KAWALAN DAN DETERENS
{ Kawalan sosial adalah sala satu cara yang digunakan oleh
masyarakat untuk mengawal dan mempengaruhi tingkah laku ahlinya supaya
bersesuaian dengan norma-norma sosial serta tingkah laku yang telah ditetapkan
{ Kawalan termasuklah kawalan secara langsung, kawalan
tidak langsung, kawalan dalaman dan kawalan dari peluang aktiviti konvensional
berbanding aktiviti devian
{ Deterens pula merupakan pencegahan berbentuk hukuman
untuk mengawal tingkah laku serta menghalang seseorang melakukan jenayah
Kawalan Secara Langsung (Direct Control)
{ Hukuman dan ganjaran secara formal dan tidak formal yang
diberikan kepada masyarakat untuk memastikan tingkah laku mereka bersesuaian
dengan norma-norma yang ditetapkan
{ Ganjaran formal terdiri daripada kenaikan gaji, pemberian
sijil, pingat dan lain-lain
{ Ganjaran tidak forma pula adalah senyuman, pujian, hadiah
{ Cth: Jika seseorang remaja itu berkelakuan baik, maka ibu
bapanya akan memberi ganjaran tidak formal seperti pujian dan senyuman kepada
remaja tersebut
{ Cth: Jika remaja berbuat jasa kepada sekolahnya dengan
mendapat nombor satu dalam apa-apa pertandingan maka sekolah akan memberi
ganjaran formal seperti menyediakan sijil penghargaan serta pingat kepada
remaja tersebut
{ Hukuman juga terdiri daripada formal (hukuman yang
diberikan oleh sistem pengadilan jenayah: polis, mahkamah dan penjara) dan
tidak formal (pemulauan, ejekan, kritikan)
{ Cth: Bagi pesalah yang membuat kesalahan seperti membunuh
dan merompak, mereka akan dikenakan hukuman formal seperti hukuman mati @
penjara @ denda oleh sistem pengadilan jenayah
{ Cth: Bagi kanak-kanak atau remaja yang tidak berkelakuan
baik dan tidak dengar nasihat daripada ibu bapa mereka, maka mereka akan diejek
@ dikritik oleh orang lain @ dimarahi dan dipukul oleh ibu bapa mereka
{ Kanak-kanak atau remaja selalunya akan patuh dan akur
kepada perintah untuk mengelakkan diri mereka daripada dikritik atau bahan
ketawa oleh kawan-kawan mereka
{ Bagi mereka yang dipulau oleh masyarakat seperti tidak
menegur @ menjauhkan diri mereka daripada seseorang yang melakukan kesalahan
sosial
Kawalan Tidak Langsung (Indirect Control)
{ Berasaskan kepada keterikatan (attachment) dengan
individu yang konvensional seperti keluarga
{ Bergantung kepada penghayatan individu mengenai norma
sosial, nilai dan jangkaan peranannya melalui proses sosialisasi
{ Akibat daripada proses ini, inidvidu didorong untuk
mematuhi norma-norma sosial yang dipercayainya
{ Kawalan keluarga yang dikuatkuasakan oleh keluarga ke
atas anggota keluarganya
Kawalan Dalaman
{ Berasaskan perkembangan personaliti individu
(self-concept) @ kesedaran (consciousness)
{ Juga dikenali sebagai kawalan peribadi yang melibatkan
seseorang individu
{ Berdasarkan kepada sifat peribadi yang berada dalam diri
seseorang
{ Cth: Konsep kendiri @ motivasi diri yang sangat tinggi
dapat menangani kekecewaan seseorang
{ Cth: Seseorang yang mempunyai pegangan agama serta
nilai-nilai yang baik seperti penyayang, baik hati, perkemanusiaan akan
membendung seseorang untuk melakukan jenayah kerana bagi mereka ia merupakan
kesalahan yang amat besar untuk menyakiti seseorang
Kawalan Dari Peluang Aktiviti Konvensional berbanding
Aktiviti Devian
{ Satu bentuk kawalan yang diperoleh dari kesempatan yang
sah untuk mencapai kepentingan
{ Dengan sendirinya tingkah laku akan dikawal oleh
kepentingan itu melalui aktiviti konvensional yang dianggap sah
{ Cth: Bagi seseorang pelajar yang belajar dengan
bersungguh-sungguh dengan menghabiskan masa mereka dengan menelaah pelajaran
mereka supaya dapat mencapai keputusan yang baik. Secara tidak langsung, ia
dapat mengawal diri mereka daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak
berfaedah
Deterens
{ Merupakan satu ancaman yang berbentuk hukuman untuk
menghalang seseorang daripada melakukan kesalahan jenayah
{ Mencegah perbuatan jenayah tersebut dilakukan oleh orang
lain dan pada masa yang sama memberi pengajaran kepada diri sendiri agar tidak
mengulangi perbuatan yang sama
{ Merupakan satu ancaman yang disengajakan untuk menakutkan
individu-individu tertentu supaya mereka membatalkan rancangan mereka untuk
membuat kegiatan jenayah
{ Ancaman tersebut boleh didapati dalam kesakitan,
ketidakselesaan @ kesusahan yang diakibatkan oleh hukuman
{ Deterens boleh dibahagikan kepada 3
a)
Deterens Am (General Deterrence)
« Hukuman tersebut mencegah masyarakat umum daripada
melakukan kegiatan jenayah @ perbuatan-perbuatan yang dilarang
« Cth: Melalui pendidikan, kempen, media massa
« Hukuman yang diberikan kepada pesalah akan menjadi
pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan yang sama
b)
Deterens Khusus (Specific Deterrence)
« Ditujukan khusus kepada pesalah @ penjenayah tersebut
« Kesan ancaman yang menghalang seseorang daripada
melakukan kesalahan ulangan
« Berpandukan pengalaman hukuman yang pernah dirasai oleh
diri sendiri ekoran daripada perbuatan jenayah yang pernah dilakukannya
« Cth: hukuman penjara, pemulihan kepada penagih dadah @
alkohol
c)
Menghilangkan keupayaan (Incapacitation)
« Menghalang seseorang terus melakukan jenayah dengan cara
memasukkan penjenayah ke dalam penjara
« Ia dapat mematahkan keupayaan penjenayah untuk melakukan
kesalahan jenayah apabila mereka berada di dalam penjara
« Dapat menjaga keamanan dan kestabilan masyarakat
« Cth: Menjatuhkan hukuman penjara kepada perompak supaya
mereka tidak mempunyai peluang untuk melakukan perompakan
« Cth: Menjatuhkan hukuman mati kepada perogol supaya
mereka tidak dapat melakukan selama-lamanya
Comments
Post a Comment