HEAD HUNTING
Iban
Tertumpu di Sarawak
Bermaksud orang @ manusia
Juga dikenali sebagai Dayak @ “Sea Dayak”
Bekas kumpulan pemburu kepala
Menyembah beberapa Tuhan. Antaranya ialah Singalang
Burung (Tuhan Perang), Salampandai (Tuhan Mencipta Manusia)
Merupakan ahli etnik yang terbesar di Sarawak
Kebanyakan mereka tinggal di rumah panjang yang biasanya
terletak di tebing sungai dan tepi jalan raya
Tujuannya adalah untuk memudahkan aktiviti kerja,
berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain
Percaya kepada nenek moyang tetapi pada zaman sekarang
mereka menerima agama Kristian sebagai pegangan hidup
Tujuan @ Rasional Menjalankan Amalan Memburu Kepala
1. Mempertahankan
Sumber
Mempertahankan sungai
a)
Sumber air
b) Sumber makanan: ikan
c)
tempat
memburu babi
d) pengangkutan: membolehkan kerjasama lebih berkesan dalam
tentera dan usaha untuk sara diri
e)
Tempat
perdagangan: boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti pedang, lembing,
barang keperluan seharian, makanan
Hutan (sumber makanan, air, tempat-tempat suci)
Ladang
Tanah (tempat untuk bercucuk tanam, mendirikan rumah)
Kubur nenek moyang (sebagai mercu tanda), jika usik nenek
moyang mereka, maka akan dianggap sebagai musuh
2. Mempertahankan
Rumah Panjang dan Komuniti
Mempertahankan rumah panjang, komuniti dan komuniti daripada
musuh (menyerang dulu sebelum diserang)
Dibuktikan melalui kepala musuh yang dipotong
Banyak kepala dipotonng, maka semakin berkuasalah seseorang
itu
Hal ini demikian kerana jika musuh memasuki rumah panjang
mereka, maka ia akan memusnahkan segala-galanya
Mempunyai ketinggian sehingga 20 kaki
Tengah rumah panjang adalah kediaman pemimpin, sebelahnya
adalah orang biasa dan hujung sekali adalah tempat hamba
Orang Iban potong kepala adalah untuk membalas dendam ke
atas kematian ahli keluarga yang terkorban di tangan musuh
Mereka akan potong kepala musuh yang cuba untuk
mencerobohi rumah panjang mereka
Mereka juga akan potong kepala orang yang telah menculik
anak perempuan kerana bagi mereka ia merupakan sesuatu perkara memalukan dan
maruah mereka tercalar
Oleh itu, mereka akan potong kepala orang yang telah
menculik anak perempuan mereka
Untuk menjaga keamanan dan kedamaian komuniti
3. Rite De Passage
Orang lelaki yang memotong kepala akan dianggap berani,
gagah dan kuat serta dianggap sebagai pahlawan
Ramai wanita yang suka pada lelaki yang potong kepala.
Bagi mereka, lelaki yang potong kepala berkemampuan untuk mempertahankan isteri
dan anak
Seseorang lelaki yang potong kepala akan layak untuk
berkahwin
Hal ini membuktikan bahawa mereka telah menjadi seorang
lelaki dewasa dan meninggalkan segala sifat kebudak-budakan mereka
Mereka juga akan mudah untuk diterima sebagai menantu
ketika mereka mencari calon
Potong banyak kepala boleh menjadi pemimpin
Menaikan taraf sosial seseorang
Pertukaran status daripada remaja kepada orang dewasa,
orang kebanyakan kepada pemimpin, status rendah kepada status tinggi
Berebut kuasa untuk menjadi seorang pemimpin
Mereka boleh pakai tatto dan subang yang diperbuat
daripada kuku helang
Comments
Post a Comment