Skip to main content

Psikologi Remaja: Remaja dan Media

THE LOCAL PTA HAS ASKED YOU TO ADDRESS THEIR PARENTS ABOUT THE EFFECTS OF MEDIA ON ADOLESCENT DEVELOPMENT. THEY ARE MOST CONCERNED WITH THE EFFECTS OF TELEVISION AND THE INTERNET ON THEIR CHILDREN'S WELL-BEING. EXPLAIN TO THESE PARENTS WHAT YOU KNOW ABOUT MEDIA IN THE HOME, THE TYPES OF ACTIVITIES FOR WHICH ADOLESCENTS TYPICALLY USE THE TELEVISION AND INTERNET, AND DISCUSS THE IMPACT OF SEXUAL, DRUG-RELATED, AND VIOLENT MESSAGES AND IMAGES ON ADOLESCENTS.

Definisi Media
[ Media merupakan salah satu saluran komunikasi yang penting kepada orang ramai
[ Media dapat memberi banyak maklumat kepada orang ramai
[ Teori Media
1.  Cultivation Theory
Media membentuk kepercayaan, kepentingan dan motif remaja tentang dunia ini
2.  Uses and Gratifications Approach
Kecenderungan remaja untuk memilih media di mana mereka terdedah. Cth: Remaja yang agresif lebih cenderung untuk membeli permainan video yang bersifat agresif
3.  Media Practice Model
Remaja bukan sahaja memilih apa yang mereka terdedah dengan media tetapi mentafsir dengan cara yang membentuk kesannya
[ Media yang digunakan oleh remaja di rumah adalah televisyen dan internet

Media Di Rumah
[ Kebiasaanya remaja akan menggunakan televisyen dan internet sebagai media di rumah
[ Televisyen dan internet telah menemani remaja sejak mereka kecil lagi
[ Di rumah, remaja akan selalu menggunakan televisyen dan internet untuk menonton cerita. Remaja pula menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan kerja sekolah mereka, memuat turun muzik dan juga cerita, permainan video secara online, “chat” dengan kawan-kawan

Kesan Media
1.  Seks (Sex)
Kebanyakan remaja yang menonton televisyen atau internet akan terdedah kepada konteks seksual. Lebih daripada 70% media ini mendedahkan remaja kepada tingkah laku seksual di mana akan mempengaruhi sikap, kepercayaan serta tingkah laku mereka berkaitan dengan seks. Media ini akan menyampaikan mesej kepada remaja bahawa seks ini boleh dilakukan oleh sesiapa. Cth: Kebanyakan cerita di televisyen mendedahkan hubungan seks di antara pelakon terutamanya di antara yang belum berkahwin. Media juga menyampaikan mesej tentang lelaki melihat wanita sebagai objek seks di mana mereka boleh memperlakukan wanita sebagaimana yang mereka mahu

2.  Keganasan (Violence)
Remaja juga mudah terdedah kepada keganasan apabila mereka menggunakan televisyen dan interent. Lebih daripada 60% kandungan televisyen mempunyai keganasan. Cth: Drama-drama yang terdapat di televisyen seperti KL Gengster menunjukkan pelbagai keganasan yang dapat mempengaruhi tingkah laku dan sikap remaja. Selain itu, kebanyakan remaja juga akan menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan video secara online seperti permainan yang melibatkan keganasan. Cth: Counter Strike. Hal ini akan menyebabkan remaja menjadi lebih agresif dan mereka mungkin akan terlibat dalam pergaduhan kerana mereka mempelajari daripada televisyen bahawa hanya keganasan dapat menyelesaikan masalah

3.  Dadah dan Alkohol
Media seperti televisyen selalunya akan melibatkan tentang dadah dan juga alkohol. Remaja akan belajar tentang dadah dan alkohol melalui televisyen dan juga internet. Drama-drama di televisyen selalunya akan memperlihatkan pelakon mereka terlibat dalam dadah dan alkohol. Hal ini akan mempengaruhi kepercayaan remaja iaitu sesiapa yang ambil dadah atau alkohol dilihat sebagai wira atau akan dikagumi oleh orang sekeliling.

4.  Imej Badan
Media juga akan mempengaruhi remaja tentang badan mereka. Remaja perempuan yang selalu melihat model di dalam televisyen akan mempengaruhi pemikiran mereka tentang imej badan mereka. Remaja perempuan memikirkan badan mereka tidak begitu cantik berbanding dengan model-model yang terdapat dalam televisyen dan hal ini mungkin akan menyebabkan tekanan, harga kendiri yang rendah serta kemurungan dalam kalangan remaja perempuan. Bagi remaja lelaki pula, mereka akan menjadi tidak puas hati apabila melihat iklan tentang lelaki yang berotot.


Comments