BINCANGKAN KESAN PSIKOLOGI DAN SOSIAL AKIL BALIGH.
(DISCUSS THE PSYCHOLOGICAL AND SOCIAL IMPACT OF PUBERTY)
Akil Baligh
(Puberty)
Akil baligh merujuk kepada transformasi fizikal dari zaman
kanak-kanak ke zaman dewasa. Akil baligh juga menandakan seseorang individu
berupaya melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan kejantinaan orang
dewasa dan berkeupayaan untuk melahirkan anak. Terdapat tiga perubahan ketara
yang berlaku semasa akil baligh iaitu pertumbuhan yang cepat dan mendadak
terutamanya dalam ketinggian dan berat badan, perkembangan ciri-ciri seks
primer seperti organ pembiakan, hormon serta perkembangan ciri-ciri seks
sekunder seperti pertumbuhan dekat dada, pertumbuhan bulu pada kemaluan.
Perubahan komposisi badan, sistem pernafasan serta peredaran darah
1. Akil Baligh dan Harga Diri (Puberty and Self-Esteem)
Remaja akan
berusaha supaya mereka diterima dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya mereka. Apabila keadaan iaitu fizikal mereka mula berubah, remaja
akan mula rasa berbeza dan mereka juga akan menjadi sedar diri (self-conscious)
akan perubahan yang berlaku. Remaja perempuan akan menjadi semakin bimbang
dengan berat badan mereka manakala remaja lelaki pula fokus kepada pertumbuhan
otot. Remaja akan menjadi semakin prihatin terhadap imej badan (body image)
mereka terutamanya remaja perempuan yang akan membawa kepada harga kendiri yang
rendah. Ketampanan atau kecantikan fizikal merupakan sesuatu yang sangat penting
kepada remaja. Ia mempengaruhi harga kendiri dan penerimaan sosial remaja, ia
juga mempengaruhi personaliti, tarikan interpersonal dan perhubungan sosial.
2. Akil Baligh dan Moodiness Remaja (Puberty and Adolescent
Moodiness)
Remaja sangat
terkenal dengan “raging hormones” atau “mood swings” yang sangat drastik. Mood
remaja akan berubah sepanjang akil baligh antara gembira, sedih, marah,
bimbang, murung dan lain-lain. Remaja dianggap lebih “moodier” berbanding
dengan kanak-kanak atau orang dewasa. “The Beeper Study” menunjukkan mood
remaja adalah berubah secara berlebihan daripada orang dewasa. Mood remaja
dikatakan tidak stabil sepanjang masa. Tekanan hidup dikatakan sebagai punca
berlakunya “mood swings” dalam kalangan remaja. Perubahan mood remaja adalah
selari dengan perubahan dalam aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Remaja
dikatakan berada dalam mood yang sangat baik apabila mereka bersama-sama dengan
kawan-kawan atau melakukan aktiviti yang mereka.
3. Akil Baligh dan Perubahan dalam Corak Tidur (Puberty and
Changes in Patterns of Sleep)
Hormon juga boleh
mempengaruhi keperluan tidur remaja. Remaja cenderung untuk tidur lewat dan
bangun lewat daripada kanak-kanak atau orang dewasa. Cthnya terdapat remaja
yang tidur daripada pukul 1 pagi hingga 12 tengah hari atau 1 petang. Tidur
yang tidak cukup akan menyebabkan kesihatan mental yang rendah serta
menjejaskan pencapaian akademik mereka di sekolah.
4. Akil Baligh dan Hubungan Kekeluargaan (Puberty and Family
Relationships)
Hal ini akan
meningkatkan konflik antara ibu bapa dengan anak-anak mereka. Perkembangan
semasa akil baligh memberik kesan kepada hubungan interpersonal dalam sistem
keluarga. Remaja sering kali mengatakan bahawa rakan sebaya adalah lebih
penting daripada ibu bapa mereka. Remaja sering mempunyai konflik dengan ibu
bapa berkaitan dengan tingkah laku, kawan-kawan, pencapaian di sekolah dan
lain-lain berkaitan dengan mereka. Hal ini akan merenggangkan lagi hubungan
remaja dengan ahli keluarga mereka. Remaja mengatakan bahawa ibu bapa tidak memahami
apa yang dikehendaki oleh mereka.
5. Akil Baligh dan Hubungan Rakan Sebaya (Puberty and Peer
Relationships)
Remaja dikatakan
lebih rapat dengan rakan sebaya mereka apabila melalui akil baligh. Remaja
dilihat meluangkan masa yang banyak dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli
keluarga. Remaja berasa sangat seronok apabila mereka meluangkan masa
bersama-sama dengan rakan sebaya mereka berbanding dengan melakukan aktiviti
yang lain. Mereka juga dikatakan berada dalam mood yang baik apabila bersama dengan
kawan-kawan mereka. Remaja menyatakan bahawa rakan sebaya adalah lebih memahami
dan mudah menerima keadaan mereka berbanding dengan orang lain. Hubungan yang
mesra cenderung untuk berlaku dalam kalangan remaja yang mempunyai minat,
kepentingan serta latar belakang yang sama
6. Remaja Lelaki dan Perempuan yang Cepat Matang
Remaja lelaki yang
cepat matang lebih berbadan besar, lebih berotot dan lebih berminat dengan
aktiviti-aktiviti sukan serta lebih bernasib baik dalam hubungan sosial. Mereka
juga cenderung dipilih menjadi pemimpin dan lebih popular dalam kalangan remaja
perempuan. Remaja perempuan yang cepat matang akan berlaku perubahan yang
drastik dalam fizikal mereka seperti cepat tinggi. Hal ini akan menyebabkan
mereka rasa sedar diri (self-conscious) dan janggal. Namun, mereka adalah lebih
matang dan popular dalam kalangan lelaki. Mereka juga dikatakan pandai
menyesuaikan diri dan keluarga, mempunyai konsep kendiri serta hubungan yang
positif dengan orang lain. Remaja lelaki yang cepat matang mudah terlibat dalam
aktiviti anti-sosial seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol, ponteng sekolah
dan delinkuen. Remaja perempuan pula mempunyai masalah emosi, imej diri,
kemurungan, “eating disorders” dan panik
7. Remaja Lelaki dan Perempuan yang Lambat Matang
Remaja lelaki yang
lambat matang sering menerima keburukan sosial (sosial disadvantages) dan hal
ini akan memperkembangakan rasa rendah diri. Mereka dikatakan lemah berbanding
dengan remaja lelaki yang cepat matang. Remaja lelaki yang lambat matang juga dilihat
sebagai keanak-anakan, kurang popular, kurang menghias diri, kurang menarik
dari segi fizikal, lebih gelisah, suka memerintah dan memberontak,
kadang-kadang bersifat bergantungan, tidak cekap, tidak sempurna dan ditolak.
Remaja lelaki yang lambat matang juga kurang popular dalam kalangan remaja
perempuan. Remaja perempuan yang lambat matang pula selalunya kurang upaya dari
segi sosial. Mereka juga sering dilayan seperti budak kecil. Mereka juga kurang
popular dalam kalangan remaja lelaki.
Comments
Post a Comment