1. Remaja
Zaman peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa.
Merupakan proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang
diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Zaman remaja
bermula apabila organ-organ peranakan dan ciri-ciri jantina sekunder (bulu
badan, buah dada dan sebagainya) mula berubah di zaman akhir kanak-kanak.
Remaja berumur antara 13-19 tahun yang memasuki usia kira-kira 1-10-12 tahun
dan berakhir 18-22 tahun. Remaja juga bermaksud kebolehan untuk menggunakan
pemikiran abstrak serta memikirkan pelbagai penyelesaian kepada sesuatu masalah
2. Social
Redefinition
Proses di mana kedudukan individu atau statusnya ditakrif
semula oleh masyarakat. Remaja berasa lebih matang dan menjadi lebih
“self-governing”. Mereka berfikir secara berbeza berkaitan dengan “dating”,
perkahwinan dan seksualiti. Juga menandakan bahawa perubahan dalam hubungan
dengan orang lain. Remaja juga mengalami perubahan dalam status seperti
interpersonal, politik, ekonomi dan undang-undang. Ia juga membawa erti bahawa
masyarakat tidak melihat anda sebagai remaja tetapi sebagai orang dewasa
3. Egocentrisme
Ketidakupayaan untuk melihat sesuatu keadaan dari sudut
pandangan orang lain. Hanya dapat melihat satu “point of view” dan mengganggap
“point of view” orang lain adalah sama dengan “point of view” diri sendiri.
Seseorang yang menjadikan dirinya sendiri sebagai titik pusat pemikiran
4. Penyalahgunaan
Bahan (Substance Abuse)
Merujuk kepada penggunaan bahan yang berbahaya iaitu
psikoaktif seperti alkohol dan dadah. Ia juga bermaksud menggunakan bahan-bahan
seperti dadah, alkohol atau gam secara salah atau menyalahi undang-undang
bertentangan dengan kepentingan rawatan serta fungsinya.
5. Puberty
Transformasi fizikal dari zaman kanak-kanak ke zaman
dewasa menandakan seseorang individu berupaya melakukan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kejantinaan orang dewasa dan berupaya melahirkan anak bagi
wanita. Puberty adalah masa dalam kehidupan apabila lelaki atau perempuan
menjadi seksual matang. Ia adalah proses yang biasanya berlaku antara umur 10
dan 14 untuk kanak-kanak perempuan dan peringkat umur 12 dan 16 untuk
kanak-kanak lelaki. Ia menyebabkan perubahan fizikal dan memberik kesan kepada
kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah berbeza
6. Cliques
(Puak)
Kumpulan kecil yang terdiri daripada 2-12 orang. Biasanya
terdiri daripada jantina, umur, bangsa dan kelas sosial yang sama. Ia juga
dapat ditakrifkan melalui aktiviti yang sama serta melalui persahabatan.
Cliques juga menggalakkan pembangunan persahabatan yang rapat serta memudahkan
keintiman.
7. Crowds
Berbeza dengan cliques. Mereka terdiri daripada kumpulan
yang lebih besar dan ditakrifkan oleh reputasi dan stereotaip. Fungsinya adalah
untuk mencari individu dalam struktur sosial sekolah, untuk menyalurkan remaja
ke dalam persatuan-persatuan dengan orang yang tertentu, serta untuk berkhidmat
sebagai konteks yang memberi ganjaran kepada gaya hidup yang tertentu dan
memperkecilkan orang lain. Remaja cenderung untuk memuji crowds mereka sendiri
dan memburuk-burukkan crowds orang lain. Crowds juga dapat bertindak sebagai
kumpulan rujukan (reference group) di mana mereka menyediakan identiti tertentu
kepada individu. Berfungsi mempengaruhi tingkah laku dan sikap ahli-ahli
crowds. Harga kendiri adalah lebih tinggi bagi individu yang merupakan ahli
dalam crowds yang mempunyai status tinggi dalam sekolah. Cth kumpulan terdiri
daripada jocks, nerds, druggies, punks, populars dan lain-lain
8. Self-Conceptions
Adalah cara di mana seseorang individu memikirkan tentang
diri mereka dan menyifatkan tentang diri mereka. Ia juga mencerminkan bagaimana
remaja menilai dirinya sendiri
9. Self-Esteem
Di mana remaja merasakan
positif atau negatif tentang diri sendiri. Remaja yang mempunyai self-esteem
yang tinggi akan menghargai diri mereka sendiri, yakin pada diri sendiri,
melihat kepada ciri-ciri baik yang ada pada diri sendiri dan berasa bangga
dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Remaja yang mempunyai self-esteem yang
rendah pula mempunyai keyakinan diri yang rendah, malu, kemurungan, tekanan,
rasa diri mereka ini tidak cukup bagus dan lain-lain
Comments
Post a Comment