masa panjang
| Berkemampuan untuk memberi jaminan perlindungan dan
keselamatan untuk semua generasi
Jenis Strategi Perlindungan Sosial
1. Caruman
Mandatori
| Bersifat selektif dan minimal
| Semua skim yang pernah dilakukan oleh pekerja sepanjang
tempoh pekerjaan mereka
| Ganti rugi/pampasan dari kehilangan pendapatan
| Untuk menyediakan perlindungan sosial dan stabiliti
ekonomi kepada individu yang kemampuan bekerjanya terganggu sementara/selamanya
| Cth: Skim Pencen KWSP, Skim Pencen Ilat PERKESO, Skim
Kecacatan Sementara/Kekal PERKESO
2. Kontinjensi Caruman
Wajib
| Bersifat kategorikal serta bersyarat
| Bayaran/bantuan yang diberikan bergantung kepada tahap
pencacatan atau kemalangan
| Kelayakan tidak bersifat automatik tetapi mesti disokong
oleh bukti perubatan
| Untuk menyediakan perlindungan sosial dan stabiliti
ekonomi kepada individu yang kemampuan bekerjanya terganggu
| Untuk membantu menampung kos-kos tambahan perubatan,
penjagaan kesihatan
| Cth: Skim Pencen Ilat, Skim Kecacatan Sementara, Skim Kecacatan
Kekal, Skim Bencana Pekerjaan, Skim Penyakit Khidmat, PERKESO; kemudahan
perkhidmatan perubatan kerajaan; Elaun Layanan Sentiasa
3. Bantuan
Sosial yang berasal daripada Caruman Wajib
| Kategorikal
| Berdasarkan kepada keperluan individu
| Biasanya diberikan bersama-sama dengan skim kontinjensi
caruman wajib
| Kelayakan tidak bersifat automatik tetapi mesti disokong
oleh bukti perubatan
| Untuk menyediakan perlindungan sosial dan stabiliti
ekonomi kepada individu yang kemampuan bekerjanya terganggu
| Untuk membantu menampung kos-kos tambahan perubatan,
penjagaan kesihatan
| Untuk membantu mengurangkan bebanan kemiskinan yang
dialami dan menyediakan jaringan bantuan sosial dan ekonomi
| Cth: Skim Pemulihan Fizikal, Pemulihan Perubatan dan
Pemulihan Vokasional PERKESO; Skim Faedah Orang Tanggungan; Skim Bantuan
Pengurusan/Pengembumian; Skim Penyakit Khidmat; Skim Pencen Penakat
4. Pengecualian
Cukai dan Pemberian Elaun
| Bantuan yang diterima merupakan satu bentuk pulangan
semula dari simpanan/caruman @ sumbangan yang telah dibuat oleh pekerja semasa
tempoh bekerjanya
| Kategorikal dan insurans sosial bersyarat
| Rekod sumbangan caruman semasa tempoh bekerja dan tahap
pendapatan
| Untuk memperkenalkan pelbagai bentuk simpanan untuk masa
hadapan
| Untuk melengkapkan sokongan bantuan kewangan individu dan
ahli keluarganya
| Untuk menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang
berpendapatan rendah
| Cth: Skim Pengeluaran Pembelian Rumah KWSP, Skim Cuti
Bersalin, Skim Insurans Peribadi, Skim Elaun Keluarga
Comments
Post a Comment